top of page

Shampoo Jenama Sendiri - Tips Anda Perlu Tahu

Updated: Jan 11, 2023

Antara produk kebersihan diri yang paling berpotensi besar adalah shampoo. Biasanya untuk anda menjumpai shampoo yang serasi, akan mengambil masa yang sangat lama. Sehinggakan terdetik dalam hati anda untuk menghasilkan shampoo jenama sendiri.


Ye la. Barulah anda boleh customize nak bau macam mana, buih banyak ke tidak, apa kesan yang boleh diberikan dan macam-macam lagi. Anda beruntung sebenarnya sebab zaman sekarang ni anda boleh hasilkan shampoo jenama sendiri dengan mudah.



Kalau tanya Abam Peah, memang sangat mudah sebab proses penghasilan shampoo ni anda cuma perlu serahkan kepada pihak kilang shampoo jenama sendiri atau kilang OEM. Semuanya akan diuruskan dari A sampai Z.


Cumanya, yang membezakan founder yang berjaya dan tidak berjaya adalah bagaimana mereka memilih untuk memasarkan produk mereka. Strategi branding, packaging, marketing dan lain-lain akan menentukan kejayaan anda.


Jangan risau. Dalam artikel kali ini, Abam Peah akan kongsikan dengan anda macam mana nak nak mulakan bisnes shampoo jenama sendiri. Jom baca!


Brand Anda


Shampoo Jenama Sendiri

Jenama atau brand ini adalah identiti bagi bisnes anda. Anda boleh saja gunakan apa-apa nama yang anda suka. Anda juga boleh jadikan nama sendiri sebagai nama jenama produk shampoo anda jika anda rasa ia cukup menarik.


Apa yang penting untuk pemilihan nama jenama ini biarlah ringkas dan menarik. Kalau nama yang pilih itu terlalu complicated, susah nanti orang ramai nak ingat jenama anda.

Anda juga perlu faham perbezaan nama jenama dan nama koleksi produk anda.


Contohnya, nama jenama anda adalah Solehah Shampoo dan anda ingin keluarkan koleksi shampoo yang berasaskan bauan alam semula jadi. Koleksi anda boleh dinamakan Nature’s Collection by Solehah Shampoo.


Trend Terkini Sebelum Buat Shampoo Jenama Sendiri



Seterusnya, anda perlu melakukan kajian pasaran terlebih dahulu. Untuk mengeluarkan sebarang produk, penting untuk anda mengenal pasti apakah demand di dalam pasaran sekarang.


Kajian bukanlah berdasarkan andaian seperti,


“Aku rasa kalau buat macam ni mesti…”


“Aku rasa bau macam ni mesti…”


Anda perlu melihat apa yang menjadi trend pada masa kini. Macam mana caranya? Anda boleh melihat apakah produk terbaru yang dikeluarkan oleh brand besar shampoo ini. Selain itu, anda boleh lihat juga apa yang sentiasa laris dalam pasaran.


Dari situ, anda boleh kenal pasti beberapa perkara seperti:

  • Packaging

  • Volume

  • Manfaat

  • Bau

  • Harga


Selepas anda dah faham dengan kehendak pengguna, barulah anda boleh proceed dengan hasilkan sampel daripada kilang shampoo jenama sendiri di kilang Abam Peah.


Tips Marketing Shampoo Jenama Sendiri


Shampoo Jenama Sendiri

Antara perkara terpenting sebelum anda menyusun kempen pemasaran anda adalah, anda perlu tahu apa masalah yang anda ingin selesaikan, siapa sasaran anda, di mana anda akan menjualnya dan beberapa perkara lagi.


Ingat. Semua yang Abam Peah cakap dalam part marketing ni anda kena baca, faham dan hadam sebelum anda keluarkan produk jenama anda sendiri. Abam ada kongsikan dalam artikel-artikel sebelum ni.



Perlu ke untuk anda benar-benar menguasai semua ini? Tidak semestinya. Namun, anda perlu untuk mengetahui setidak-tidaknya asas berkenaan marketing. Untuk memudahkan anda, pihak Abam Peah Holdings ada menyediakan pakej termasuk dengan bahan marketing.


Kami akan hasilkan mengikut konsep dan mesej yang akan dibawa oleh shampoo jenama sendiri yang bakal anda keluarkan. Mudah kan? Bila dah siap, boleh terus jual. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.





Comments


bottom of page