top of page

Cosmetic OEM - Jenis Produk Yang Ada

Updated: Jan 11, 2023

Cosmetic OEM, ini ayat yang team Abam Peah perasan orang ramai taip di Google. Ada yang taip kilang OEM kosmetik, kosmetik OEM, OEM cosmetics dan macam-macam lagi. Semuanya ada tujuan yang sama, untuk buat produk cosmetic OEM jenama sendiri.


Abam tak nafikan bahawa ia merupakan salah satu daripada niche yang akan dipilih oleh mereka yang ingin menghasilkan produk sendiri. Hal ini kerana demand dalam pasaran yang sentiasa tinggi.


Itulah apa yang ingin Abam Peah kongsikan dalam artikel kali ini. Sebenarnya, mudah sahaja untuk anda keluarkan produk kosmetik jenama sendiri. Banyak sebenarnya kilang cosmetic OEM yang anda boleh berurusan.



Dengan adanya kilang OEM ini juga, anda tak perlu risau pun tentang cara-cara nak hasilkan produk kosmetik ini. Seperti kilang Abam Peah, kami boleh uruskan semua proses penghasilan produk kosmetik dari formulasi bahan, sampailah ke packaging,


Anda hanya perlu pilih pakej yang sesuai sahaja.


Produk yang kami hasilkan juga adalah mengikut standard atau piawaian yang ditetapkan oleh KKM. Hal ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat untuk pengguna.


Jenis Produk Cosmetic OEM


Untuk pengetahuan anda juga, kilang abam menyediakan servis untuk hasilkan pelbagai produk kosmetik yang sering digunakan oleh orang ramai seperti:

  • Gincu

  • Lipmatte

  • Pengilap bibir

  • Bedak asas

  • Celak mata

Jangan risau kalau anda rasa anda tak tahu nak keluarkan produk yang mana satu. Jangan terburu-buru pula dan keluarkan semua jenis sekaligus.


Kalau nak keluarkan produk kosmetik, mesti lah kenal dulu produk yang anda anda nak jual. Baru senang nak yakinkan pelanggan. Apapun jangan risau. Abam Peah akan ceritakan secara ringkas tentang produk-produk yang disebutkan tadi.


Cosmetic OEM - Gincu


Cosmetic OEM

Mustahil kalau ada yang kata tak tahu gincu tu apa. Gincu atau lipstick ini merupakan alat solek yang wajib ada di dalam beg tangan para wanita. Ia penting untuk menjaga penampilan wajah mereka.


Fungsi utamanya adalah untuk menyerlahkan kecantikan bibir dan memberi sentuhan glamour pada makeup. Ia juga akan menaikkan lagi seri wajah dan ajaibnya ia juga akan menaikkan lagi outfit anda jika warna pakaian dan juga gincu anda dipadankan dengan baik.


Lipmatte


ree

Lipmatte termasuk dalam kategori lipstick. Ia sangat digemari oleh para wanita kerana kesannya tahan lama selain ia tidak membuatkan bibir anda kelihatan berkilat. Ia juga tidak mudah melekat pada permukaan yang disentuh bibir kerana teksturnya yang kurang berminyak.


Lipgloss


Cosmetic OEM

Bagi wanita, mereka tahu apa sebenarnya pengilap bibir atau lipgloss. Tapi, kalau tanyakan kepada lelaki, boleh garu kepala juga dibuatnya. Pernah tak nampak wanita yang mempunyai bibir yang berkilat “lain macam”?


Jika ya, itu bermaksud mereka mengenakan pengilap bibir pada bibir mereka.Ia berfungsi untuk membuatkan bibir kelihatan lebih berkilat daripada gincu biasa di samping menjadikan bibir tampak lebih penuh.


Selain itu, ia juga merupakan di antara produk yang kerap dipilih oleh mereka yang ingin mendapatkan produk cosmetic OEM. Mungkin kerana permintaannya yang semakin meningkat pada masa sekarang.


Cosmetic OEM - Foundation


ree

Bedak asas atau foundation ini merupakan solekan yang paling asas dan penting. Bedak ini berfungsi untuk menutup semua ketidaksempurnaan pada muka seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, parut dan sebagainya.

Disebabkan oleh hal itu jugalah ia turut menjadi di antara pilihan produk OEM cosmetic yang popular untuk dihasilkan oleh mereka yang ingin mengeluarkan produk jenama sendiri.


Eyeliner


Cosmetic OEM

Bagi wanita yang inginkan mata yang cantik dan menawan, mereka akan menggunakan celak mata atau eyeliner untuk menekankan garisan mata mereka. Dengan teknik yang betul, mereka boleh mengubah persepsi bentuk mata supaya kelihatan lebih besar dan menarik.


Sebab itulah potensi OEM cosmetic ini sangat tinggi. Hal ini kerana segala produk yang dinyatakan ini mempunyai potensi dan juga permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran.


Kesimpulan Cosmetic OEM


Sekalipun demand dan potensinya tinggi, tiada jaminan bahawa anda akan 100% berjaya. Untuk berjaya, selain daripada bergantung pada rezeki, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu yang sewajarnya.


Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah pada marketing plan atau rancangan pemasaran yang baik. Tanpa usaha, susahlah rezeki nak datang.


Ramai usahawan terutamanya yang baru mulakan bisnes membuat kesilapan dengan menganggap bahawa mereka tidak perlukan rancangan pemasaran yang kukuh, cukup hanya dengan idea produk yang bernas sahaja.


Andai kata produk anda sememangnya sempurna dari semua aspek sekalipun, produk anda akan susah laku tanpa strategi yang betul untuk meyakinkan orang ramai supaya membeli produk cosmetic OEM anda.


Misal kata anda ingin mempromosikan produk anda di Facebook, anda perlu tahu adakah friends dan followers anda termasuk dalam kategori target audience anda? Abam Peah pernah kongsikan tentang target audience dalam artikel lain sebelum ini.



Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan OEM cosmetic kali ini. Semoga bermanfaat!



ree

Comments


bottom of page