top of page

Foundation Jenama Sendiri - Apa Yang Anda Perlu Tahu

Updated: Jan 11, 2023

Kenapa foundation jenama sendiri semakin banyak sekarang ni? Mungkin anda juga teringin nak hasilkan brand anda sendiri kan. Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini Abam Peah nak kongsikan langkah dan tips penting yang anda perlu tahu.


Foundation merupakan makeup yang paling asas dan penting buat para wanita. Memang tak lengkap rasanya kalau keluar rumah tanpa memakai foundation. Tambah-tambah lagi kalau muka tak cukup tidur dan sembap.





Sekali pandang dah macam hantu kak limah dah Abam Peah tengok. Jadi, dengan adanya foundation ni, anda bolehlah nampak flawless di depan cermin. Cukuplah tepek sikit foundation dah boleh keluar rumah dengan confident.


Foundation Jenama Sendiri - Kegunaan



Foundation Jenama Sendiri


Perlu ke nak pakai foundation hari-hari? Untuk wanita yang sentiasa bermakeup, sudah pasti foundation menjadi pilihan utama sebagai bedak asas. Fungsi utama foundation adalah untuk menutup segala cela pada muka macam jerawat, jeragat, parut dan sebagainya.


Terdapat pelbagai jenis foundation dan shades yang anda boleh pilih. Mesti ramai yang pening kan kalau bab nak pilih shade ni. Kadang-kadang tu terpaksa try and error cuba foundation mana yang lebih sesuai dengan kulit muka.


Jenis-Jenis Foundation Yang Anda Boleh Pilih





Ada tiga jenis foundation jenama sendiri yang anda boleh hasilkan iaitu:

  • Liquid Foundation

  • BB Cream

  • CC Cream

  • Stick Foundation


Ia terpulang kepada individu kerana ada yang tak suka memakai foundation. Ada antara mereka yang lebih selesa mengenakan BB Cream sahaja. Mesti anda tertanya-tanya kan apa pula beza foundation dan BB Cream ni?


Okay, meh sini abam ceritakan.


Dari segi tekstur, BB Cream cenderung lebih ringan malah ada juga yang cair sehingga mudah disapu pada muka. Untuk tekstur foundation, ia direka agak tebal, berat sedikit apabila digunakan supaya ia memberikan kemasan yang lebih matte tanpa gloss.


Dari segi coverage, foundation lebih berkesan untuk menutupi semua pori di wajah berbanding BB Cream. Walaupun terdapat perbezaan antara BB Cream dan foundation, kedua-dua produk ini adalah sesuai dipakai mengikut warna kulit.



Kenapa Ramai Nak Buat Foundation Jenama Sendiri?





Ada beberapa sebab kenapa situasi ini berlaku. Semua ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian abam terhadap klien-klien dan mereka yang pernah berurusan dengan abam.


Sebenarnya foundation ini merupakan di antara keperluan utama buat para wanita. Sekarang ini bukan semua orang mampu untuk membeli daripada jenama-jenama terkenal.


Jadi, para wanita beralih kepada jenama-jenama tempatan. Sebab itulah penting untuk anda keluarkan produk jenama sendiri anda yang mematuhi segala piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan dan kementerian seperti KKM.


Barulah jenama anda mudah untuk dikenali dan diyakini selain dari memberikan kesan yang diinginkan tanpa ada sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.



Tips Pilih Jenama Sendiri




Pemilihan nama produk yang sesuai juga sangat penting apabila anda ingin mengeluarkan sesuatu produk. Hal ini kerana nama merupakan cerminan sesuatu produk.

Seperti kebanyakan founder kosmetik, mereka biasanya akan meletakkan nama sendiri contohnya seperti Kamelia Cosmetic. Pilih nama yang mudah disebut, mudah diingat dan mudah dieja.

Jangan pilih nama yang terlalu kompleks sehingga berbelit-belit lidah kita nak menyebut. Bak kata orang putih, “The simpler it is, the stronger your brand.”



Tips Lihat Trend Semasa





Sebelum anda keluarkan foundation jenama anda sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini.

Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:

  • Warna

  • Tekstur

  • Packaging

  • Kesan

Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang foundation jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk termasuklah foundation dan produk kosmetik yang lain.


Tips Marketing Foundation Jenama Sendiri


Sebagai bakal founder, anda perlu tahu, faham dan kuasai ilmu marketing, terutamanya tentang pelancaran produk. Di bawah ni, Abam Peah ada nak share tips penting dalam marketing apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elak.

  1. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat marketing!

  2. Sentiasa rekrut agen

  3. Ajar agen cara buat marketing

  4. Beri bonus/insentif

  5. Perlu update cara marketing

  6. Kreatif dalam marketing

  7. Konsisten marketing

  8. Bina followers

  9. Retargeting

  10. Repeat order

  11. Referral

  12. Dapatkan fresh testimonial


Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je untuk terus hubungi team Abam Peah. Hanya perlu klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis.


Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan foundation jenama sendiri kali ini. Jangan lupa untuk baca artikel kami yang seterusnya. Semoga bermanfaat!





Comments


bottom of page