top of page

Zat Besi: Apa Anda Perlu Tahu

Updated: Jan 12, 2023

Mungkin tak ramai yang sedar tentang perkara ini, tapi zat besi adalah nutrien yang penting untuk badan anda.


Jangan pula anda terbayangkan batang besi yang keras tu ya.


Besi tu tak boleh makan, nanti lain pula jadinya.


Zat besi yang disebut ini adalah sejenis mineral yang diperlukan sel-sel badan untuk berfungsi dengan baik.


Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan kepada anda tentang fungsi zat besi untuk memudahkan anda faham kepentingannya terhadap badan anda.

.

.

Kenapa Anda Perlukan Zat Besi?

.

Antara peranan paling penting zat besi dalam badan adalah untuk membantu sel darah merah melakukan tugasnya iaitu menghantar oksigen ke seluruh badan.


Bagaimana zat besi ini membantu sel darah merah?


Secara ringkasnya, zat besi membantu untuk menghasilkan hemoglobin iaitu sejenis protein yang terdapat dapat sel darah merah.


Ini bermaksud badan anda memerlukan zat besi yang cukup untuk membolehkan sel darah merah berfungsi dengan baik.


Kadar oksigen yang dihantar ke tisu dn organ anda juga bergantung kepada kadar sel darah merah anda dan tahap kemampuan ia bekerja.


Kalau tak cukup zat besi, kualiti sel darah merah akan menurun dan membuatkan badan anda menderita kerana tidak mendapat oksigen yang cukup.


Anda juga mungkin akan menjadi lemah dan terdedah kepada jangkitan kuman kerana sistem imun yang terjejas.

.

Dari Mana Anda Boleh Dapatkan Zat Besi?

.

Disebabkan badan anda tidak boleh menghasilkan zat besi, anda perlu mendapatkannya daripada makanan atau suplemen.


Antara makanan yang kaya dengan zat besi termasuk:


  • Daging merah tanpa lemah

  • Kekacang seperti kacang merah dan kacang kuda

  • Sayuran hijau

  • Buah-buahan kering

  • Kacang seperti badam

  • Bijirin sarapan dan roti yang diperkaya

  • Tepung kacang soya

.

.

Berapa Banyak Zat Besi Yang Anda Perlukan?

.

Untuk menjawab soalan ini, ia bergantung kepada umur dan jantina anda untuk menentukan jumlah zat besi yang anda perlu ambil.


Biasanya perempuan memerlukan lebih zat besi berbanding lelaki.


Untuk wanita dewasa yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun, mereka disarankan untuk mengambil 14.8 mg zat besi sehari.


Manakala lelaki dewasa dalam lingkungan umur yang sama pula disarankan untuk mengambil 8.7 mg zat besi sehari.


Untuk remaja perempuan yang berumur 11 hingga 18 tahun, mereka juga memerlukan pengambilan harian sebanyak 14.8 mg.


Namun untuk remaja lelaki, mereka memerlukan 11.3 mg zat besi setiap hari.

.

Berapakah Kadar Zat Besi Yang Selamat Diambil?

.

Anda disarankan untuk tidak mengambil lebih daripada 17 mg zat besi dalam sehari untuk mengelakkan sebarang kesan berbahaya.


Jika anda mengambil lebih daripada 20 mg zat besi sehari boleh menyebabkan komplikasi seperti sembelit, sakit perut, loya dan sakit.

.

Adakah Vitamin Zat Besi Bagus Untuk Anda?

.

Kebanyakan individu boleh mendapatkan zat besi yang cukup hanya daripada apa yang mereka makan.


Namun jika anda susah mendapatkan zat besi daripada makanan, anda juga boleh mengambil vitamin yang mengandungi zat besi untuk meningkatkan kandungannya dalam badan anda.


Golongan individu tertentu yang lebih cenderung untuk mengalami kekurangan zat besi boleh mendapat manfaat daripada suplemen zat besi tambahan.


Tiga faktor berikut mungkin boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi.


  • Umur: Mereka yang berumur bawah 50 tahun lebih banyak memerlukan zat besi.

  • Pemakanan: Mereka yang mempunyai diet rendah zat besi seperti vegetarian yang tidak mengambil makanan berasaskan daging haiwan lebih sukar untuk mendapatkan zat besi yang cukup.

  • Jantina: Golongan wanita lebih cenderung untuk mengalami kekurangan zat besi berbanding lelaki terutamanya jika mempunyai haid yang berat atau mengandung.

.

.

Vitamin Apakah Yang Kaya Dengan Zat Besi?

.

Terdapat beberapa suplemen yang mengandungi zat besi sahaja jika anda ingin mendapatkan zat besi tambahan.


Suplemen ini biasanya mengandungi bahan seperti ferus fumarat, ferus sulfat dan ferus glukonat.


Namun sebelum anda mengambil suplemen ini, pastikan jika anda mengambil multivitamin pada masa yang sama, periksa bahan kandungannya untuk mengelakkan pengambilan bahan sama yang berlebihan.

.

Adakah Multivitamin Mengandungi Zat Besi?

.

Tidak semua multivitamin mengandungi zat besi, dan jika ada, kadar kandungannya berbeza antara jenis multivitamin.


Ini kerana bukan semua individu memerlukan jumlah zat besi yang sama. Jadinya, ia lebih biasa dijumpai dalam suplemen yang ditujukan untuk sesetengah golongan individu sahaja.


Contohnya, multivitamin kanak-kanak akan mengandungi dos zat besi yang lebih rendah.


Sebaliknya, multivitamin untuk wanita akan mempunyai kandungan zat besi yang lebih tinggi.

.

Kesimpulan

.

Sekadar untuk memperingati, zat besi merupakan nutrien yang penting untuk tubuh badan.


Kekurangan zat besi boleh menyebabkan badan anda lemah terhadap penyakit dan tidak bertenaga.


Golongan wanita lebih memerlukan mineral ini berbanding lelaki kerana kehilangan darah semasa bersalin dan bersalin.


Anda boleh dapatkan zat besi tambahan daripada multivitamin dan sebagainya jika perlu.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.


Oh. Kalau anda mempunyai idea untuk menghasilkan suplemen bagi menyelesaikan masalah kekurangan nutrien atau sebagai bentuk nutrien tambahan, team Abam Peah boleh bantu anda.


Dapatkan slot untuk konsultansi selama 30 minit secara percuma dengan team Abam Peah sekarang. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.



ree


 
 
 

Comments


bottom of page