top of page

5 Resepi Skrub DIY Mudah Untuk Anda

Updated: Jan 11, 2023

Pernah tak anda dengar perkataan “exfoliate”?


Mungkin anda yang biasa gunakan produk face scrub atau body scrub dah biasa sangat dengar perkataan ini.


Untuk anda yang tak biasa tu mesti blur blur sikit kan?


Jangan risau, kami boleh translate untuk anda.


Exfoliate ini kalau diterjemah ke dalam bahasa melayu bermaksud “pengelupasan”.


Ia merupakan proses untuk membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit anda samada menggunakan bahan kimia, bahan berbutir, atau alat pengelupasan.


Sel kulit mati yang tidak tanggal sepenuhnya boleh menyebabkan tompokan kering di kulit dan liang pori tersumbat. Ini boleh dielakkan dengan cara exfoliate kulit anda.


Body scrub adalah cara yang popular untuk exfoliate kulit anda, dan terdapat banyak produk skrub yang anda boleh dapati daripada kedai.


Tapi tak best la kan guna produk yang dah sedia ada. Lagipun kita tak tahu bahan apa yang ada dalam produk di luar sana, betul tak?


Jadi, apa kata anda cuba hasilkan skrub DIY sendiri menggunakan bahan yang dah ada di rumah pula.


Tak reti nak buat skrub DIY? Jangan risau…


Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 resepi untuk anda hasilkan skrub DIY sendiri di rumah.

.

Kebaikan Skrub Badan

.

Untuk pengetahuan anda, jika anda rajin exfoliate kulit anda menggunakan skrub atau berus badan, ia boleh meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit anda dengan beberapa cara.


Pengelupasan kulit boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih cerah kerana ia membuang lapisan atas yang terdiri daripada sel kulit mati.


Ia juga boleh menggalakkan penghasilan kolagen yang boleh membantu kulit anda kekal tegang dan berseri.


Kebaikan pengelupasan yang lain juga termasuklah meningkatkan keberkesanan rawatan topikal.


Jika anda exfoliate kulit anda sebelum menggunakan krim, ini dapat membantu krim tersebut mudah terserap jauh ke dalam kulit dan tidak hanya terhenti di permukaan sahaja.


Bukan itu sahaja, urutan skrub juga boleh membuatkan anda berasa tenang, terutamanya jika anda penat dan tertekan.

.

Resepi Skrub DIY

.

Haa mesti anda dah tak sabar kan nak tahu resepi skrub DIY yang kami janjikan tadi?


Anda boleh cuba resepi yang berikut untuk cuba hasilkan skrub sendiri di rumah.

.

1. Skrub kopi

.

Kopi sebenarnya adalah bahan agak popular untuk membuat skrub badan.


Manakan tidak, butiran halus kopi terasa lembut pada kulit, dan ia juga berkesan untuk membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit.


Tak lupa juga, bau aroma kopi yang menyenangkan. Fuh memang menggoda.


Bahan yang anda perlukan adalah:


  • 1/2 cawan serbuk kopi

  • 2 sudu air panas

  • 1 sudu minyak kelapa suam


Cara penyediaannya pula adalah seperti berikut:


  • Masukkan serbuk kopi dan air panas ke dalam bekas atau mangkuk, kemudian gaulkan sehingga rata.

  • Tambah minyak kelapa ke dalam adunan tadi. Anda juga boleh tambahkan serbuk kopi atau minyak dengan lebih banyak untuk mendapatkan konsistensi yang sesuai.

  • Setelah siap, sudukan adunan tadi ke dalam bekas.

.

.

2. Skrub gula perang

.

Gula perang mudah didapati di mana-mana dan harganya tidak terlalu mahal.


Ia juga sangat berkesan untuk exfoliate kulit anda walaupun ia mungkin akan membuatkan kulit anda berasa sedikit melekit.


Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:


  • 1/2 cawan gula perang

  • 1/2 cawan minyak pilihan anda. Contohnya minyak kelapa, jojoba, zaitun, badam, atau biji anggur.

  • Minyak pati (boleh pilih samada nak tambah atau tidak)


Langkah penyediaannya adalah:


  • Campurkan gula perang dan minyak ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan sehingga rata. Anda boleh tambah gula atau minyak untuk dapatkan konsistensi yang sesuai.

  • Jika anda ingin tambah minyak pati, masukkan setitik atau dua titik minyak pati ke dalam adunan tadi dan gaulkan.

  • Setelah anda berpuas hati dengan konsistensi dan wangian skrub anda, sudukan ke dalam bekas.

.

3. Skrub garam laut

.

Garam mempunyai sifat anti-bakteria yang sesuai untuk sesetengah jenis kulit.


Gunakan serbuk garam laut kerana garam kasar adalah terlalu keras kepada kulit anda.


Skrub garam juga mungkin terlalu melelas pada kulit sensitif. Ia juga boleh menyakitkan luka pada kulit.


Bahan yang diperlukan adalah:


  • 1/2 cawan garam laut

  • 1/2 cawan minyak pilihan anda

  • Minyak pati (jika mahu)


Cara penyediaannya adalah seperti berikut:


  • Campurkan garam laut dan minyak ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan sehingga rata.

  • Jika mahu, anda boleh tambah minyak pati untuk menambahkan wangian. Gaulkan ke dalam adunan.

  • Setelah siap, sudukan ke dalam bekas.

.

4. Skrub gula teh hijau

.

Teh hijau boleh memberi banyak manfaat kepada kulit anda kerana ianya kaya dengan antioksidan dan anti-radang.


Kajian juga mendapati bahawa teh hijau mungkin boleh mengurangkan kerosakan pada kulit yang disebabkan sinaran matahari.


Bahan yang diperlukan untuk skrub gula teh hijau adalah:


  • 2 uncang teh hijau

  • 1/2 cawan air panas

  • 1 cawan gula perang

  • 1/4 cawan minyak kelapa yang dicairkan


Cara penyediaannya pula adalah:


  • Masukkan uncang teh ke dalam air panas, dan biarkan sehingga sejuk.

  • Sementara teh sedang menyejuk, masukkan gula perang ke dalam mangkuk.

  • Tambahkan minyak kelapa dan gaulkan bersama gula.

  • Setelah teh sejuk, masukkannya ke dalam adunan gula tadi. Pastikan teh betul-betul sejuk supaya gula tidak terlarut.

  • Jika adunan terlalu pekat, tambahkan minyak kelapa. Jika terlalu cair, tambahkan gula perang.

  • Setelah anda berpuas hati dengan adunan tersebut, sudukan skrub anda ke dalam bekas.

.

5. Skrub gula madu

.

Madu sebenarnya mempunyai sifat antibakteria dan antioksidan, ia mungkin boleh membantu sesetengah kondisi kulit.


Madu bukan sahaja boleh membantu memulihkan tisu kulit, malah melindungi kulit daripada kerosakan UV, di samping melawan kuman pada kulit.


Bahan yang diperlukan adalah:


  • 1/2 cawan gula perang

  • 1/4 cawan minyak kelapa cair

  • 2 sudu madu


Cara penyediaannya adalah seperti berikut:


  • Masukkan gula perang, minyak kelapa, dan madu ke dalam mangkuk.

  • Gaulkan sehingga rata, dan tambahkan minyak kelapa jika adunan terlalu pekat.

  • Setelah siap, sudukan adunan tersebut ke dalam bekas.

.

Kesimpulan

.

Mudah kan cara nak hasilkan skrub DIY sendiri di rumah?


Kami yakin lepas ini kulit anda pasti akan jadi lebih cantik dan berseri jika anda rajin menggunakan skrub untuk exfoliate kulit anda.


Pasangan anda juga semestinya akan jadi lebih sayang kepada anda. Cewah!


Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai 5 resepi skrub DIY mudah pada kali ini. Semoga resepi ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


P/S : Khas untuk anda yang nak keluarkan skrub jenama anda sendiri, Abam Peah ada promosi gempak untuk anda. Nak tahu lebih lanjut? KLIK BUTTON DI BAWAH.

.


ree






 
 
 

Comments


bottom of page