top of page

Susu Berperisa Jenama Sendiri - Strategi Tembus Pasaran

Updated: Jan 11, 2023

Sejak seorang selebriti tanah air mula mengeluarkan produk Susu Pisang jenamanya sendiri, ada beberapa selebriti lain yang turut mengikut jejak langkahnya dan cuba keluarkan susu berperisa jenama mereka sendiri.


Sebenarnya anda tak perlu jadi selebriti atau artis pun untuk keluarkan produk susu berperisa jenama sendiri. Susu berperisa ini merupakan susu yang mempunyai perisa tambahan seperti buah-buahan, coklat, kopi dan sebagainya.


Bukan hanya digemari dalam kalangan orang dewasa, malah kanak-kanak pun ada yang menyukai susu berperisa ini. Mungkin ada yang akan bertanya, “Mudah ke nak jadi founder susu berperisa jenama sendiri ni?”


Kalau tanya soalan tu kepada Abam Peah, abam akan jawab ya dan tidak.





Abam jawab “ya” kerana mudah sebenarnya untuk menghasilkan susu berperisa ni. Kilang OEM seperti kilang Abam Peah boleh settle kan untuk anda dari penghasilan susu, sampailah ke packaging. Kiranya anda dah tak perlu fikir bab pembuatan produk.


Walaubagaimanapun abam jawab “tidak” kerana untuk keluarkan branding atau jenama anda sendiri kalau anda tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang betul untuk bersaing dalam pasaran.


Ramai artis yang nampak mudah untuk keluarkan produk jenama mereka sendiri kerana mereka sudah ada nama dan dikenali ramai, jadi lebih mudah untuk mereka mempromosikan produk mereka.


Jadi untuk orang kebanyakan bagaimana pula?


Jangan risau kerana dalam perkongsian kali ini, Abam Peah akan kongsikan kepada anda tips-tips yang anda boleh guna untuk keluarkan susu berperisa jenama sendiri. Jom baca sampai habis!


Tips Pilih Nama Susu Berperisa Jenama Sendiri



Susu Berperisa Jenama Sendiri


Kadang-kadang susah juga kan nak pilih nama untuk sesuatu? Tak perlu stress-stress. Jenama atau brand anda adalah identiti kepada bisnes anda. Pilih saja nama yang anda suka, asalkan ia menarik perhatian dan mudah untuk diingat.


Kalau anda rasa tak yakin dengan nama yang anda pilih, cubalah minta pendapat kawan-kawan tentang nama tersebut. Selain itu, anda juga harus bezakan nama jenama dan nama koleksi.


Macam mana tu? Sebagai contoh, nama jenama anda adalah GoodMlik. Kemudian anda ingin keluarkan koleksi susu berperisa-buah buahan. Nama koleksi anda boleh namakan apa-apa sahaja. Contohnya, Tropical Fruits Collection by GoodMilk. Jelas kan?


Tips Untuk Trend





Antara perkara paling penting yang anda perlu buat sebelum keluarkan susu berperisa jenama sendiri adalah kaji dahulu trend semasa. Lihat bagaimana jenama-jenama besar yang berpengaruh ataupun trendsetter mempromosikan produk-produk mereka.


Dari sini, anda boleh belajar beberapa benda yang menjadi kehendak pengguna seperti:

  • Perisa

  • Kuantiti

  • Packaging

  • Kebaikan dan manfaat


Setelah anda faham kehendak pengguna, barulah anda boleh teruskan untuk dapatkan sampel daripada kilang OEM seperti Kilang Abam Peah ni. Kami menyediakan kepakaran untuk menghasilkan produk susu berperisa di samping produk makanan yang lain.


Tips Marketing Susu Berperisa Jenama Sendiri



Susu Berperisa Jenama Sendiri


Selain rezeki, antara faktor terbesar yang menentukan kejayaan produk anda adalah rancangan pemasaran atau marketing anda. Kebanyakan bisnes yang tidak berjaya adalah disebabkan kesilapan dalam mengatur dan merancang marketing anda.\


Andai kata produk anda sememangnya bagus dari semua segi, tapi anda tiada idea bagaimana untuk meyakinkan orang ramai untuk membeli produk anda, susah untuk anda menjual produk tersebut.


Kalau anda ingin mempromosikan produk di instagram, anda perlu lihat siapa followers anda. Adakah mereka tergolong dalam kategori target audience anda? Abam Peah dah pernah kongsikan dalam artikel sebelum ini berkaitan target audience.



Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan susu berperisa jenama sendiri kali ini. Semoga bermanfaat!






 
 
 

Comments


bottom of page