top of page

Skrub Badan Homemade 101: Bahan-Bahan Asas

Updated: Jan 12, 2023

Jika anda seorang yang pentingkan penjagaan diri, anda mesti biasa gunakan atau sekurang-kurang tahu tentang produk skrub badan.


Dalam artikel kali ini, kami ingin bantu anda luaskan lagi pengetahuan anda tentang skrub badan ini.


Tahukah anda bahawa sesiapa sahaja boleh menghasilkan skrub badan homemade atau DIY menggunakan bahan yang mungkin sudah ada di rumah?


Ya anda tidak salah baca, memang anda boleh hasilkan skrub badan sendiri dengan mudah.


Menarik bukan?


Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca perkongsian kami sampai ke penghujungnya.

.

Bahan Asas Dalam Skrub Badan

.

Sebenarnya, semua skrub badan yang ada di luar sana hanya menggunakan 3 komponen utama sahaja.


Dalam setiap skrub badan, ia akan mengandungi bahan pengelupas, minyak pembawa, dan wangian.


Berikut adalah contoh bahan bagi setiap komponen utama yang disebut tadi.

.

1. Bahan pengelupas (Exfoliant)

.

  • Garam

  • Gula

  • Serbuk kopi

  • Oatmeal

  • Pilihan lain seperti jamuan kacang badam, makanan rami, dedak padi, dedak gandum, soba, dan tepung jagung.

.

2. Minyak pembawa

.

  • Minyak bunga matahari

  • Minyak badam manis

  • Minyak jojoba

  • Minyak bijan

  • Minyak walnut

  • Minyak biji anggur

  • Minyak zaitun

.

3. Wangian (Minyak pati)

.

Berdasarkan jenis kulit anda, berikut adalah saranan wangian yang boleh disertakan bersama skrub badan homemade anda.


  • Kulit normal: 10 titik lavender, 6 titik geranium, 4 titik ylang-ylang

  • Kulit berminyak: 8 titik cendana, 6 titik lemon, 6 titik lavender

  • Kulit kering: 8 titik cendana, 6 titik geranium, 6 titik bunga ros

  • Kulit sensitif: 6 titik chamomile, 4 titik bunga ros, 2 titik neroli

  • Kulit dehidrasi: 10 titik bunga ros, 8 titik cendana, 2 titik nilam

  • Kulit matang: 8 titik neroli, 6 titik kemenyan, 6 titik ylang-ylang

  • Kulit berjerawat: 10 titik lemon, 10 titik cemara, 5 titik lavender

  • Kulit kusam: 10 titik geranium, 6 titik bunga ros, 4 titik cemara

  • Kulit kapilari pecah: 8 titik bunga ros, 6 titik chamomile. 6 titik cemara


Walaubagaimanapun, minyak pati tidak sesuai digunakan oleh wanita yang mengandung dan harus dielakkan.


Untuk kulit sensitif, minyak pati selasih, kayu manis, bunga cengkih, lemon, serai, thyme dan sitrus tidak sesuai digunakan untuk mengelakkan alahan.

.

.

Resepi Mudah Skrub Badan

.

Anda boleh cuba resepi mudah ini untuk hasilkan skrub badan homemade anda menggunakan bahan yang ada di rumah.


Caranya mudah sahaja, hanya campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga rata.


Kemudian simpan skrub yang telah siap mengikut kesesuaian seperti yang dinyatakan.


Bahan-bahan dan cara penyimpanan adalah seperti yang berikut.

.

1. Skrub gula asas

.

  • ¼ cawan minyak zaitun

  • ¼ cawan gula pasir putih atau gula perang

  • 2 hingga 3 titik minyak pati (jika perlu)


Simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.

.

2. Skrub garam asas

.

  • ¼ cawan minyak zaitun

  • ½ cawan garam laut

  • 2 hingga 3 titik minyak pati (jika perlu)


Simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.

.

3. Skrub badan limau-lemon

.

  • ¼ cawan gula perang

  • ¼ cawan minyak zaitun

  • 1 ½ sudu jus lemon

  • ½ limau nipis


Simpan di dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.

.

4. Skrub badan mocha

.

  • ¾ cawan gula perang

  • 1 sudu serbuk koko tanpa gula

  • 1 sudu ekstrak vanila

  • ¼ cawan gula perang

  • 1 sudu minyak zaitun


Simpan di dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.

.

5. Skrub kaki oren halia

.

  • ½ cawan gula putih

  • 2 sudu minyak zaitun

  • 1 sudu jus oren atau 6 titik minyak pati oren

  • ½ sudu serbuk halia


Simpan di dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.

.

6. Skrub muka asas

.

  • 1 sudu serbuk oat yang dikisar halus

  • 1 sudu serbuk jamuan kacang badam

  • 1 sudu susu tepung

  • ½ hingga 1 sudu minyak pembawa pilihan anda.


Simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.

.

.

Kesimpulan Skrub Badan Homemade

.

Mudah je kan cara nak buat skrub DIY sendiri? Bahan-bahan pula boleh didapati di rumah sahaja.


Kalau tiada di rumah pun, senang je nak cari di kedai runcit dan supermarket.


Kalau anda nak lagi resepi skrub buatan sendiri, kami juga pernah kongsikan banyak lagi resepi dalam artikel yang lain.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai skrub badan homemade 101 pada kali ini. Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Khas buat anda yang ingin menghasilkan produk jenama sendiri, team Abam Peah ada tawarkan konsultansi percuma selama 30 minit untuk anda.


Anda boleh tanyakan apa sahaja yang anda inginkan berkenaan penghasilan produk jenama sendiri. Team Abam Peah akan bantu anda dengan sebaiknya. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.



ree


Comments


bottom of page