Jenis Lipstick dan Kesesuaiannya - Part 2
- Abam Peah
- Oct 10, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Terdapat pelbagai jenis lipstick yang telah dihasilkan hingga ke hari ini untuk menyesuaikan dengan kehendak pengguna.
Dengan beribu pilihan lipstick yang ada, pastinya anda juga boleh cari lipstick yang sesuai dengan kehendak anda.
Jika anda dah baca bahagian pertama perkongsian ini, anda pasti sudah faham tentang lipstick satin, lipstick matte, lipstick creamy, dan tint bibir,
Dalam perkongsian kami untuk part 2 ini, kami akan terangkan kepada anda tentang 4 lagi jenis lipstick yang biasa didapati di pasaran.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, pastikan anda baca artikel ini sampai ke penghujung.
1. Lip Gloss
Lip gloss yang dulu bukanlah yang sekarang.
Kalau sebelum ini anda pernah pakai lip gloss yang tebal dan melekit, sekarang ianya dah ada banyak penambahbaikan.
Jika anda inginkan bibir yang tampak basah dan mempunyai efek berkilat, lip gloss sangat sesuai untuk anda.
Lip gloss tidak terlalu legap dan juga tidak tahan terlalu lama.
Berita baiknya ialah ia boleh melembapkan bibir anda sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memakai lip gloss bersama lipstick lain untuk menambahkan seri dan memberikan efek berkilat pada lipstick lain yang anda pakai.
2. Lipstick Frosted atau Metallic
Jenis lipstick frosted sangat popular sekitar tahun 90-an dan sering dilihat di red carpet dipakai oleh selebriti-selebriti Hollywood.
Lipstick frosted atau metallic ini boleh memantulkan cahaya dan membuatkan bibir anda berkilau, dalam masa yang sama bibir anda akan nampak lebih anjal dan penuh.
Sesetengah jenis lipstick ini mengandungi sedikit serpihan kilauan yang menambahkan sinaran pada bibir anda, membuatkan ia tampak seperti logam cair.
Jika anda berminat untuk mencuba lipstick ini, sentiasa beringat untuk melembapkan bibir anda sebelum memakainya kerana ia boleh menyebabkan bibir anda kering dan merekah.
3. Tinted Lip Balm
Jika bibir anda mudah kering dan merekah, anda wajib bawa produk lip balm ke mana-mana sahaja.
Dah alang-alang selalu pakai lip balm, apa kata anda tambahkan sedikit warna yang cantik pada bibir?
Lip balm jenis tinted ini berfungsi sama seperti lip balm, bezanya cuma ia boleh menambahkan sedikit warna pada bibir anda, membuatkannya tampak lebih menarik.
Terdapat produk lip balm yang diselitkan dengan pigmen warna untuk menambahkan warna pada bibir anda di samping melembapkannya supaya tidak kering.
Ianya umpama lip tint yang boleh menghidrat bibir anda tanpa rasa kering.
Anda Mungkin Berminat : Lipstick Jenama Sendiri - Rahsia Produk Laris
4. Lip Liner
Samada anda selalu berdarah di sekeliling bibir atau anda ingin menebalkan garisan bibir, mungkin jenis lipstick lip liner adalah penyelesaian bagi masalah anda.
Ia boleh membuatkan lipstick anda tahan dengan lebih lama, mengelakkan lipstick daripada menyebabkan pendarahan, mengisi rekahan pada bibir, menjelaskan garisan bibir, dan boleh juga membuatkan bibir anda kelihatan lebih besar dan penuh.
Sebelum anda memakai lipstick lain, pastikan anda menggariskan bibir anda dengan lip liner dahulu.
Anda juga boleh membuatkan bentuk bibir anda menjadi lebih menarik atau membuatkannya lebih simetri dengan menjelaskan garisan bibir anda.
Anda perlu cuba sendiri, pasti nanti anda akan terkejut dengan hasilnya yang menakjubkan.
Ia juga boleh membuatkan lipstick anda tahan dengan lebih lama.
Kesimpulan Jenis Lipstick
Samada anda ingin mencari sesuatu yang lembut dan halus, atau ingin membuatkan bibir anda berkilat, terang dan dramatik, lipstick adalah cara yang ringkas dan cepat untuk menaikkan tahap solekan anda.
Dengan pelbagai pilihan lipstick yang ada, mungkin anda akan mengalami masalah untuk memilih lipstick yang terbaik untuk anda.
Namun berdasarkan penjelasan yang kami kongsikan ini, kami harap ini boleh memudahkan anda dalam membuat pilihan jenis lipstick mengikut kesesuaian dan kemahuan anda.
Khas untuk anda yang berminat untuk hasilkan lipstick jenama sendiri, kilang Abam Peah sedang adakan promosi MOQ rendah, siap bahan untuk marketing dalam bentuk gambar dan juga video.
Nak tahu lebih lanjut? Klik button di bawah.




Comments