top of page

Jenis Suplemen Serbuk VS Kapsul - Mana Lebih Baik?

Updated: Jan 11, 2023

Bila cakap tentang jenis suplemen, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh syarikat-syarikat yang menghasilkan suplemen.


Kalau dulu, kebanyakan suplemen hanya datang dalam bentuk tablet yang tebal-tebal, nak telan pun susah.


Sekarang ia mempunyai lebih banyak variasi, ada yang dibuat dalam bentuk serbuk dan kapsul untuk menyesuaikan dengan kehendak pengguna.


Tapi dengan pilihan yang bermacam ni, mana sebenarnya yang lebih baik untuk anda?


Sebenarnya, tiada jawapan yang mudah untuk menjawab persoalan itu melainkan, anda termasuk dalam kalangan mereka yang menghadapi kesukaran dalam menelan pil.


Jadi jawapannya mudah, pilih sahaja suplemen serbuk, hanya bancuh dan minum seperti minuman biasa.


Selainnya, anda boleh tengok perbezaan antara jenis suplemen serbuk dan kapsul dan pilih mengikut kesesuaian anda.


Kami akan cuba bantu anda untuk lebih faham tentang suplemen serbuk dan kapsul untuk memudahkan anda membuat pilihan.

.

Jenis Suplemen - Serbuk

.

Sebahagian individu mempunyai masalah dalam menelan pil atau kapsul.


Bagaimana ini boleh terjadi?


Badan anda memerlukan makanan untuk terus berfungsi dan tidak ada masalah untuk menelan makanan.


Namun, badan anda tidak memerlukan batu atau butiran kecil yang tidak kelihatan seperti makanan.


Ramai yang susah menelan kapsul kerana otak mereka tidak menerima kehadiran kapsul dalam badan.


Jadi jika anda cuba menelan kapsul, ia mungkin hanya akan tersangkut di dalam mulut anda atau diludah keluar.


Jika anda tergolong dalam individu seperti ini, suplemen serbuk mungkin yang terbaik untuk anda.


Jika tidak, anda boleh pertimbangkan sebab-sebab yang berikut.

.

.

1. Kepekatan

.

Jenis suplemen kapsul perlu dibuat dalam bentuk yang kecil supaya anda tidak tercekik apabila menelannya.


Sebab itulah sesetengah suplemen tidak dihasilkan dalam bentuk kapsul.


Ruang dalam kapsul agak terhad untuk diisi dengan suplemen dalam kuantiti yang banyak.


Walaupun kebanyakan suplemen dan vitamin boleh diisi dalam kapsul dengan dos yang cukup, namun suplemen seperti protein whey memerlukan lebih daripada itu.


Jadi ia lebih sesuai diambil dalam bentuk serbuk di mana kuantiti tidak terhad.

.

2. Penyerapan pantas

.

Kapsul vitamin tidak dibuat untuk hasil yang pantas. Sebaliknya ia direka untuk masuk ke dalam sistem pencernaan anda sebelum ia boleh diserap masuk ke dalam salur darah.


Suplemen serbuk pula tidak mempunyai ciri-ciri begitu.


Apabila anda tambah air dan minum, ia terus diserap masuk ke dalam salur darah dan ini memberikannya kelebihan dalam kesan yang pantas.

.

.

3. Rasa

.

Biasanya kapsul tidak mempunyai sebarang rasa apabila ditelan, manakala suplemen serbuk pula boleh dihasilkan dengan pelbagai rasa.


Perasa coklat, buah-buahan, vanila, senang cerita semua jenis rasa boleh ditambah kepada serbuk untuk membuatkannya lebih sedap dan mudah diminum.


Jika rasanya sedap, pasti anda akan lebih suka untuk minumnya kan?


Anda akan mengambil suplemen dengan lebih konsisten, dan hasilnya pasti akan lebih ketara.

.

Jenis Suplemen - Kapsul

.

Ramai yang lebih suka mengambil kapsul kerana kemudahannya dan lebih ringkas.

.

1. Mudah dibawa

.

Kerana saiz kapsul yang lebih kecil dan ringan, ianya lebih mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.


Anda juga tidak perlu risau jika ia tertumpah seperti serbuk kerana mudah dibersihkan.


Kerana semua suplemen atau vitamin yang diperlukan tersimpan dalam kapsul yang kecil, anda boleh letakkan agak banyak kapsul dalam bekas gelap kecil dan bawa dengan anda.


Berbeza dengan suplemen serbuk, bekas yang digunakan adalah lebih besar dan tentunya akan memakan ruang.

.

2. Mudah dicampur

.

Oleh kerana kebanyakan kapsul tidak mempunyai rasa, anda mudah untuk mengambil sejenis kapsul dengan jenis yang lain.


Anda tidak perlu risau dengan rasa aneh yang mungkin terhasil apabila anda mencampurkan dua jenis kapsul berbeza dalam satu masa.


Hanya masukkan dalam mulut dan telan bersama sedikit air, dan kapsul akan diproses dalam badan tanpa meninggalkan sebarang rasa.

.

3. Pelepasan tertunda

.

Apa yang dimaksudkan dengan pelepasan tertunda ni?


Ia merupakan keadaan di mana bahan dalam kapsul akan mengambil masa untuk dilepaskan ke dalam perut.


Anggap sahaja mengambil kapsul ini seperti menelan ubat tetapi dengan timer yang akan mengaktifkan ubat tersebut.


Selepas kulit kapsul larut dalam perut, kandungannya akan dilepaskan dan diserap ke dalam salur darah.

.

Kesimpulan Jenis Suplemen

.

Jenis suplemen serbuk dan kapsul masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


Apapun, tak salah anda ingin pilih yang mana satu asalkan ianya sesuai dengan keperluan anda.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai suplemen serbuk vs kapsul.


Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda. Oh. Khas untuk anda yang nak hasilkan suplemen jenama sendiri, team Abam Peah ada sediakan konsultansi percuma selama 30 minit.


Info lanjut, anda boleh klik button dibawah.



ree


Comments


bottom of page