top of page

Jom Buat Lipstick Sendiri! - Langkah Mudah Untuk Anda

Updated: Jan 11, 2023

Kebanyakan wanita pasti suka mengenakan lipstick di bibir untuk kelihatan lebih menarik apabila keluar.


Banyak lipstick yang dijual di pasaran pada masa kini sampaikan pening nak buat pilihan.


Tambahan pula, anda tak tahu bahan apa yang digunakan dalam lipstick yang dijual di luar sana.


Kan seronok kalau boleh buat lipstick sendiri?


Kalau anda nak tahu, anda boleh menghasilkan lipstick sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan DIY sahaja.


Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda langkah-langkah untuk anda buat lipstick sendiri.


Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.


Peralatan Yang Diperlukan


Pertama sekali anda mestilah perlu sediakan peralatan yang akan anda perlukan untuk membuat lipstick.


Mula-mula tentukan dulu bekas yang ada ingin gunakan untuk lipstick anda.


Anda boleh gunakan tiub lip balm dengan pangkal berpusing atau periuk kecil dengan penutup.


Bekas ini boleh diperbuat daripada besi, kaca, atau plastik.


Sebelum mengitar semula sebarang bekas, rendam dulu dalam air panas dan lapkan dengan bebola kapas yang direndam dalam cuka atau alkohol.


Anda juga akan perlukan:


  • Mangkuk kecil kalis haba atau cawan penyukat kaca

  • Periuk

  • Penitis kaca atau pipet

  • Sudu atau spatula


Resepi Lipstick

.

Bahan-bahan:


  • 1 sudu pelet lilin lebah

  • 1 sudu mentega shea, mentega koko, atau mentega manga

  • 1-2 sudu minyak badam manis, atau minyak kelapa


Anda boleh membeli pelet lilin lebah, mentega shea, mentega koko, mentega manga, minyak badam manis, dan minyak kelapa secara online.

.

Pilihan warna:


  • 1 titik mewarna makanan berwarna merah atau kuning

  • 1/8 sudu serbuk ubi bit

  • 1/4 - 1/2 sudu serbuk koko


Bahan-bahan ini boleh dibeli secara online.

.

Langkah-langkah:


  1. Letakkan lilin lebah, mentega, dan minyak ke dalam mangkuk kalis haba anda atau cawan penyukat kaca anda.

  2. Selepas itu, letakkan bekas tadi dalam periuk yang diisi separuh dengan air.

  3. Panaskan air sehingga mendidih dan biarkan sehingga semua bahan tadi cair.

  4. Padamkan api dan masukkan pewarna atau pewangi tambahan ke dalam campuran tadi.

  5. Gunakan penitik untuk memindahkan campuran tadi ke dalam tiub.

  6. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan ia akan mengembang sedikit semasa ia menyejuk.

  7. Sejukkan selama 30 minit atau sehingga ia keras sepenuhnya sebelum menutup dengan penutup.

  8. Simpan di tempat yang sejuk dan kering.

  9. Anda boleh gunakan lipstick ini dalam masa 6 bulan.

.

Resepi Lip Balm

.

Lip balm ini boleh menjadi lebih pekat dan berkrim.


Anda boleh tambahkan lebih banyak lilin lebah jika ia terlalu lembut.


Jika ia terlalu keras, tambahkan lebih minyak.

.

Bahan-bahan:


  • 1 sudu pelet lilin lebah

  • 1 sudu mentega shea

  • 3 sudu minyak badam manis atau minyak kelapa


Ikut langkah sama seperti lipstick, tapi gunakan periuk kecil sebagai bekas.


.

Penyesuaian dan Pilihan

.

Cuba ubah nisbah minyak kepada lilin lebah untuk mencapai kepekatan yang anda ingini.


Cara terbaik adalah mulakan dengan kuantiti yang kecil untuk try and error dan buat sebarang perubahan atau penukaran bahan kepada resepi anda.


Ini membolehkan anda mengenalpasti resepi yang terbaik sambil mengelakkan pembaziran jika berlaku kesilapan.

.

Pilihan Pewarna

.

  • Pewarna makanan semulajadi

  • Serbuk ubi bit

  • Serbuk koko

  • Serbuk kayu manis

  • Serbuk kunyit

  • Serbuk mika

  • Serbuk akar alkanet

  • Serbuk annatto

.

Tips Untuk Pewarna

.

  • Tambahkan pewarna sedikit demi sedikit.

  • Untuk serbuk pewarna, anda hanya perlukan secubit atau 1/2 sudu.

  • Untuk mendapatkan warna yang anda inginkan, cuba uji pada kuantiti yang kecil dahulu sebelum mencampurkannya ke dalam keseluruhan adunan.

.

Kesimpulan Tips Buat Lipstick Sendiri

.

Tak susah sangat kan cara untuk buat lipstick sendiri?


Untuk anda yang ingin mencuba buat pertama kali, mungkin anda akan mengambil masa dan beberapa kali percubaan untuk menyempurnakan resepi anda.


Tapi bak kata pepatah orang kampung, “Practice makes perfect”, “Don’t give up”.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai tips buat lipstick sendiri.


Kalau anda nak cara yang lebih mudah, berkesan, berkualiti dan siap dengan bahan-bahan marketing seperti gambar dan video, anda boleh je minta team Abam Peah buatkan.


Klik button di bawah untuk info lanjut bagaimana team Abam Peah boleh bantu anda.







Comments


bottom of page