Bahan Bahaya Perlu Elak Dalam Skrub Muka
- Abam Peah
- Sep 2, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Kalau anda pernah baca perkongsian kami yang sebelum ini, kami pernah kongsikan beberapa resepi untuk menghasilkan skrub muka sendiri.
Baca Sini : 5 Resepi Skrub DIY Mudah Untuk Anda
Tapi dalam keseronokan membuat skrub muka sendiri, tahukah anda bahawa terdapat bahan-bahan yang mungkin tidak sesuai digunakan oleh semua individu?
Dalam perkongsian kali ini, kami akan sentuh sikit bab bahan yang mungkin anda perlu elakkan dalam skrub muka anda.
Nak tahu dengan lebih lanjut? Teruskan membaca sampai habis.
.
Elakkan Guna Bahan Ini
.
Jika dibandingkan dengan kulit badan, kulit di muka anda adalah lebih halus dan sensitif.
Jadi, skrub yang digunakan pada muka haruslah mengandungi partikel yang lebih halus berbanding skrub badan.
Sebagai contoh, ramai yang mendapati skrub gula adalah terlalu kasar untuk digunakan pada muka mereka walaupun ia sangat popular sebagai skrub badan.
Sama juga seperti skrub garam, kulit kacang, dan serbuk kopi yang kurang sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit muka halus dan sensitif kerana partikelnya lebih kasar.
Jika anda menggunakan bahan yang terlalu kasar untuk kulit anda, ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan membuatkannya meradang.
Elakkan daripada guna skrub yang mengandungi kopi, gula, atau garam jika ia menyebabkan kulit anda kering, gusar, atau pedih.
Seeloknya tukar kepada bahan yang lebih halus dan lembut.
.
Bahan Apa Yang Sesuai Digunakan?
.
Anda mungkin perlu gunakan bahan pengelupasan yang lebih ringan dengan partikel yang lebih kecil dan halus untuk mengelakkan iritasi pada kulit muka anda.
Antara bahan yang anda boleh gunakan adalah:
Oatmeal yang telah dikisar dengan sangat halus
Serbuk kayu manis
Nasi yang dikisar halus
Serbuk penaik soda dalam kuantiti kecil
Contoh di atas adalah bahan pengelupasan yang fizikal, bermaksud anda perlu menggosok kulit anda perlahan-lahan untuk ia berfungsi.
Selain bahan pengelupas fizikal, anda juga boleh menggunakan bahan pengelupas kimia yang menggunakan enzim semulajadi untuk membuang sel kulit mati dan memperbaharui kulit anda.
Bahan pengelupas kimia yang anda boleh gunakan dalam skrub DIY anda termasuklah:
Susu dan yogurt yang mengandungi asid laktik
Epal yang mengandungi asid malik
Nenas yang kaya dengan vitamin C dan asid sitrik
Manga yang kaya dengan vitamin A
.
Berapa Kerap Anda Perlu Gunakan Skrub?
.
Tidak dinafikan lagi dengan menggunakan skrub muka, ia dapat memberi banyak manfaat kepada kulit muka anda.
Tapi dalam seronok melihat perubahan muka yang lebih berseri, jangan pula anda terlebih exfoliate kulit muka anda ya.
Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, penggunaan skrub muka sebanyak 3 kali seminggu mungkin masih selamat untuk anda.
Namun jika kulit muka anda lebih mudah naik jerawat, sensitif, atau kering, anda mungkin perlu elakkan penggunaan skrub muka yang melebihi sekali atau dua kali seminggu.
.
Baca Juga: Bahan Bahaya Perlu Elak Dalam Skrub Muka
.
Petua Mencuba Skrub Muka
.
Sama juga dengan mana-mana produk penjagaan kulit yang baru, anda perlu test dahulu skrub DIY anda jika terdapat kesan sampingan atau alahan pada kulit muka anda.
Sebelum menggunakan sebarang bahan pada muka, anda boleh:
Sapu sedikit pada sisi leher atau bahagian dalam siku anda.
Pantau keadaan kulit anda selama 24 hingga 48 jam.
Jika tidak terdapat kesan negatif pada bahagian yang disapu, skrub tersebut boleh dikatakan selamat digunakan pada muka anda.
Apapun anda perlu ingat bahawa kulit muka anda lebih lebih sensitif berbanding kulit pada bahagian badan yang lain.
Walaupun dalam test tadi tidak menunjukkan sebarang kesan negatif pada leher atau lengan anda, kulit muka anda masih boleh bertindak balas dengan bahan yang digunakan.
Jika anda mendapati terdapat simptom iritasi atau kesan sampingan negatif setelah anda gunakan skrub tersebut pada muka, berhenti gunakannya serta merta.
Seorang pakar dermatologi mungkin boleh bantu anda mengenalpasti bahan yang menyebabkan tindak balas tersebut.
.
Kesimpulan
.
Skrub muka boleh membantu anda exfoliate kulit muka dan mengelakkan liang pori daripada tersumbat, meningkatkan peredaran darah, dan menggalakkan penghasilan kolagen.
Namun anda perlu berhati-hati dalam memilih bahan yang anda gunakan dalam skrub muka DIY anda.
Jika anda tidak pasti bahan mana yang sesuai dengan kulit anda, boleh juga anda dapatkan nasihat pakar dermatologi terlebih dahulu.
Nampaknya sampai di sini sahaja perkongsian kami kali ini mengenai bahan perlu elak dalam skrub muka. Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda.
Oh. Kalau anda nak keluarkan skrub jenama sendiri, team Abam Peah boleh tolong. Klik button di bawah untuk dapatkan konsultansi percuma.



Comments