top of page

8 Resepi Skrub Muka Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Updated: Jan 12, 2023

Jika anda merasakan kulit muka anda seperti mempunyai tompokan putih, liang pori tersumbat dan sebagainya, anda perlu gunakan skrub muka.


Haa ini mungkin disebabkan oleh sel kulit mati yang ada pada muka anda!


Selalunya, sel kulit mati ini boleh tanggal dan hilang dengan sendirinya, namun kadang-kadang ia tidak tertanggal dengan sempurna.


Tapi masalah ini boleh dicegah dengan exfoliate kulit muka anda secara berkala.


Eh, apa pula exfoliate ni? Tak pernah dengar pun…


Exfoliate ini dalam bahasa melayu bermaksud pengelupasan. Ia adalah proses membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit anda.


Sebenarnya banyak produk di luar sana yang boleh digunakan untuk exfoliate kulit.


Tapi kalau anda mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain, apa kata anda buat sendiri skrub muka sendiri?


Bahan-bahan pun terjamin selamat daripada bahan kimia yang berbahaya.


Kalau anda tak tahu bagaimana cara nak menghasilkan skrub sendiri, jom ikuti perkongsian ini sampai habis kerana kami akan share dengan anda 8 resepi skrub muka yang anda boleh hasilkan sendiri.


Boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan anda.

.

Resepi Skrub Muka Sendiri

.

1. Skrub oatmeal dan yogurt

.

Siapa kata oat hanya untuk sarapan? Kalau anda nak tahu, oat juga baik untuk penjagaan kulit tau.


Oatmeal mengandungi banyak antioksidan dan mempunyai sifat anti-radang yang boleh memulihkan kulit yang meradang.


Yogurt pula mengandungi asid laktik yang dapat meningkatkan pengelupasan. Jojoba juga boleh ditambah untuk menambahkan kelembapan tanpa menyumbat liang pori.


Bahan yang anda perlukan adalah:


  • 2 sudu oat gulung yang belum dimasak

  • 1 satu yogurt Greek biasa

  • 1 sudu jojoba atau minyak kelapa cair


Kaedah penyediaan:


  • Kisar oat sehingga menjadi serbuk halus menggunakan pengisar kopi atau pengisar makanan.

  • Masukkan yogurt dan minyak kelapa bersama serbuk oat ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga rata.

  • Setelah siap, sudukan adunan tersebut ke dalam bekas kedap udara.

.

.

2. Skrub madu dan oat

.

Madu sebenarnya mempunyai sifat anti-bakteria dan sesuai digunakan sebagai skrub.


Ia merupakan bahan pengelupasan dan pelembab semulajadi, dan sifat anti-bakteria yang lembut menjadikan ia berguna dalam mengawal jerawat.


Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:


  • 1/4 cawan oat gulung belum dimasak

  • 2 sudu madu asli

  • 2 sudu minyak jojoba


Langkah penyediaan:


  • Kisar oat sehingga menjadi serbuk halus.

  • Panaskan madu menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk beberapa saat sehingga suam supaya mudah untuk dicampur bersama bahan lain.

  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga rata.

  • Setelah siap, sudukan adunan ke dalam bekas kedap udara.

.

.

3. Skrub epal dan madu

.

Skrub ini menggunakan madu untuk menyuburkan dan melembabkan kulit.


Epal pula mempunyai asid buat semulajadi dan enzim, serta boleh exfoliate kulit anda.


Asid buah dan sifat antibakteria dalam skrub ini membuat ia sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.


Bahan yang diperlukan adalah:


  • 1 biji epal masak yang telah dikupas dan dibuang biji.

  • 1/2 sudu madu asli

  • 1/2 sudu minyak jojoba


Langkah penyediaan:


  • Puri (kisar halus) epal menggunakan pengisar makanan sehingga halus, tapi jangan terlalu cair.

  • Panaskan madu sehingga suam menggunakan ketuhar gelombang mikro.

  • Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.

  • Setelah siap, sudukan adunan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

.

4. Skrub muka oatmeal pisang

.

Jika anda tidak selesa menggunakan minyak pada muka, anda boleh cuba skrub ini yang menggunakan pisang sebagai ganti minyak.


Pisang mempunyai nutrien seperti potasium, vitamin C, dan kesan vitamin A.


Ia juga mengandungi silika iaitu sejenis mineral yang boleh merangsang penghasilan kolagen untuk kulit anda.


Bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:


  • 1 biji pisang masak.

  • 2 sudu oat gulung belum dimasak.

  • 1 sudu yogurt greek biasa.



Cara penyediaan:


  • Hancurkan pisang menggunakan garfu sehingga halus dan tidak tidak terlalu cair.

  • Kisar oat sehingga menjadi serbuk halus.

  • Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga rata.

  • Sudukan adunan tersebut ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

.

5. Skrub muka kopi

.

Kopi bukan sahaja sedap dinikmati panas-panas, namun ia juga boleh digunakan sebagai skrub kerana khasiatnya terhadap kulit anda.


Skrub kopi ini boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit disebabkan sifat pengelupas dan anti-darang semulajadinya.


Di samping itu, ia juga boleh membantu melancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit anda.


Namun anda perlu tahu bahawa butiran serbuk kopi mungkin boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif. Berhati-hati semasa menggunakan skrub ini.


Bahan-bahan:


  • 1 cawan serbuk kopi halus

  • 1 cawan gula perang

  • 2 sudu minyak avocado

  • 2 sudu minyak kelapa


Cara-cara:


  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan semua bahan sehingga rata.

  • Sudukan adunan tersebut ke dalam bekas kedap udara.

.

6. Skrub muka strawberi

.

Buah strawberi mengandungi vitamin C yang tinggi dan mempunyai sifat anti-radang yang baik untuk melegakan radang jerawat.


Ia sesuai digunakan untuk kulit yang berjerawat.


Bahan-bahannya adalah:


  • 1/2 cawan strawberi yang dihancurkan

  • 1 cawan gula

  • 1/2 cawan minyak kelapa


Cara-cara menyediakannya:


  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan sehingga adunan rata.

  • Setelah rata, sudukan adunan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

.

7. Skrub gula perang

.

Skrub ini dibuat menggunakan gula perang dan minyak avocado dan boleh membantu melembabkan dan exfoliate kulit anda.


Anda juga boleh tambah minyak serai yang mungkin boleh merawat jangkitan kulit.


Bahan yang diperlukan adalah:


  • 1/2 cawan gula perang

  • 1/4 cawan minyak avocado

  • 1 sudu garam laut Himalaya halus

  • 3-4 titik minyak pati serai (jika perlu)


Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan bahan sehingga rata.

  • Simpan adunan ini dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.

.

8. Skrub muka bunga ros

.

Skrub ini bukan hanya wangi, malah boleh menenangkan mida anda semasa menggunakannya.


Menurut satu kajian, individu yang menghidu bau wangian bunga ros didapati berasa lebih tenang dan rileks berbanding individu lain.


Bahan-bahannya adalah seperti berikut:


  • 10 kelopak bunga ros

  • 1 sudu air

  • 8-10 titik minyak ros

  • 1 cawan gula

  • 1 sudu madu


Cara-cara penyediaan:


  • Masukkan air dan kelopak bunga ros ke dalam pengisar dan kisar untuk beberapa saat.

  • Kemudian masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan bahan-bahan sehingga rata.

  • Setelah rata, sudukan adunan tersebut ke dalam bekas kedap udara.

.

Kesimpulan

.

Mudah kan cara membuat skrub sendiri di rumah ini?


Lepas ni mesti wajah anda akan bertambah berseri dan pasangan pun pasti lebih tergoda dengan penampilan baru wajah anda.


Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai 8 resepi skrub muka yang anda boleh cuba di rumah. Semoga info ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


P/S: Kalau anda nak buat skrub jenama anda sendiri, team Abam Peah boleh bantu anda. Sekarang ini kami ada sediakan slot konsultansi selama 30 minit secara percuma. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.



ree


Comments


bottom of page