Vitamin Kapsul - 10 Manfaat Untuk Anda
- Abam Peah
- Sep 4, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 12, 2023
Kenapa pengambilan vitamin dalam kapsul atau vitamin kapsul ini sangat popular dalam kalangan masyarakat hari ini?
Ini mungkin kerana gaya hidup yang sibuk dan jadual pemakanan yang tidak menentu menyukarkan anda mendapat kadar nutrien yang boleh didapati secara semulajadi.
Vitamin sebenarnya merupakan komponen yang utama dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan anda.
Ada juga yang berpendapat bahawa suplemen multivitamin dapat mengimbangi tabiat pemakanan yang tidak sihat dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Untuk mendapatkan kadar nutrien yang cukup, ramai memilih untuk mengambil multivitamin sebagai jalan penyelesaian.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 10 manfaat mengambil vitamin kapsul yang mungkin ramai belum tahu.
.
Apakah Multivitamin?
.
Multivitamin merujuk kepada gabungan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang boleh didapati daripada sumber makanan.
Pengambilan multivitamin boleh membantu anda mengatasi masalah kekurangan nutrien untuk meningkatkan kesihatan badan.
.
.
Manfaat Vitamin Kapsul
.
1. Meningkatkan tenaga
.
Kekurangan nutrisi boleh membuatkan badan anda berasa lemah dan tidak bermaya.
Anda boleh atasi masalah ini dengan mengambil kapsul vitamin mengikut dos saranan doktor untuk mendapatkan semula tenaga anda.
Tapi jangan ingat lepas ambil vitamin, anda dah dijamin sihat.
Anda masih perlu mengamalkan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang sihat sebaik mungkin untuk kekalkan kesihatan badan.
.
2. Meningkatkan sistem imun
.
Kebanyakan kapsul vitamin mengandungi vitamin C, vitamin E, dan vitamin D yang didapati boleh menguatkan sistem imun badan.
Vitamin C dan vitamin E juga merupakan antioksidan, dan boleh membantu mengurangkan kesan alahan.
.
3. Vitamin Kapsul - Menjaga kesihatan jantung
.
Sayangilah jantung anda.
Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh badan seorang manusia, jadi penting untuk menjaganya sebaik mungkin.
Banyak kajian mengatakan bahawa mengambil multivitamin berkualiti tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Vitamin seperti B1, B2, B6, K1, Niacin, dan magnesium memainkan peranan penting dalam kesihatan kardiovaskular.
.
Baca Juga : 7 Nutrien Paling Diperlukan Oleh Wanita
.
4. Menyokong kesihatan mata
.
Vitamin A memang sudah tidak asing lagi dengan kesihatan mata kerana khasiatnya untuk organ penting itu.
Ia boleh meningkatkan penglihatan dan mengurangkan masalah makula disebabkan usia yang boleh membawa kepada buta kekal.
Ada juga kajian yang mencadangkan bahawa vitamin, mineral, dan antioksidan boleh melambatkan perkembangan degenerasi makula.
.
5. Vitamin Kapsul - Mengekalkan kekuatan otot
.
Radikal bebas di dalam badan adalah berbahaya dan boleh menjadi punca utama untuk masalah otot berkaitan usia.
Antioksidan dalam kapsul vitamin boleh menghancurkan radikal bebas ini daripada badan anda.
Sebab itu, pengambilan vitamin kapsul boleh mengawal aktiviti radikal bebas daripada merosakkan badan anda.
.
6. Mengurangkan risiko kanser
.
Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin setiap hari boleh mengurangkan risiko anda daripada mendapat sebarang jenis kanser.
Anda boleh mengambil multivitamin mengikut saranan doktor anda.
.
7. Vitamin Kapsul - Meningkatkan fungsi otak
.
Sesetengah vitamin dan asid lemak boleh melambatkan atau mengelakkan masalah hilang ingatan.
Vitamin B12, suplemen herba dan asid lemak omega-3 boleh membantu mengembalikan fungsi otak.
.
.
8. Mengurangkan tekanan dan kemurungan
.
Vitamin B6 boleh membantu mengawal kadar serotonin dan norepinefrin yang boleh mempengaruhi kestabilan mental, mood, dan membantu anda mengawal tekanan.
Vitamin B kompleks berfungsi untuk mengurangkan kortinol, iaitu hormon stress.
.
9. Vitamin Kapsul - Menyihatkan kulit
.
Vitamin E dan vitamin C boleh membantu kulit anda kekal sihat dan berseri dengan mengekalkan minyak semujadi kulit untuk mengelakkan kulit kering dan kusam.
Antioksidan yang terdapat dalam vitamin juga bermanfaat untuk kesihatan kulit.
.
10. Bagus untuk rambut yang sihat
.
Rambut anda memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya di kawasan yang bercuaca sejuk.
Vitamin C, vitamin B, vitamin E dan beberapa mineral penting dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Ia juga dapat mengurangkan masalah rambut gugur.
.
Kesimpulan Vitamin Kapsul
.
Banyak kan manfaat yang anda boleh perolehi daripada vitamin kapsul?
Mudah sahaja nak jaga kesihatan dengan vitamin ni, hanya perlu makan sekali sehari.
Tapi usaha lain perlu dilakukan juga, seperti mengamalkan diet dan gaya hidup sihat.
Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
P/S: Anda berminat untuk hasilkan produk jenama anda sendiri? Jom dapatkan slot konsultansi percuma selama 30 minit dengan team Abam Peah sekarang. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
Comments