top of page

12 Jenis Lipstick : Panduan Terbaik Untuk Anda - Part 1

Bila bercakap tentang memilih jenis lipstick, pasti ada yang garu kepala memikirkan lipstick yang terbaik untuk dibeli.


Manakan tidak, terdapat bermacam jenis lipstick yang dijual di pasaran pada hari ini.


Warna berkilat, aneka jenis matte, atau rona berkilauan, setiap satu datang dengan pelbagai variasi tekstur dan menawarkan hasil yang berbeza pada bibir.


Namun tahukah anda? Terdapat 12 jenis berbeza yang wajib dimiliki oleh setiap wanita yang mementingkan penampilan wajah mereka.


Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan satu-persatu supaya anda boleh tahu lipstick apa yang anda perlukan lepas ni.


Jom kita tengok lipstick jenis apa kami maksudkan ini.


1. Lip Gloss Pigmentasi Tinggi


Formulasi glossy menawarkan efek berkilat kepada pemakainya dan pasti akan mempersonakan sesiapa sahaja yang memandang.


Sesetengah formulasi boleh membuatkan bibir anda kelihatan lebih penuh dan anggun.


Kilauan lip gloss ini memberikan glam lembut dengan warna yang seakan-akan lutsinar yang menjadi pilihan ramai dalam solekan.


Ia membuatkan muka anda lebih berseri dengan sentuhan semulajadi dan boleh digunakan bersama lipstick lain untuk membuatkannya tahan lebih lama.


2. Lipstick Berkilat


Jenis lipstick biasa yang berkilat ini mempunyai tekstur ringan yang mudah dikenakan pada bibir.


Ia sesuai digunakan dalam semua jenis keadaan, samada keluar berjalan-jalan, membeli belah, atau keluar dating, ia membuatkan bibir anda cantik dan juga berfungsi seperti lip balm.


Lipstick ini juga menghiasi bibir anda dengan dengan sedikit sentuhan warna berkrim, menambahkan kecantikan bibir.


Kemasan satin lipstick ini juga boleh menambahkan efek glamor kepada sesiapa yang memakainya.



3. Lipstick Matte Velvet


Dengan format lipstick tradisional, warna matte sememangnya sesuai untuk sebarang majlis dengan memberikan bibir anda rupa yang berkelas dan kontemporari.


Seperti dalam namanya, lipstick ini mempunyai warna velvet dengan efek matte.


Ianya mempunyai pigmentasi yang tinggi dan tahan dengan sangat lama, jadi anda tidak perlu touchup setiap masa.


Anda juga boleh menggunakan lipstick ini walaupun bibir anda sedikit kering.


4. Lipstick Cecair


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis lipstick ini sangat popular digunakan dalam kalangan wanita.


Ia boleh didapati dengan formulasi cecair pekat bersama alat untuk mengenakannya pada bibir sebagai sebahagian daripada botolnya.


Ini membuatkan para wanita menggemarinya kerana mudah untuk digunakan berbanding lipstick pepejal.


Lipstick ini juga kalis comot dan tahan dengan lebih lama pada bibir anda dengan efek matte.


Formulasi istimewanya membantu lipstick ini kekal melekat pada bibir walaupun semasa anda sedang makan.



5. Lip Cream


Formulasi cecair berkrim datang di dalam botol yang disertakan dengan alat untuk mengenakannya pada bibir.


Ianya seperti cecair matte cuma yang membezakannya adalah teksturnya.


Biasanya ia akan kering kurang daripada seminit selepas dikenakan dan boleh kekal pada bibir anda selama 6 jam.


Anda boleh gunakan krim ini jika anda ingin menambahkan penampilan yang lebih lembut pada wajah anda berbanding matte kering.


Ianya sesuai ketika anda hanya ingin mengenakan sedikit warna bibir pada solekan ala nude, ataupun solekan ringan.


Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai bibir halus dan ingin menambahkan volume pada bibir anda.


6. Lip Tint


Lip tint telah mengalami perubahan yang banyak sejak ia mula diperkenalkan pada lewat kurun ke-20 untuk menjadi lipstick yang popular sekarang.


Pada awalnya, produk lip tint adalah berasaskan air, namun sekarang ianya datang dalam bentuk balm untuk memudahkan pengguna mengenakan pada bibir dengan warna yang lebih mendalam.


Ia kurang berpigmen berbanding lipstick biasa dan cecair, sesuai untuk anda gunakan untuk memberikan hanya sedikit warna pada bibir.


Lip tint juga tahan lama dan datang dengan tahap pigmentasi yang berbeza daripada warna pudar hingga ke warna yang sangat terang.


Kesimpulan Jenis Lipstick


Dalam banyak-banyak jenis lipstick yang tersenarai tadi, ada tak jenis lipstick yang anda suka?


Kalau masih belum jumpa, pastikan anda baca sambungan perkongsian ini di part 2 kerana kami akan kongsikan 6 lagi jenis lipstick yang ada.


Buat masa sekarang, sampai di sahaja perkongsian kami pada kali ini. Jangan lupa baca sambungan perkongsian ini di bahagian seterusnya.




Comentarios


bottom of page