4 Nutrien Lelaki Selalu Tak Cukup
- Abam Peah
- Sep 4, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 12, 2023
Tahukah anda bahawa rata-rata lelaki di luar sana sebenarnya tidak mendapat nutrien harian yang mencukupi?
Ini disebabkan gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak teratur menyebabkan mereka terlepas pandang tentang pengambilan nutrien dan vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan.
Tapi secara khususnya, nutrien apa yang lelaki selalu tak cukup sebenarnya?
Dalam perkongsian kali ini, kami akan sampaikan kepada anda tentang 4 nutrien yang selalu kurang diambil oleh lelaki.
Mungkin anda boleh mula mengambil nutrien ini dengan cukup untuk memastikan kesihatan lebih terjamin.
.
Nutrien Yang Lelaki Selalu Tak Cukup
.
1. Serat
.
Kebanyakan lelaki bekerja mesti kekurangan masa untuk masak sendiri di rumah bukan?
Lebih-lebih lagi yang bujang, selalu beli makanan daripada kedai atau gerai luar sahaja.
Dengan restoran makanan segera yang ada di mana-mana, kebanyakan mereka lebih suka beli makanan luar daripada masak sendiri. Nak jimat masa katanya.
Tapi sebenarnya, makanan luar terutamanya makanan segera ini tidak dapat menyediakan kandungan serat yang cukup buat anda.
Jumlah harian yang disarankan adalah 30 g, namun kebanyakan lelaki hanya mendapat sekitar 13g sahaja setiap hari.
Serat ini bagus untuk mengawal obesiti, penyakit jantung, dan yang paling penting, membantu sistem pencernaan.
Untuk mendapatkan serat yang cukup, anda boleh makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap kali waktu makan ataupun bertukar daripada nasi dan roti kepada alternatif bijirin penuh.
.
2. Vitamin D
.
Kebanyakan pekerjaan sekarang semua bekerja di bawah bumbung dalam kawasan berhawa dingin.
Sebenarnya ini akan menyebabkan penghasilan vitamin D dalam badan tidak mencukupi. Kenapa?
Ini kerana kulit anda akan menghasilkan vitamin D apabila ia terdedah kepada cahaya matahari.
Kalau bekerja bawah bumbung je dari pukul 9 sampai 5 setiap hari, bila masa kulit anda nak terkena cahaya matahari?
Mungkin masa pergi dan balik kerja sahaja kulit anda dapat tengok matahari.
Untuk dapatkan kadar vitamin D yang mencukupi, cuba waktu lunch tu makan di luar atau ambil makanan yang kaya dengan sumber vitamin D semulajadi seperti ikan tenggiri, tuna dan sardin.
.
3. Nutrien Lelaki - Zinc
.
Kalau anda nak tahu, zinc ini merupakan mineral yang sangat-sangat penting untuk lelaki.
Selain daripada menguatkan sistem imun anda, ia juga dikaitkan dengan kesuburan, testosterone dan penghasilan sperma.
Lelaki dewasa yang berumur 19 ke atas disarankan untuk mengambil 11 mg zinc setiap hari.
Antara sumber zinc yang baik adalah daging ayam dan daging lembu.
Tapi bila tanya sumber zinc yang terbaik, tiram lah jawapannya.
Disebabkan itu, tiram mentah ini dikatakan boleh memainkan peranan sebagai afrodisiak iaitu makanan atau dadah yang meningkatkan nafsu syahwat dan prestasi seksual.
.
Baca Juga : Zat Besi - Apa Anda Perlu Tahu?
.
4. Nutrien Lelaki - Magnesium
.
Anda sering rasa tertekan, letih, atau lesu walaupun telah mendapatkan tidur yang banyak?
Ini mungkin menandakan bahawa anda sedang mengalami kekurangan magnesium.
Magnesium ini sememangnya penting untuk meningkatkan tenaga terutamanya buat anda yang selalu sibuk dan tidak sempat berehat dengan cukup.
Anda disarankan untuk mengambil sebanyak 400 hingga 420 mg setiap hari untuk membekalkan tenaga kepada anda.
Kekurangan magnesium boleh dikaitkan dengan mengambil terlalu banyak makanan yang diproses, yang mana menjadi pilihan ramai lelaki sibuk.
Cuba banyakkan makanan organik seperti sayur-sayuran yang tidak menggunakan baja kimia kerana ia mempunyai kandungan magnesium yang tinggi.
.
Baca Juga : 7 Nutrien Yang Anda Ambil Secara Tak Mencukupi
.
Kesimpulan Nutrien Lelaki
.
Jika anda selalu sibuk dan tidak mendapatkan nutrien yang disebut tadi dengan cukup, anda boleh cuba mengambil multivitamin untuk mengembalikan keseimbangan nutrien dalam badan.
Kalau boleh, cuba ubah gaya hidup dan pemakanan kepada yang lebih sihat untuk mendapatkan nutrien penting ini secara semulajadi.
Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini mengenai 4 nutrien lelaki selalu tidak cukup.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda.
P/S: Kalau anda ada idea atau impian untuk selesaikan masalah nutrien lelaki ini, mungkin anda berminat untuk hasilkan suplemen jenama sendiri. Jom dapatkan konsultansi percuma selama 30 minit daripada team Abam Peah. Slot terhad. Klik button di bawah untuk informasi lanjut.



Comments