top of page

Lipstick Matte VS Lipstick Glossy : 3 Cara Mudah Untuk Anda Buat Pilihan

Updated: Jan 11, 2023

Kebanyakan wanita pasti suka mengenakan solekan pada wajah mereka. Bahkan ada yang tidak boleh meninggalkan rumah tanpa mencalit sedikit lipstick matte, lipstick glossy atau apa-apa jenis lipstick sebelum melangkah keluar rumah.


Pada masa sekarang pula, lipstick datang dalam pelbagai formulasi dan efek sampai kadangkala pening kepada nak pilih.


Antara jenis lipstick yang paling popular hari ini adalah lipstick matte dan lipstick glossy, namun formulasi mereka amatlah berbeza.


Jika anda sedang rungsing untuk memilih antara kedua jenis lipstick ini, anda perlu perlu mengambil kira bentuk dan tekstur bibir anda.


Bibir yang mudah kering lebih sesuai jika dikenakan lipstick glossy berbanding matte.


Anda juga perlu memikirkan tentang penampilan yang anda inginkan sebelum memilih jenis lipstick.


Kami akan kongsikan 3 cara untuk memudahkan anda membuat keputusan dalam membuat pilihan antara lipstick matte atau glossy.


Cara Pertama: Melengkapi Bentuk dan Tekstur Bibir


1. Gunakan lipstick gloss atau formulasi krim jika bibir anda merekah


Lipstick dengan kemasan gloss adalah jenis yang paling melembapkan antara semua formulasi lipstick.


Elakkan daripada guna lipstick matte untuk bibir merekah.


Kilauan lipstick gloss boleh bantu menyembunyikan sebarang rekahan yang ada pada bibir anda dan melembapkannya pada masa yang sama.


2. Exfoliate dan lembapkan bibir sebelum mengenakan formulasi matte


Formulasi lipstick matte boleh menyebabkan bibir anda kering.


Walaupun bibir anda kelihatan sihat sebelum memakainya, formulasi ini cenderung untuk menyerap kelembapan daripada bibir.


Untuk mengatasi masalah ini, mulakan dengan bibir yang telah diskrub dan lembap.


Anda boleh gunakan skrub bibir atau berus gigi dengan bulu halus untuk menggosok bibir anda dengan lembut, kemudian sapu lip balm yang tahan lama.


3. Penuhkan bibir anda dengan formulasi lipstick glossy


Lipstick matte mempunyai pigmentasi yang tinggi dan menarik perhatian kepada bibir anda.


Jika anda mempunyai bibir yang agak nipis, mungkin anda tidak mahu menyerlahkannya dengan warna matte.


Formulasi glossy sebaliknya boleh membuatkan bibir anda kelihatan lebih penuh dan gebu.


4. Tarik perhatian kepada bibir anda dengan lipstick matte


Jika anda sukakan bentuk bibir anda dan ingin menyerlahkannya, formulasi matte sangat sesuai untuk anda.


Ia mempunyai pigmentasi tinggi tanpa sebarang kilauan, menyerlahkan bibir anda.


Mulakan dengan melukis garis bibir untuk memberi bentuk yang lebih sempurna kerana kemasa matte boleh membuatkan bibir tampak lebih nipis dan rata.


5. Gunakan kemasan glossy jika anda baru mencuba memakai lipstick


Formulasi matte sangat susah untuk dipakai terutamanya untuk “newbie”.


Pigmentasinya yang tinggi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dikenakan pada bibir.


Tersilap lukis sikit, ianya susah untuk dihilangkan.


Formulasi glossy sebaliknya lebih mudah untuk dipakai kerana ianya licin disapu dan tidak memerlukan ketepatan seperti formulasi matte.


Cara Kedua: Tentukan Penampilan Yang Anda Mahu


1. Gunakan lipstick matte untuk penampilan glamorous


Warna matte yang terang dan tahan lama menghasilkan penampilan yang sangat memukau.


Teksturnya yang tidak berkilat dan rata dengan warna terang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.


2. Gunakan formulasi glossy untuk tampil lebih muda


Kemasan matte meratakan bentuk bibir dan boleh membuatkan wajah anda tampak lebih berumur.


Kilauan glossy sebaliknya memberikan rupa yang fresh dan muda.


3. Gunakan formulasi matte untuk penampilan ala 50-an


Banyak fesyen pada zaman 50-an menggunakan penampilan matte seperti yang anda boleh lihat dalam filem-filem lama.


Jika anda inginkan penampilan seperti Marilyn Monroe, anda boleh kenakan formulasi matte dengan warna merah ceri pada bibir anda.


4. Hasilkan penampilan ala 70-an dengan warna bibir glossy


Pada era 70-an pula, penampilan wajah yang fresh dan natural pula yang menjadi kegilaan.


Kebanyakan solekan adalah ringan dan menonjolkan ciri awet muda dengan pipi merah bibir gebu.


Bibir berkilat dengan warna yang terang boleh menghasilkan penampilan yang menjadi tema pada era 70-an.



Cara Ketiga: Padankan Dengan Keadaan


1. Gunakan formulasi glossy pada waktu siang


Lipstick matte yang terlalu terang mungkin tidak sesuai dipakai pada siang hari yang cerah.


Lipstick glossy tampak lebih natural dan sesuai dalam suasana cerah waktu siang.


Lipstick glossy mungkin perlu dipakai semula dengan lebih kerap kerana ianya mudah luntur berbanding lipstick matte.


Tapi ianya mudah dipakai, jadi ia tidak akan mendatangkan masalah.


2. Gunakan matte terang atau warna glossy pada waktu malam


Disebabkan intensitinya, formulasi matte sangat sesuai dikenakan untuk penampilan pada waktu malam.


Walaubagaimanapun, bibir glossy berkilat yang cerah juga menarik untuk digayakan ketika keluar malam.


Anda boleh sesuaikan mana-mana jenis lipstick dengan pakaian anda mengikut citarasa sendiri.


3. Pilih formulasi glossy untuk acara santai


Lipstick glossy sesuai digayakan dengan semua penampilan santai.


Jika anda bercadang untuk menghadiri majlis atau acara santai, atau keluar dengan rakan-rakan, bibir matte mungkin agak keterlaluan untuk anda gayakan.


Jika anda sukakan warna terang lipstick matte, anda boleh gunakan lipstick glossy dengan pigmentasi tinggi.


4. Gunakan lipstick matte jika anda perlu warna bibir yang tahan lama


Jika anda tidak sempat untuk kenakan lipstick dari masa ke semasa, lipstick matte sangat sesuai untuk anda kerana ia lebih tahan lama.


Kebanyakan formulasi matte boleh bertahan selama 6 hingga 8 jam setelah dipakai.


Jangan lupa untuk bawa lip balm pelembap yang mudah disapu pada bibir kerana lipstick matte boleh membuatkan bibir anda kering.


Kesimpulan Lipstick Matte


Memilih lipstick boleh menjadi menjadi penyebab sakit kepala kepada sesetengah individu, terutamanya mereka yang baru berjinak dengan solekan.


Anda boleh gunakan 3 cara mudah yang diterangkan tadi untuk membantu anda memilih lipstick yang sesuai dengan anda.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai lipstick matte vs lipstick glossy. Oh. Kilang Abam Peah ada offer menarik untuk anda yang nak keluarkan lipstick jenama sendiri.


Klik button di bawah untuk bacaan lebih lanjut.






Comments


bottom of page