top of page

Produk Hilangkan Jerawat Jenama Sendiri

Updated: Jan 11, 2023

Ramai sebenarnya yang ada impian untuk menghasilkan produk hilangkan jerawat jenama sendiri. Semua ini kerana permintaan di pasaran untuk produk berkaitan jerawat adalah sangat tinggi.


Tak pelik pun sebenarnya. Abam Peah sendiri pun risau kalau naik jerawat ni dan menggunakan produk hilangkan jerawat.


Bukan apa. Bila mula naik jerawat, mulalah kita rasa tak selesa tambah-tambah kalau jerawat tu buat rasa sakit. Belum lagi cerita bab nak jumpa orang, rasa tak confident sebenarnya bila muka ada jerawat walaupun sebiji!


Okay. Berbalik kepada topik artikel kita hari ini, produk hilangkan jerawat. Apa sebenarnya yang perlu anda tahu untuk menghasilkan produk jerawat paling berkesan?


Jom baca perkongsian daripada team Abam Peah!

.

Fungsi Produk Hilangkan Jerawat


Tak kisah anda nak hasilkan produk apa sekalipun, perkara pertama dalam minda anda adalah untuk memastikan ia memberikan kesan yang terbaik kepada pengguna tanpa memberikan kesan sampingan.


Apa yang penting dan anda perlu pastikan ada pada ubat jerawat anda nanti, anda perlu pastikan ia mempunyai bahan-bahan yang mampu memberikan kesan seperti berikut:

  • Mengurangkan kerengsaan pada kulit yang disebabkan oleh jerawat

  • Membantu untuk membersihkan liang pori bagi mengelakkan jerawat

  • Mencerah atau memudarkan parut jerawat


Produk hilangkan jerawat ini boleh dihasilkan dalam bentuk krim,gel atau lotion dan untuk digunakan pada kulit yang telah dibersihkan selepas mencuci muka.


.

Contoh Bahan Produk Hilangkan Jerawat

.

Terdapat beberapa jenis bahan-bahan yang sangat berkesan dalam proses untuk mengatasi dan merawat jerawat, dan setiap bahan dalam produk ini memiliki kelebihan tersendiri.


Antara bahan-bahan yang perlu ada dalam produk hilangkan jerawat adalah:

  • Asid salisilik: membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Benzoil peroksida: membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid glikolik: mengeksfoliasi kulit dan membantu mencerahkan parut jerawat

  • Asid beta-hidroksi (BHA): exfolian yang membantu membersihkan liang pori dan meningkatkan penampilan parut jerawat

  • Tanah liat: membantu menyerap kelebihan minyak dan meningkatkan penampilan kulit secara keseluruhan

  • Teh hijau: mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan kerengsaan dan merah pada kulit

  • Kepingan willow: sumber semula jadi asid salisilik, yang membantu membersihkan liang pori dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Zink: mineral penting yang membantu mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan kerengsaan

  • Retinoid: diperoleh daripada vitamin A, bahan ini membantu membersihkan liang pori dan menggalakkan pertukaran sel, sehingga menjadikan kulit lebih halus dan bersih

  • Niasinamide: bentuk vitamin B3, bahan ini membantu mengurangkan kerengsaan dan merah pada kulit, serta dapat meningkatkan fungsi penghadang kulit

  • Minyak pati teh hijau: agen antibakteria semula jadi yang membantu membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid alpha-hidroksi (AHA): exfolian yang membantu mengeluarkan sel kulit mati dan meningkatkan penampilan parut jerawat

  • Sulfur: agen penghapus jerawat semula jadi yang membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan kerengsaan

Apa yang anda perlu berikan perhatian di sini adalah berkenaan konsentrasi dan penggunaan bahan. Tinggi konsentrasi sesebuah bahan bukanlah jaminan bahawa produk anda akan berikan kesan yang terbaik.


Silap-silap banyak pula kesan sampingan nanti. Begitu juga dengan penggunaan bahan. Mustahil untuk anda masukkan kesemua bahan kerana ia tidak efisien dari segi kos dan compatibility bahan.


.

Kepentingan Pemilihan Produk

.

Memilih produk yang sesuai adalah penting untuk memperoleh hasil yang optimal. Oleh sebab itulah, jika anda ingin menjadi founder, penting untuk anda mengetahui senarai bahan yang akan digunakan.


Apa yang lebih penting adalah anda perlu memastikan bahawa bahan yang anda pilih adalah berkesan dan selamat.


Walaupun bahan-bahan yang disebutkan tadi sangat berkesan dalam mengatasi jerawat, ia juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif jika digunakan dalam konsentrasi yang terlalu tinggi.


Jadi, jika anda ingin menghasilkan krim jerawat jenama sendiri, penting untuk anda pastikan anda mendapat bantuan daripada pakar. Seperti kami di Kilang OEM Abam Peah, kami mempunyai pakar untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat.


Disini, kami mempunyai makmal penyelidikan dan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar bertauliah. Setiap produk jenama sendiri yang dihasilkan akan dipastikan memenuhi ciri dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Selain itu, kami juga akan membantu anda dari segi pemilihan bahan, menentukan jenis kesan krim jerawat anda, membantu dari segi design, packaging dan turut menawarkan khidmat photoshoot video dan gambar produk.


Sebab itulah produk klien-klien kami sangat mudah untuk laris dalam pasaran. Nak tahu lebih lanjut bagaimana team Abam Peah boleh bantu anda menghasilkan produk hilangkan jerawat jenama sendiri yang paling berkesan? Klik button di bawah untuk WhatsApp team Abam Peah.

.


ree






Comments


bottom of page