8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Suplemen Part 1
- Abam Peah
- Sep 2, 2022
- 2 min read
Kenapa perlu ambil suplemen? Sebenarnya suplemen sangat penting kerana jumlah zat dan juga nutrien yang kita dapatkan daripada makanan harian biasanya tidak mencukupi.
Antara manfaat dan kelebihan yang ada pada suplemen ini adalah:
Memberikan anda tenaga untuk aktiviti harian
Membina otot badan
Mengelakkan jangkitan
Mengekalkan berat ideal
Antara nutrien utama yang anda perlukan adalah protein, kalori, vitamin dan juga mineral. Jujur Abam Peah cakap, ramai daripada kita yang masih lagi tidak memenuhi keperluan harian untuk kesemua nutrien ini.
Tapi, ramai juga yang mengatakan tak selamat ambil suplemen. Nanti rosak buah pinggang. Kena penyakit jantung. Kena tekanan darah tinggi. Naik jerawat. Naik berat badan. Macam-macam lagi la.
Jadi, dalam perkongsian kali ini Abam Peah nak kongsikan apa sebenarnya yang anda perlu tahu terlebih dahulu sebelum ambil suplemen. Jom baca!
.
Anda Mungkin Berminat : OEM Supplement - Jenis, Prosedur dan Tips
.
Apa Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Suplemen?
Sebenarnya, sebelum anda mengambil apa-apa suplemen, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu. Hal ini kerana anda perlu memastikan keadaan kesihatan anda tidak berisiko.
Selepas anda dah pastikan bahawa diri anda tidak berisiko, barulah anda boleh ikut 8 perkara yang Abam Peah nak kongsikan ini.
1. Ada Terlalu Banyak Suplemen
Betul. Ada banyak sangat suplemen yang anda boleh dapatkan. Ada yang perlu mendapatkan preskripsi atau kebenaran daripada doktor dan ada juga yang anda boleh terus beli.
Ada suplemen yang fokus untuk mencukupkan nutrien tertentu sahaja. Sebagai contoh, anda ingin menambah berat badan. Jadi, anda boleh dapatkan suplemen yang mempunyai kalori dan protein yang lebih tinggi.
Ada juga suplemen yang fokus untuk menyelesaikan masalah kesihatan tertentu sahaja. Sebagai contoh, untuk mengurangkan risiko tulang menjadi rapuh, untuk mengelakkan masalah saraf, untuk menjadikan anda lebih bertenaga dan sebagainya.
Jadi, anda perlu tahu dulu apa sebenarnya yang anda perlukan atau nutrien apa yang anda kurang sebelum anda mendapatkan suplemen.
2. Berhati-hati
Sekalipun anda tidak mempunyai masalah buah pinggang, anda masih perlu untuk berjumpa dengan pakar kesihatan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kesihatan buah pinggang anda.
Hal ini kerana ada beberapa jenis suplemen yang berkait dengan mengurangkan berat badan, bina badan atau tenaga tambahan yang tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka yang berisiko menghidap masalah buah pinggang.
Sekalipun ada rakan, keluarga atau sesiapa sahaja yang mengatakan produk ini 100% bahan semulajadi dan selamat untuk mereka, belum tentu lagi ia akan selamat juga untuk anda. Jadi, berhati-hatilah.
3. Nutrien Boleh Berkumpul
Buah pinggang yang bermasalah tidak mampu untuk mengeluarkan bahan-bahan buangan daripada badan dengan sempurna. Jadi, apabila buah pinggang anda semakin bermasalah, sesetengah nutrien akan berkumpul dengan lebih banyak.
Antara nutrien yang mungkin menjadi masalah untuk anda adalah potassium. Jika anda mempunyai masalah buah pinggang, lebih baik anda periksa terlebih dahulu bacaan potassium di dalam darah anda. Jika tinggi, berhenti ambil suplemen anda terlebih dahulu.
4. Anda Unik dan Berbeza
Setiap individu adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Jadi, jika anda mempunyai buah pinggang yang bermasalah atau berisiko untuk mempunyai masalah, anda memerlukan diet atau nutrien yang berbeza.
Anda mungkin memerlukan protein yang lebih namun individu lain pula tidak boleh mengambil protein berlebihan. Jadi, pilihlah suplemen bergantung kepada cadangan yang diberikan oleh pakar kesihatan anda.
Jap. Ada lagi Abam Peah nak share. Tapi tak sempat tulis semua disini. Klik button di bawah untuk baca PART 2.
.
Comments