top of page

Suplemen Jenama Sendiri - Serbuk, Cecair dan Kapsul

Updated: Jan 11, 2023

Antara niche yang mempunyai potensi yang sangat besar adalah dalam mengeluarkan suplemen jenama sendiri. Betul, brand anda sendiri. Biasanya kita kerap lihat iklan samada di TV, dengar di radio atau di billboard sepanjang lebuh raya berkenaan suplemen ini.


Tapi bayangkan jika selama ini kita lihat dan dengar iklan orang lain namun kali ini iklan mengenai produk anda sendiri. Fuh. Rasa bangga tu memang tak tahu nak cakap la kan. Ditambah pula dengan kesan dan kebaikan yang diberikan kepada pengguna.



Suplemen atau makanan tambahan merupakan di antara industri yang mampu menjadikan anda jutawan. Hal ini kerana masyarakat semakin sedar akan kepentingan untuk mereka memastikan badan mereka mendapat vitamin dan nutrien yang mencukupi.


Ditambah pula zaman selepas wabak covid-19 ini. Semakin ramai yang sedar akan pentingnya tubuh badan yang sihat. Sedar akan potensi yang ada, ramai yang cuba untuk meneroka peluang yang ada dalam pasaran ini.


Namun, anda tak perlu bimbang kerana sekalipun ramai yang mencuba, bukan semuanya berjaya dan bukan bermaksud pasaran sudah semakin tepu. Hal ini kerana dengan adanya ilmu dan kemahiran berkenaan sales dan juga marketing, anda mampu memberikan saingan sengit kepada jenama-jenama sedia ada.


Susah Ke Nak Buat Suplemen Jenama Sendiri?


Kalau anda tanya Abam Peah, nak buat suplemen jenama sendiri ni tak susah. Sebabnya segala proses pembuatan, packaging dan lain-lain akan diuruskan oleh kilang OEM.


Apa yang susahnya adalah jika anda tidak mempunyai ilmu dan kemahiran penting berkenaan jualan dan pemasaran. Itulah perbezaan ketara di antara bisnes yang berjaya dan juga yang gagal.


Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini abam akan kongsikan tips-tips penting sebelum anda bermula. Sebelum tu, anda perlu tahu jenis-jenis suplemen dan makanan tambahan yang anda boleh hasilkan dahulu.


Jenis-jenis Suplemen Jenama Sendiri


Berikut merupakan jenis-jenis suplemen dan juga makanan tambahan yang anda boleh hasilkan:


1. Serbuk


Suplemen Jenama Sendiri

Suplemen jenis serbuk ni biasanya dilarutkan dalam air untuk diminum dan tidak mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan suplemen jenis cecair. Nutrien juga sangat mudah untuk diserap ke dalam badan.


Namun jika suplemen jenis serbuk ini dimasukkan ke dalam makanan, prosesnya akan menjadi sedikit lama kerana ia perlu melalui proses pencernaan dahulu.


2. Cecair


ree

Suplemen dalam bentuk cecair adalah jenis yang paling mudah diserap ke dalam badan kerana ia mampu untuk terus masuk ke dalam saluran darah. Ia sangat efektif kerana sehingga 98% nutrien boleh diserap oleh badan.


3. Kapsul


Suplemen Jenama Sendiri

Kapsul pula merupakan bentuk yang sudah biasa kita lihat pada ubat-ubatan yang diperoleh daripada doktor dan juga farmasi. Ia dimasukkan ke dalam kapsul yang mempunyai lapisan yang sangat lembut.


Lapisan ini akan mencair di dalam badan dan membebaskan segala vitamin dan nutrien yang ada di dalamnya untuk diserap masuk oleh badan anda.


Tips Nama Produk



Nama produk atau jenama anda merupakan lambang dan juga identiti kepada produk yang bakal anda keluarkan nanti. Jadi, ia sangat penting bagi anda dalam memilih nama yang bukan sahaja menarik malah ia juga perlulah sesuai dengan bisnes anda.


Biasanya untuk memastikan bisnes anda bukan setakat level biasa-biasa, anda perlukan nama yang lebih komersial dan global. Anda perlu ingat bahawa bisnes sebegini mempunyai potensi pasaran yang sangat besar.


Anda bukan sahaja berpotensi untuk menguasai pasaran tempatan. Anda juga boleh untuk menguasai pasaran antarabangsa. Lebih besar pasaran anda, lebih besar jugalah pendapatan anda. Jadi, pilihlah nama yang mampu untuk bersaing di peringkat global.


Tips Kajian Pasaran


Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum keluarkan suplemen jenama sendiri, pastikan anda kaji dahulu trend semasa dalam industri ini. Lihat siapa trendsetter untuk produk ini. Dari sini, anda boleh dapatkan info berkenaan apa yang pengguna mahukan seperti:

  • Manfaat yang ingin diberikan

  • Jenis dan bentuk suplemen

  • Berapa harga yang sesuai

  • Bahan terbaik yang diperlukan


Selepas anda dah fahami kehendak pelanggan, barulah anda boleh teruskan dengan sampel untuk produk suplemen jenama sendiri di Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bermacam jenis produk kesihatan termasuklah suplemen dan sebagainya.


Tips Marketing Suplemen Jenama Sendiri


Untuk part ini pula, Abam Peah ada kongsikan di dalam artikel-artikel sebelum ini di mana anda perlu kenal pasti terlebih dahulu apakah masalah yang anda ingin selesaikan.



Kemudian, anda perlu kenal pasti pula siapakah sasaran pelanggan anda. Anda perlu data demografik yang tepat seperti usia, jantina, lokasi dan lain-lain. Barulah mudah untuk anda menghasilkan marketing yang akan sampai kepada sasaran pelanggan anda.


Setelah anda tahu siapa yang sesuai, anda perlu tahu medium pemasaran yang mana paling sesuai untuk anda gunakan. Selain itu, menerusinya juga anda akan dapat kenal pasti bentuk pemasaran yang paling sesuai samada iklan dalam bentuk gambar, video, penulisan dan sebagainya.


Barulah anda boleh proceed dengan penghasilan produk. Jangan risau. Jika anda berurusan di Abam Peah Holdings untuk menghasilkan suplemen jenama sendiri, team abam akan bantu anda daripada awal sehingga selesai.


Anda juga akan diberikan bantuan dari segi pemilihan produk, packaging, dan juga marketing di mana bahan untuk marketing akan disediakan oleh pihak abam. Mudah kan? Dah siap boleh terus jual.


Untuk info lanjut, anda boleh klik button di bawah. Team abam akan bantu anda.



ree

Comments


bottom of page