top of page

Syampu Jenama Sendiri - Tips Brand, Trend dan Marketing

Updated: Jan 11, 2023

Abam Peah nak share satu rahsia ni. Nak tahu tak yang syampu jenama sendiri merupakan di antara produk yang mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran sekarang ini?

Ada sebabnya kenapa abam cakap macam tu. Cuba anda lihat diri anda sendiri di mana untuk anda menjumpai syampu yang serasi, akan mengambil masa yang sangat lama.

Sampaikan ada yang terdetik dalam hati nak kena keluarkan syampu jenama sendiri baru lah boleh dapat syampu yang terbaik. Setuju kan dengan statement Abam Peah ni?

Dengan brand sendiri je barulah anda boleh customize dari segi:

  • Bau

  • Warna

  • Berbuih atau tidak

  • Banyak lagi

Apapun, anda sangat beruntung sebenarnya sebab zaman sekarang ni anda boleh hasilkan syampu jenama sendiri dengan mudah. Ditambah pula ada Abam Peah Holdings. Ceh. Sempat promote. Hahaha

Kalau tanya Abam Peah, memang sangat mudah sebab proses penghasilan syampu ni anda cuma perlu serahkan kepada pihak kilang syampu jenama sendiri atau kilang OEM. Semuanya akan diuruskan dari A sampai Z.

Apa yang membezakan kejayaan sesebuah jenama tersebut adalah bagaimana anda mempromosi dan menjualnya. Sebagai contoh, ada restoran viral ni anda makan tak sedap pun, harga mahal pulak tu. Tapi, kenapa ramai yang masih makan di restoran tersebut?

Semuanya disebabkan oleh strategi pemasaran mereka. Jangan risau. Dalam artikel kali ini, Abam Peah akan kongsikan dengan anda macam mana nak nak mulakan bisnes syampu jenama sendiri. Jom baca!

Brand Anda

ree

Jenama atau brand ini perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Catchy

  • Mudah untuk diingat

  • Mudah untuk disebut

  • Akan melekat dalam kepala

  • Berkaitan produk anda

Jangan lah anda namakan produk kecantikan atau kebersihan dengan menggunakan nama yang tidak berkaitan dengan niche anda. Jelas kan?

Trend Terkini Sebelum Buat syampu Jenama Sendiri

ree

Seterusnya, anda perlu melakukan kajian pasaran terlebih dahulu. Untuk mengeluarkan sebarang produk, penting untuk anda mengenal pasti apakah demand di dalam pasaran sekarang.

Kajian bukanlah berdasarkan ayat-ayat seperti di bawah.

“Aku rasa kalau buat macam ni mesti…”

“Aku rasa bau macam ni mesti…”

Anda tak boleh rasa-rasa kalau nak berniaga. Anda perlu melihat apa yang menjadi trend pada masa kini. Macam mana caranya? Anda boleh melihat apakah produk terbaru yang dikeluarkan oleh brand besar syampu ini. Selain itu, anda boleh lihat juga apa yang sentiasa laris dalam pasaran.

Dari situ, anda boleh kenal pasti beberapa perkara seperti:

  • Packaging

  • Volume

  • Manfaat

  • Bau

  • Harga

Selepas anda dah faham dengan kehendak pengguna, barulah anda boleh proceed dengan hasilkan sampel daripada kilang syampu jenama sendiri di kilang Abam Peah.

Tips Marketing syampu Jenama Sendiri

ree

Antara perkara terpenting sebelum anda menyusun kempen pemasaran anda adalah, anda perlu tahu apa masalah yang anda ingin selesaikan, siapa sasaran anda, di mana anda akan menjualnya dan beberapa perkara lagi.

Ingat. Semua yang Abam Peah cakap dalam part marketing ni anda kena baca, faham dan hadam sebelum anda keluarkan produk jenama anda sendiri. Abam ada kongsikan dalam artikel-artikel sebelum ni.

Perlu ke untuk anda benar-benar menguasai semua ini? Tidak semestinya. Namun, anda perlu untuk mengetahui setidak-tidaknya asas berkenaan marketing. Untuk memudahkan anda, pihak Abam Peah Holdings ada menyediakan pakej termasuk dengan bahan marketing.

Kami akan hasilkan mengikut konsep dan mesej yang akan dibawa oleh syampu jenama sendiri yang bakal anda keluarkan. Mudah kan? Bila dah siap, boleh terus jual. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.



ree


Comentários


bottom of page