Kapsul ialah sejenis bentuk sediaan ubat yang bersalut lembut dan berbentuk bujur. Kapsul dikategorikan sebagai satu lapisan pertama pembungkusan dos ubat.
Kapsul biasanya digunakan untuk pelepasan pantas kerana :
- kapsul dapat cair dan terurai bentuknya dalam badan dengan lebih cepat
- membebaskan kandungan bahan aktif yang terkandung di dalam kapsul dengan lebih cepat berbanding tablet atau kaplet.















