7 Nutrien Yang Anda Tak Ambil Secara Mencukupi
- Abam Peah
- Sep 2, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Untuk mengekalkan kesihatan badan, anda sebenarnya perlu mendapatkan nutrien yang mencukupi.
Barulah semua bahagian badan boleh berfungsi dengan baik.
Namun, dengan gaya hidup yang sibuk pada hari ini, kebanyakan individu tidak mendapat kadar nutrien yang mencukupi pada setiap hari.
Ramai yang lebih suka membeli makanan daripada restoran makanan segera kerana terlalu mengejar masa.
Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan 7 nutrien yang ramai tak ambil secara mencukupi.
.
Nutrien Penting Yang Tidak Diambil Dengan Cukup
.
1. Nutrien - Zat besi
.
Zat besi adalah mineral yang asas untuk badan anda.
Ia merupakan komponen penting yang membentuk sel darah merah, di mana ia melekat dengan hemoglobin dan membawa oksigen ke sel-sel badan.
Terdapat 2 jenis zat besi pemakanan iaitu:
Besi heme: Besi ini sangat mudah diserap ke dalam badan. Ia hanya dijumpai dalam makanan berasaskan haiwan terutamanya daging merah yang tinggi dengan kandungannya.
Besi bukan heme: Jenis besi ini boleh dijumpai dalam makanan berasaskan haiwan dan tumbuhan. Namun ia tidak diserap semudah besi heme.
.
2. Iodin
.
Iodin adalah mineral yang penting untuk memastikan fungsi tiroid yang normal dan penghasilan hormon tiroid.
Hormon tiroid memainkan peranan dalam banyak fungsi badan, seperti tumbesaran, perkembangan otak, dan mengekalkan kekuatan tulang.
Ia juga membantu mengawal kadar metabolisme anda.
Kekurangan iodin boleh menyebabkan goiter, iaitu keadaan di mana kelenjar tiroid anda membengkak.
Ia juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kadar degupan jantung, sesak nafas, dan kenaikan berat badan.
Antara sumber iodin yang baik adalah:
Rumpai laut
Ikan
Tenusu
Telur
.
3. Vitamin D
.
Vitamin D merupakan vitamin larut lemak yang berfungsi seperti hormon steroid di dalam badan anda.
Ia bergerak melalui salur darah dan ke dalam sel-sel anda, memberi isyarat untuk menghidupkan atau mematikan gen.
Menariknya, vitamin D boleh dihasilkan daripada kolesterol dalam kulit anda apabila ia terkena cahaya matahari.
Oleh itu, penting untuk anda mendapatkan pendedahan kepada cahaya matahari yang cukup setiap hari.
Anda juga boleh ambil makanan yang mengandungi vitamin D seperti minyak ikan kod, ikan tenggiri, sardin, dan kuning telur.
.
Baca Juga: 15 Suplemen Untuk Wanita Terbaik - Part 1
.
4. Vitamin B12
.
Vitamin B12 merupakan vitamin larut air yang turut dipanggil sebagai cobalamin.
Vitamin ini penting dalam pembentukan darah dan juga membantu dalam fungsi otak dan sistem saraf.
Setiap sel dalam badan anda memerlukan vitamin B12 untuk berfungsi dengan baik, namun badan anda tidak mampu menghasilkan vitamin ini dengan sendiri.
Disebabkan itu, anda perlu mengambil makanan atau suplemen yang mengandungi vitamin B12.
Antara makanan sumber vitamin B12 adalah:
Kerang
Daging organ
Daging
Telur
Produk tenusu
Pengambilan vitamin B12 yang banyak dianggap tidak berbahaya kerana ia susah diserap ke dalam badan dan mudah dikumuh.
.
5. Nutrien - Kalsium
.
Kalsium adalah penting untuk badan anda kerana ia membentuk tulang dan gigi terutamanya ketika fasa pertumbuhan pesat kanak-kanak.
Selain itu, kalsium berperanan sebagai molekul isyarat. Tanpanya, jantung, otot, dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik.
Kandungan kalsium dalam darah dikawal ketat, dan sebarang kalsium berlebihan akan disimpan di dalam tulang.
Apabila pengambilan kalsium berkurangan, tulang anda akan membebaskan kalsium dan menyebabkan ia menjadi lemah.
Sumber kalsium yang baik termasuk:
Ikan yang dibuang tulang
Produk tenusu
Sayuran hijau gelap seperti bayam dan brokoli
.
6. Vitamin A
.
Vitamin A adalah penting untuk membentuk dan mengekalkan kulit, gigi, tulang dan membran sel yang sihat.
Tambahan pula, ia juga penting untuk penglihatan kerana boleh menghasilkan pigmen mata.
Terdapat 2 jenis pemakanan vitamin A yang berbeza:
Vitamin A prabentuk: Jenis ini dijumpai dalam daging haiwan, ikan, ayam itik, dan produk tenusu.
Pro-vitamin A: Jenis ini dijumpai dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kerosakan sementara atau kekal pada penglihatan dan boleh membawa kepada buta.
Ia juga boleh menjejaskan fungsi imun badan dan meningkatkan risiko kematian terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan ibu mengandung atau menyusu.
.
.
7. Nutrien - Magnesium
.
Magnesium merupakan satu lagi mineral utama untuk tubuh badan anda.
Ia penting untuk mengekalkan struktur tulang dan gigi, dalam masa yang sama ia terlibat dalam lebih 300 reaksi enzim.
Kadar pengambilan dan magnesium dalam darah yang rendah sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kencing manis jenis 2, sindrom metabolisme, penyakit jantung, dan osteoporosis.
Sumber magnesium yang baik termasuk:
Bijirin penuh
Kekacang
Coklat gelap
Sayuran hijau gelap
.
Kesimpulan Nutrien Yang Anda Ambil Tak Mencukupi
.
Nutrien lain juga penting untuk tubuh badan anda, tapi senarai yang kami sebutkan tadi adalah yang paling biasa diambil secara tidak mencukupi.
Lepas ini, cuba amalkan pemakanan yang sihat untuk mendapatkan nutrien penting secara mencukupi supaya komplikasi kesihatan dapat dielakkan.
Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat untuk anda.
Oh. Khas untuk anda yang rasa anda mempunyai idea suplemen yang sesuai untuk mengatasi masalah kekurangan nutrien ini, team Abam Peah boleh bantu anda.
Kami menawarkan konsultansi 30 minit secara percuma untuk bantu anda menjadikan impian anda untuk menghasilkan suplemen jenama sendiri menjadi kenyataan. Untuk info lanjut, boleh klik link di bawah.

Comments