top of page

7 Nutrien Paling Diperlukan Oleh Para Wanita

Updated: Jan 11, 2023

Untuk seorang wanita, penampilan merupakan perkara yang sangat dititikberatkan untuk sentiasa dijaga.


Anda pastinya mahu sentiasa kelihatan cantik dan menarik terutamanya di mata pasangan tersayang kan?


Lebih-lebih lagi untuk mereka yang kian meningkat umur, lagilah perlu mengambil langkah untuk memastikan kecantikan yang dimiliki sejak muda kekal hingga ke hari tua.


Sebab itulah tidak cukup dengan hanya memakai solekan, krim anti-kedut dan sebagainya sahaja, anda juga perlu menjaga kecantikan anda daripada dalaman.


Jika anda ingin sentiasa sihat dan cantik dari luar serta dalaman, pastikan anda tahu 7 nutrien wanita penting ini.

.

1. Nutrien Wanita - Kalsium

.

Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh semua individu untuk kesihatan tulang dan gigi yang sihat.


Ia boleh diperolehi daripada susu dan produk tenusu yang lain serta makanan yang diperkaya.


Hampir semua kalsium yang ada dalam badan anda terletak pada tulang dan gigi.


Oleh kerana wanita lebih cenderung untuk menghidap osteoporosis (tulang rapuh) berbanding lelaki, anda perlu mendapat jumlah kalsium yang cukup untuk ketahanan tulang yang berpanjangan.


Kalsium juga memainkan peranan yang penting dalam kesihatan jantung dan pergerakan otot, pembekuan darah serta fungsi sel normal.


Semua golongan wanita memerlukan kalsium yang cukup, terutamanya:


  • Remaja atau dewasa muda kerana 90% jisim tulang dewasa dicapai semasa umur mencecah 18 tahun, dan jisim tulang puncak dicapai sekitar lewat 20-an.

  • Wanita berumur lebih 30 tahun kerana ketika ini mereka biasanya mula hilang jisim dan kekuatan tulang.

  • Wanita menopaus dan selepas menopaus kerana jisim tulang mula turun dengan mendadak kerana badan kurang menghasilkan estrogen.


Wanita yang berumur kurang daripada 50 tahun perlu mengambil jumlah kalsium harian sebanyak 500 mg dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lain.


Untuk wanita berumur lebih 50 tahun, anda disyorkan untuk mengambil sekitar 800 mg ke 1000 mg setiap hari di samping makan makanan tinggi kalsium.


Jika anda mengambil lebih daripada 1000 mg kalsium setiap hari, bahagikan jumlah tersebut kepada dua untuk diambil pada waktu pagi dan petang.

.

.

2. Minyak Ikan

.

Ikan seperti tenggiri, sardin, tuna, dan salmon semuanya kaya dengan omega-3 iaitu EPA (eicosapentaenoic) dan DHA (docosahexaenoic acid).


Lemak yang khusus ini tidak dapat dihasilkan dalam badan anda dan disebabkan ramai wanita tidak gemar makan ikan, ramai antara mereka yang tidak mendapat nutrien ini dengan cukup.


Omega-3 penting untuk kesihatan jantung dan salur darah serta mengurangkan kitaran trigliserida untuk menurunkan risiko sakit jantung.


Lemak omega-3 ini juga membantu untuk menyokong kesihatan sendi, mengurangkan radang dan mengoptimumkan fungsi otak.


Mereka yang kekurangan omega-3 boleh dikaitkan dengan tekanan dan mood swing.


Kebanyakan wanita dewasa memerlukan omega-3 terutamanya:


  • Wanita yang kurang makan ikan.

  • Wanita yang berisiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular.

  • Wanita hamil dan menyusu.

  • Wanita dengan berat badan berlebihan dan masalah sendi.


Kebanyakan wanita hanya perlu mengambil 1 gram EPA dan DHA setiap hari, namun untuk mereka dengan trigliserida yang tinggi yang berada di bawah pemantauan doktor boleh mengambil 2 hingga 3 gram minyak ikan dalam sehari.

.

3. Nutrien Wanita - Folat

.

Folat adalah vitamin B larut air yang banyak didapati dalam sayuran seperti bayam dan asparagus serta buah-buahan seperti tembikai susu.


Folat penting untuk membuatkan anda tampak kekal cantik dan sihat.


Sel-sel anda memerlukan folat untuk menghasilkan DNA.


Tanpa DNA, sel anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan tisu baru seperti kulit dan rambut tidak dapat dihasilkan.


Semasa tempoh hamil, folat juga sangat penting untuk mengelakan keabnormalan tiub saraf pada janin, seperti spina bifida.


Oleh itu, wanita sangat disyorkan untuk mengambil suplemen folat terutamanya mereka yang sedang hamil.


Untuk wanita sihat yang tidak hamil, anda boleh mengambil multivitamin yang mengandungi 400 mikrogram sehari.


Wanita hamil perlu mengambil suplemen pranatal dengan 400 hingga 800 mikrogram folat.

.

4. Nutrien Wanita - Vitamin B

.

Vitamin B seperti thiamin (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), asid pantotenik (B5), pyridoksin (B6), dan biotin boleh dijumpai dalam makanan seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Vitamin B12 hanya boleh diperolehi daripada daging, ikan, dan susu.


Seorang wanita yang aktif boleh membakar lebih 2000 kalori sehari dan vitamin B penting untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian.


Vitamin B6 dan B12 boleh mengurangkan risiko wanita mendapat penyakit jantung dengan mengawal kadar homocysteine.


Biotin pula penting untuk menghasilkan rambut yang sihat.


Vitamin B sangat disyorkan untuk wanita yang selalu bersenam dan berpeluh kerana pembakaran kalori yang lebih tinggi memerlukan tenaga yang lebih banyak.


Wanita yang berumur lebih 50 tahun perlu mengambil suplemen vitamin B12 kerana usia yang lanjut menyebabkan nutrien wanita ini lebih susah diserap daripada makanan.

.

5. Koenzim Q10

.

Koenzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang boleh didapati daripada makanan seperti daging dan ikan.


Ia merupakan antioksidan yang kuat serta komponen penting bagi penghasilan tenaga untuk sel-sel badan.


Nutrien wanita ini juga membantu melindungi anda daripada penuaan pramatang dan menyokong fungsi jantung dan salur darah.


Wanita vegetarian lebih diutamakan untuk mengambil suplemen koenzim Q10 kerana ianya banyak diperolehi daripada daging dan ikan.


Anda boleh mengambil sekitar 30 mg hingga 100 mg koenzim Q10 setiap hari.

.

6. Vitamin D

.

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang boleh dihasilkan dalam badan apabila terdedah kepada cahaya matahari.


Ia juga boleh dijumpai dalam makanan seperti susu.


Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium daripada makanan dan suplemen yang anda ambil dengan lebih efektif.


Ia juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mengekalkan tulang yang sihat.


Pakar juga mendapati bahawa vitamin D penting dalam kesihatan umum dan pencegahan sesetengah penyakit seperti osteoporosis.


Pengambilan suplemen vitamin D sangat disyorkan untuk:


  • Wanita yang kurang mendapat pendedahan cahaya matahari.

  • Wanita yang kurang minum susu atau makanan yang kaya dengan vitamin D.

  • Wanita yang berusia lebih 50 tahun.

  • Wanita hamil dan menyusu.


Vitamin D mempunyai 2 jenis, iaitu D2 (ergocalciferol) dan D3 (cholecalciferol).


Anda boleh mengambil suplemen vitamin D yang turut mengandungi kalsium, atau pilih multivitamin yang mengandungi kedua-duanya.

.

7. Lutein

.

Lutein merupakan sebahagian daripada kategori nutrien larut lemak yang dipanggil karotenoid.


Ia boleh diperolehi daripada sayuran hijau seperti bayam, buah-buahan, jagung, dan kuning telur.


Lutein adalah antioksidan yang tertumpu pada mata untuk melindunginya daripada kerosakan radikal bebas yang menyebabkan age-related macular degeneration (ARMD) atau degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.


ARMD boleh menyebabkan buta dalam kalangan wanita yang lebih tua.


Lutein juga menyokong kesihatan tisu payudara dan serviks.


Ada boleh mengambil suplemen lutein sebanyak 6 mg hingga 10 mg setiap hari.

.

.

Kesimpulan Nutrien Wanita

.

Mengambil nutrien wanita yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk menjaga kecantikan dan kesihatan wanita dari dalam.


Kalau boleh jaga kecantikan luaran, kenapa tidak boleh jaga kesihatan dalaman kan?


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Kalau anda bercadang untuk menghasilkan suplemen jenama sendiri, team Abam Peah boleh bantu anda. Mungkin anda ada nampak apa-apa masalah yang anda boleh berikan penyelesaiannya dengan idea suplemen anda?


Jom berhubung. Klik button di bawah.




留言


bottom of page