top of page

Lip Matte Jenama Sendiri - Prosedur & Tips Anda Perlu Tahu

Updated: Jan 11, 2023

Selain jenis lipstick biasa, sebuah lagi produk yang sentiasa mendapat sambutan hangat dalam pasaran adalah lip matte. Sebut je berkenaan lip matte, pasti para wanita di luar sana tak keruan. Sebab itu jugalah ramai yang teringin untuk mempunyai lip matte jenama sendiri.





Boleh je kalau nak buat lip matte jenama sendiri. Tiada masalah. Cumanya, sebelum Abam Peah ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan prosedur dan tips sebelum anda keluarkan brand anda sendiri, ada beberapa perkara yang Abam Peah nak sentuh dulu.


Apa sebenarnya perbezaan di antara lipstick dan juga lip matte? Cuba tanya orang lelaki. Confirm dia blur. Hahaha..


Untuk memudahkan fahaman kita semua, lipstick adalah produk yang memberikan warna kepada bibir. Lipstick dan gincu adalah benda yang sama. Satu bahasa Inggeris, satu lagi Bahasa Melayu.


Lip matte atau matte pula adalah jenis finishing. Apa-apa produk yang termasuk dalam kategori matte akan menghasilkan permukaan yang tidak berkilat, tidak berkilau dan mempunyai finishing yang sekata.


Dalam produk kosmetik, apa-apa sahaja boleh mempunyai ciri matte sama seperti lip matte ini termasukan foundation, powder, concealer, nail polish dan lain-lain lagi.


Fuh. Dah macam buka kelas Cosmetics For Dummies dah Abam Peah ni. Hahaha.. Okay. Kembali pada topik kita yang sebenarnya, Abam Peah akan kongsikan dengan anda prosedur dan tips untuk anda miliki lip matte jenama sendiri. Jom baca!


Tips Pilih Nama Lip Matte Jenama Sendiri



Lip Matte Jenama Sendiri


Nama atau brand anda merupakan identiti bisnes anda. Anda boleh memilih nama yang tradisional sebagai contoh Mawar Cosmetics, Cempaka Cosmetics dan lain-lain. Anda juga boleh memilih nama moden seperti kebanyakan brand di luar sana.


Apa yang penting adalah pemilihan nama ini biarlah menarik dan catchy. Barulah orang ramai mudah untuk mengingati anda. Jelas kan? Anda juga kena tahu bezakan nama untuk jenama dan juga nama untuk koleksi.


Sebagai contoh, nama untuk jenama anda adalah Mawar Cosmetics. Kemudian untuk permulaan anda ingin keluarkan koleksi lip matte. Nama koleksi anda boleh jadi apa-apa sahaja. Contoh, Embun Lip Matte Collection by Mawar Cosmetics.


Trend Semasa



Lip Matte Jenama Sendiri


Sebelum anda keluarkan lip matte jenama sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini. Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:

  • Warna

  • Tekstur

  • Packaging

  • Kesan


Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang lipstick jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk termasuklah lip matte dan produk kosmetik yang lain.


Tips Marketing Lip Matte Jenama Sendiri





Penentu terbesar dari usaha anda sendiri selain daripada rezeki adalah rancangan pemasaran atau marketing anda. Ramai pemilik bisnes terutamanya yang baru bermula ini membuat kesilapan yang sangat-sangat kritikal.


Mereka hanya ada idea untuk produk semata-mata tanpa ada idea bagaimana untuk memasarkan produk mereka. Ramai yang beranggapan apabila mereka keluarkan produk, cukup sekadar share di Facebook, Instagram atau Tiktok peribadi sahaja.


Kalau anda merupakan influencer atau public figure, anda masih perlu melihat siapa yang follow anda. Adakah mereka termasuk di dalam kategori target audience anda? Abam Peah ada kongsikan dalam artikel sebelum ini berkenaan target audience.



Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je untuk terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan lip matte jenama sendiri kali ini. Semoga bermanfaat!






Comments


bottom of page