Vitamin Tablet VS Vitamin Kapsul - Mana Lebih Baik?
- Abam Peah
- Sep 4, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 12, 2023
Bila bercakap tentang ubat makan ni, yang selalu terlintas di fikiran anda mesti bentuk vitamin kapsul dan vitamin tablet bukan?
Kedua-dua jenis ini sememangnya banyak dihasilkan untuk menyalurkan dadah terkawal atau suplemen melalui pengambilan oral.
Begitu juga dengan vitamin, ia juga datang dalam bentuk kapsul dan tablet.
Tapi yang mana lebih bagus untuk mendapatkan kesan yang terbaik?
Walaupun kapsul dan tablet berfungsi dalam cara yang sama, namun terdapat perbezaan utama antara mereka.
Dalam sesetengah keadaan, salah satunya lebih berkesan untuk anda berbanding yang lagi satu.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan tentang kelebihan dan kekurangan, serta perbezaan antara kapsul dan tablet.
.
Maksud Vitamin Tablet
.
Tablet adalah bentuk yang biasa untuk kebanyakan jenis pil.
Ia tidak mahal, selamat digunakan, dan berkesan dalam menyalurkan ubatan melalui kaedah oral.
Ubatan tablet ini dihasilkan dengan memampatkan satu atau beberapa jenis serbuk bahan untuk membentuk satu pil yang bersalut licin, keras, dan padu yang boleh terlarut dalam saluran pencernaan.
Tambahan daripada bahan aktif, kebanyakan tablet mengandungi bahan tambahan yang mengekalkan bentuk pil dan meningkatkan rasa, tekstur dan bentuk.
Tablet boleh datang dalam bentuk bulat, oblong, atau berbentuk cakera.
Tablet oblong dikenali juga sebagai kaplet, yang mana ia lebih mudah ditelan dan kadangkala terdapat garisan di tengah-tengahnya untuk memudahkannya patah di tengah.
Sesetengah tablet mempunyai lapisan luar istimewa yang menghalangnya daripada terlarut dalam perut.
Lapisan ini membantu memastikan ia hanya akan terlarut selepas ia masuk ke saluran usus kecil.
Sesetengah tablet juga datang dalam bentuk boleh kunyah yang akan terlarut dalam air liur.
Tablet jenis ini sesuai untuk mereka yang mengalami kesukaran untuk menelan.
Apapun semua jenis tablet yang terlarut ini akan diserap masuk ke dalam salur darah dan dibawa ke hati.
Ia kemudian akan disalurkan ke bahagian yang diperlukan dalam badan.
.
Maksud Vitamin Kapsul
.
Kapsul merupakan sejenis ubatan yang terletak di dalam satu lapisan kulit luaran.
Lapisan luaran ini akan terlarut dalam saluran pencernaan dan ubatan yang terdapat di dalamnya akan diserap masuk ke dalam salur darah untuk disalurkan ke bahagian yang sepatutnya, sama seperti tablet.
.
Baca juga : Vitamin Kapsul - 10 Manfaat Untuk Anda
.
Terdapat 2 jenis kapsul yang utama iaitu:
.
1. Kapsul kulit keras
.
Lapisan luaran kapsul ini terdiri daripada dua bahagian.
Satu bahagian dimuatkan ke dalam bahagian yang satu lagi untuk membentuk selongsong tertutup. Bahagian dalamnya diisii dengan ubatan kering yang berbentuk serbuk atau pelet.
Bahagian kapsul sebelah lagi mengandungi ubatan dalam bentuk cecair.
Sifat kapsul ini yang kedap udara membolehkan ia mengandungi lebih daripada satu jenis ubat.
Oleh itu, ia sesuai untuk formulasi dwi-tindakan.
.
2. Kapsul gel lembut
.
Kapsul ini kelihatan sedikit berbeza berbanding kapsul kulit keras.
Ia biasanya lebih lebar dan selalu kelihatan separuh lutsinar dan tidak legap.
Kapsul ini mengandungi ubatan yang terampai dalam gelatin atau bahan seumpamanya, dan digelar sebagai gel cecair.
Bahan ini mudah dihadam apabila bahan aktif dilepaskan dalam perut.
.
Kelebihan Dan Kekurangan Tablet
.
Kelebihan
Tidak mahal.
Tahan lama.
Dos yang lebih tinggi.
Boleh dipatahkan kepada dua.
Boleh dikunyah.
Pelbagai kaedah penyaluran ubat.
.
Kekurangan
Lebih mudah menyebabkan iritasi.
Lambat bertindak.
Perpecahan tidak sekata.
Rasa kurang enak.
.
Kelebihan Dan Kekurangan Kapsul
.
Kelebihan
Tindakan pantas.
Tidak mempunyai rasa.
Tidak mudah patah.
Lebih mudah diserap badan.
Kekurangan
Tidak tahan lama.
Cepat tamat tempoh.
Lebih mahal.
Mungkin mengandungi bahan sumber haiwan.
Dos yang lebih rendah.
.
Adakah Selamat Untuk Pecahkan Vitamin Tablet / Buka Vitamin Kapsul?
.
Memecahkan tablet atau membuka kapsul boleh mendatangkan risiko kesan negatif.
Jika anda berbuat demikian, anda telah mengubah cara ubatan tersebut diserap ke dalam badan anda.
Walaupun ini jarang berlaku, namun ini boleh menyebabka andan tidak mendapat kadar ubatan yang cukup, atau sebaliknya, menyebabkan anda mendapat terlebih banyak.
Contohnya jika anda pecahkan tablet yang mempunyai lapisan luaran istimewa yang bertujuan untuk mengelakkan ia terlarut di dalam perut, ia mungkin boleh diserap semasa berada di perut.
Ini mungkin boleh menyebabkan kekurangan dos dan komplikasi lain.
.
Baca Juga : 4 Jenis Nutrien Lelaki Selalu Tak Cukup
.
Kesimpulan
.
Vitamin tablet dan vitamin kapsul masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Anda boleh pilih vitamin samada dalam bentuk tablet atau kapsul mengikut kesesuaian dan keperluan anda.
Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai vitamin kapsul vs vitamin tablet pada kali ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Khas buat anda yang nak yang nak hasilkan suplemen jenama sendiri. Sekarang ini team Abam Peah ada sediakan konsultansi percuma selama 30 minit untuk membantu anda faham dengan lebih lanjut prosedur dan proses penghasilan produk jenama sendiri.
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
コメント