top of page

Jenis Lipstick dan Kesesuaiannya - Part 1

Susah sebenarnya untuk menentukan jenis lipstick dan kesesuaiannya sekalipun solekan lipstick telah wujud sejak beratus tahun yang lalu lagi. Menarik kan?


Masyarakat zaman purba dahulu kala menggunakan batu permata yang dihancurkan, bunga, dan sayuran untuk mendapatkan warnanya dan dihiaskan pada muka dan bibir mereka.


Dah jadi lumrah manusia untuk mencantikkan diri sendiri.


Sampai ke hari ini, ramai yang tak boleh keluar rumah tanpa mengenakan sedikit lipstick pada bibir mereka untuk tampak lebih cantik.


Dengan dunia yang semakin maju, solekan bibir juga turut mengalami perubahan dan berevolusi menjadi bentuk lipstick yang kita kenali hari ini.


Kini anda boleh pilih lipstick yang anda suka daripada beribu pilihan warna, formula, dan tekstur yang terjual di pasaran.


Dengan banyak pilihan yang ada, pastinya ada satu yang sesuai dengan anda.


Semua lipstick yang anda boleh jumpa di pasaran terbahagi kepada beberapa jenis utama.


Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda jenis-jenis lipstick tersebut.


1. Jenis Lipstick - Satin


Lipstick satin boleh memberikan penampilan yang lembut dan lembap pada bibir anda dan sangat sesuai untuk solekan yang ringkas.


Dengan teksturnya yang sangat lembut dan melembapkan, lipstick jenis ini boleh menambahkan warna yang ringan pada bibir anda yang boleh ditebalkan dengan melapis.


Lipstick satin ini diperkaya dengan bahan pelembap untuk memastikan bibir anda kekal anjal dan terhidrat sepanjang hari.


Kekurangan lipstick ini adalah ianya tidak tahan lama dan perlu di touchup dari masa ke semasa.


2. Matte


Jika anda ingin mencari lipstick yang mempunyai pigmentasi yang kuat dan tahan dengan lebih lama, anda perlu mendapatkan lipstick matte.


Jenis lipstick ini adalah sangat pekat dan boleh memberikan efek matte pada bibir anda.


Selalunya lipstick matte mempunyai kandungan minyak yang sangat sedikit dan ia boleh membuatkan bibir anda kering jika tidak dikenakan dengan betul.


Pastikan anda faham cara pemakaian lipstick matte yang betul untuk mengelakkan bibir anda daripada kering.


Lipstick ini mempunyai intensiti warna yang tinggi dan sangat tahan lama, namun datang dengan risiko bibir yang kering.


3. Creamy


Lipstick creamy ini seperti berada di tengah-tengah antara lipstick satin dan lipstick matte.


Ia mempunyai kelembapan seperti lipstick satin dan rupa seperti lipstick matte.


Lipstick ini mudah dikenakan pada bibir anda dan boleh meliputi lebih banyak kawasan pada bibir.


Ianya sangat sesuai digunakan jika anda inginkan kelembapan dan warna yang lebih menyerlah.


Boleh dikatakan ia adalah gabungan daripada lipstick satin dan lipstick matte, anda boleh mendapat manfaat daripada kelebihan kedua-duanya dalam satu lipstick.


Ibarat 2 in 1 la katakan.


4. Noda atau Tint Bibir


Lipstick jenis ini sangat sesuai digunakan jika anda ingin menambahkan sedikit warna pada bibir tanpa sensasi seperti memakai lipstick.


Tint bibir biasanya sangat tahan lama dan boleh didapati dalam pelbagai tahap pigmentasi, daripada biasa hinggalah ke warna yang terang.


Ia tidak perlu sentiasa di touchup dan boleh kekal di bibir anda sepanjang hari, namun anda perlu tahu bahawa lipstick jenis ini boleh membuatkan bibir anda kering.


Sebagai tambahan, sesetengah tint bibir juga boleh digunakan pada pipi sebagai blusher.


Kesimpulan Jenis Lipstick


Ada tak antara jenis lipstick yang disebut tadi bersesuaian dengan apa yang anda cari dalam lipstick?


Kalau masih kurang sesuai, pastikan anda baca sambungan perkongsian ini di part 2 kerana kami akan kongsikan beberapa lagi jenis lipstick yang ada.


Buat masa sekarang, sampai di sahaja perkongsian kami pada kali ini. Jangan lupa baca sambungan perkongsian ini di bahagian seterusnya.




 
 
 

Comments


bottom of page