top of page

Bahan Kimia Anda Perlu Elak Dalam Syampu dan Sabun!

Updated: Jan 11, 2023

Penggunaan syampu dan sabun sememangnya penting untuk anda pastikan seluruh badan anda bersih dan wangi.


Tapi adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa jenis bahan kimia yang terkandung dalam sesetengah sabun dan syampu yang boleh menjejaskan kesihatan anda?


Walaupun produk mandian ini bertujuan untuk “membersihkan”, namun ini tidak bermaksud ianya “bersih”.


Haa jangan pelik pulak.


“Bersih” di sini bermaksud ianya bebas daripada bahan yang boleh membahayakan kesihatan anda dan alam sekitar.


Produk yang bersih ini tidak mempunyai sejenis bahan kimia yang dipanggil endocrine disruptors atau pengganggu endokrin yang berbahaya.


Sebenarnya para pengkaji telah pun membuat beberapa kajian mengenai pengganggu endokrin ini.


Kajian baru mendapati mereka yang kurang menggunakan produk mengandungi sesetengah pengganggu endokrin mempunyai kadar bahan kimia yang jauh lebih rendah dalam badan mereka.

.

Hasil Kajian Berkaitan Syampu dan Sabun

.

Pengganggu endokrin adalah bahan kimia yang banyak digunakan dalam produk penjagaan diri dan produk isi rumah.


Ini adalah sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan hormon badan dan membawa kepada masalah kesihatan seperti gangguan reproduktif, penyakit tiroid, asma dan kanser.


Dalam kajian yang baru, pengkaji telah menilai pengaruh beberapa jenis produk mandian yang berbeza terhadap pendedahan kepada orang ramai.


Ujian air kencing daripada 726 orang peserta telah diambil dan dianalisis untuk 10 jenis pengganggu endokrin yang biasa.


Menurut laporan yang telah diterbitkan dalam International Journal of Hygiene and Environmental Health, para pengkaji telah mendapati bahawa 87 peratus daripada peserta telah mengambil langkah pencegahan untuk beberapa jenis bahan kimia dalam produk.


Apabila mereka membandingkan peserta-peserta tersebut antara satu sama lain, mereka mendapati bahawa individu yang tidak menggunakan produk mengandungi paraben, triklosan, dan bahan pewangi adalah lebih cenderung untuk mempunyai “beban badan” yang terendah.


“Beban badan” adalah istilah yang digunakan oleh kumpulan alam sekitar untuk merujuk kepada jumlah bahan kimia yang terdapat dalam badan.

.

.

Apakah Bahan Kimia Yang Patut Dielakkan?

.

Berikut adalah bahan kimia yang telah diperiksa oleh para pengkaji.


  • Paraben

  • BPA

  • Triklosan

  • Benzofenon-3

.

1. Paraben

.

Paraben adalah salah satu daripada bahan pengawet yang paling banyak digunakan dalam produk farmaseutikal kosmetik dan ia mudah diserap ke dalam badan manusia.


Menurut satu kajian yang diterbitkan pada 2019, paraben sering dikaitkan dengan aktiviti endokrin, karsinogen, ketidaksuburan, spermatogenesis, serta gangguan psikologi dan ekologi.


Lihat pada label produk, dan elakkan produk yang mengandungi methylparaben, propylparaben, isoparaben, atau butylparaben.

.

2. BPA

.

Bisphenol A (BPA) digunakan untuk menghasilkan plastik polikarbonat dan resin epoksi yang banyak dijumpai dalam bungkusan, produk mandian, dan produk kebersihan wanita.


Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam Endocrine Reviews mencadangkan bahawa BPA boleh menjejaskan reseptor hormon seperti tiroid, di mana ini boleh menjejaskan fungsinya.


BPA boleh dijumpai dalam plastik polikarbonat dan sering digunakan dalam bekas simpanan makanan, minuman, dan barangan pengguna.


Anda boleh mencari produk yang dilabel “bebas BPA”. Jika tiada label, anda perlu ingat bahawa bekas plastik yang terdapat kod kitar semula 3 atau 7 mungkin mengandungi BPA.

.

3. Triclosan

.

Triclosan adalah ejen antimikrob yang digunakan dalam produk penjagaan diri.


Ia mudah diserap ke dalam kulit, dan kajian juga mendapati bahawa pendedahan kepada bahan kimia ini boleh menyebabkan masalah reproduktif dan juga menjejaskan respons sistem imun dan fungsi kardiovaskular.

.

4. Benzofenon-3

.

Bahan kimia ini digunakan dalam produk pelindung matahari dan kosmetik kerana kerana sifatnya yang boleh menghalang sinaran UV.


Walaubagaimanapun, satu kajian dalam International Journal of Environmental Research and Public Health telah mendapati bahawa bahan kimia ini terlibat dalam gangguan sistem hipotalamus-pituitari-gonad.


Sistem ini berfungsi untuk mengawal sistem reproduktif dan sistem imun badan.

.

Kesimpulan

.

Dalam memilih produk syampu dan sabun, bukan hanya perlu teliti kepada bau wangian dan fungsinya sahaja.


Lebih-lebih lagi anda yang mempunyai kulit sensitif, perlu berhati-hati dalam memilih produk yang digunakan pada kulit.


Ingat tau, elakkan produk yang mengandungi bahan kimia yang disenaraikan tadi.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga info mengenai bahan kimia anda perlu elak dalam syampu dan sabun ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Kalau anda nak buat syampu jenama sendiri atau sabun jenama sendiri, Abam Peah ada kongsikan artikel menarik untuk anda. Klik link di bawah untuk baca.

.


ree

 
 
 

Comments


bottom of page