Kilang Buat Produk Sendiri - Cara Pilih Kilang Terbaik
- Abam Peah
- Aug 18, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Kilang buat produk sendiri merupakan pilihan terbaik bagi anda yang ingin mengeluarkan produk brand sendiri. Namun, terdapat terlalu banyak kilang buat produk sendiri di luar sana. Banyak juga iklan-iklan di media sosial yang mempromosikan penghasilan produk sendiri.
Sampaikan terus tak tahu nak pilih kilang yang mana!
Jangan risau. Sebab itulah Abam Peah sediakan panduan kali ini untuk anda. Tujuannya cuma satu. Nak elakkan orang ramai yang mempunyai hasrat mengeluarkan produk sendiri dari ditipu.
Baca Juga : Kilang Jenama Sendiri Penipu? Biar Betul Geng!
Sebabnya bukan apa. Kalau tiada yang berkongsi tips dan ilmu sebegini, pasti akan lebih banyak lagi kes di mana mereka yang bersemangat untuk buat produk sendiri ditipu sekaligus turut menjejaskan nama baik kilang-kilang lain seperti kilang Abam Peah sendiri.
Kilang buat produk sendiri terbaik akan membantu anda daripada awal sehingga anda berjaya dengan produk yang dihasilkan. Itulah apa yang abam praktikkan di kilang abam.
Jom baca perkongsian Abam Peah kali ini mengenai tips pemilihan kilang buat produk sendiri terbaik.
Tips Pemilihan Kilang Buat Produk Sendiri Terbaik
1. MOQ Rendah

Seperti di kilang buat produk sendiri milik Abam Peah, kami menawarkan minimum order quantity (MOQ) yang rendah. MOQ adalah kuantiti minimum yang anda perlu order dengan kilang.
Kalau dulu, kebanyakan kilang mengenakan MOQ yang sangat tinggi. Ada yang meletakkan MOQ ribuan unit. Jadi, anda boleh agak la kan berapa modal permulaan yang perlu dikeluarkan.
Ia sekaligus memberikan risiko yang sangat tinggi kepada mereka yang baru sahaja ingin bermula. Pilih MOQ yang paling sesuai dengan bajet anda atau anda boleh bertanyakan dahulu kepada kilang tersebut samada bajet anda tersebut sesuai atau tidak untuk bermula.
Hal ini kerana jika bajet anda terlalu rendah, kos per unit akan menjadi sangat mahal. Jika kos mahal, berapa pula harga jual anda kan? Harga jual yang terlalu tinggi akan menyukarkan anda untuk menembusi pasaran apatah lagi untuk kekal bersaing dalam pasaran. Sebab itulah MOQ ditetapkan. Jelas?
2. Ejen Jualan

Setiap kilang pasti ada ejen jualan mereka sendiri. Macam di kilang Abam Peah, ejen-ejen jualan abam semuanya ramah-ramah. Ye la. Macam abam. Hahaha
Bukan sekadar ramah, malah ejen-ejen jualan ini juga perlulah mempunyai kemahiran dalam pemasaran dan perniagaan supaya mereka dapat membantu anda memilih produk yang paling sesuai untuk masuk ke dalam pasaran.
Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa yang sedang in demand, bakal “meletop” dan jika anda mempunyai idea produk yang unik, mereka mampu membantu anda untuk merealisasikannya.
3. Kelulusan KKM

Ramai pengeluar produk sendiri yang terlebih excited sewaktu nak bermula sampai terlupa untuk memeriksa apa yang paling penting untuk sebarang produk yang ingin dihasilkan iaitu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, anda juga boleh melihat sijil-sijil lain yang dimiliki oleh kilang tersebut. Seperti apa yang abam lakukan di kilang abam, kami bukan sahaja mempunyai sijil, pengiktirafan dan pengesahan, malah kami juga akan membantu anda untuk mendapatkan pengesahan dan sijil-sijil ini.
Kalau kilang tu sendiri tak mempunyai kelulusan, macam mana anda nak yakin bahawa produk yang dihasilkan untuk anda tersebut selamat dan tidak mempunyai bahan-bahan merbahaya kan?
4. Bahan Marketing

Bukan calang-calang kilang buat produk sendiri yang mampu menawarkan bahan marketing kepada anda yang ingin membuat produk sendiri. Barulah mudah untuk anda yang baru bermula untuk terus menjual.
Team di kilang abam akan siapkan dengan design packaging sekali ye. Memang niat abam untuk memudahkan mereka yang ingin bermula dengan produk sendiri ini. Sebabnya abam tahu peritnya untuk bermula ini jika tiada yang sudi membantu.
Sebab itulah khas untuk anda semua, abam ada promosi istimewa bagi anda yang ingin mengeluarkan produk anda sendiri. Semuanya akan disiapkan untuk anda. Dah siap, boleh terus jual.
Untuk info lanjut berkenaan promosi ini, anda boleh klik butang di bawah.




Comments