top of page

Ubat Jerawat Paling Berkesan

Updated: Jan 11, 2023

Team Abam Peah boleh bantu ke untuk hasilkan ubat jerawat paling berkesan?


Eh. Mestilah boleh. Di Abam Peah Holdings Sdn Bhd, kepakaran kami adalah untuk membantu founder menghasilkan produk jenama sendiri berkualiti tinggi. Bukan produk timbang kilo ye.


Kualiti kilang dan makmal penyelidikan kami terbukti dengan sijil-sijil dari kementerian dan pihak berkuasa. Apa yang kami hasilkan bertaraf antarabangsa. Tinggal anda sahaja sebagai founder samada bersemangat atau tidak untuk menjadikan jenama anda bertaraf antarabangsa.


Okay. Berbalik kepada topik artikel kita hari ini, ubat jerawat paling berkesan. Apa sebenarnya yang perlu anda tahu untuk menghasilkan produk jerawat paling berkesan ini?


Jom baca perkongsian daripada team Abam Peah!

.

Fungsi Ubat Jerawat

.

Produk berkaitan jerawat mempunyai potensi yang sangat-sangat besar. Hal ini kerana ramai yang menghadapi masalah ini. Jadi, tentulah ramai juga yang mencari produk yang mampu menyelesaikan masalah mereka ini.


Produk yang ada di pasaran tak semuanya sesuai untuk mereka. Jadi, anda perlulah tahu siapa yang paling memerlukan penyelesaian ini dan bagaimana anda boleh bantu mereka dengan produk anda.


Tak kisah anda nak hasilkan produk apa sekalipun, perkara pertama dalam minda anda adalah untuk memastikan ia memberikan kesan yang terbaik kepada pengguna tanpa memberikan kesan sampingan.


Banyak sangat sekarang ini kes di mana baik di pihak kilang mahupun founder produk yang tidak memikirkan soal keselamatan pengguna. Bahan yang digunakan memang tidak dapat dinafikan mampu memberikan kesan segera.


Namun, ia turut datang bersama-sama dengan kesan sampingan yang sangat merbahaya. Akhirnya produk diboikot dan bisnes tidak dapat diteruskan lagi. Untuk menjual lagi di kemudian hari pun dah susah sebab orang mesti kenal siapa founder yang terlibat.


Apa yang penting dan anda perlu pastikan ada pada ubat jerawat anda nanti, anda perlu psatikan ia mempunyai bahan-bahan yang mampu memberikan kesan seperti berikut:

  • Mengurangkan kerengsaan pada kulit yang disebabkan oleh jerawat

  • Membantu untuk membersihkan liang pori bagi mengelakkan jerawat

  • Mencerah atau memudarkan parut jerawat


Ia boleh dihasilkan dalam bentuk krim,gel atau lotion dan untuk digunakan pada kulit yang telah dibersihkan selepas mencuci muka.


.

Contoh Bahan Ubat Jerawat Paling Berkesan

.

Terdapat beberapa jenis bahan-bahan yang sangat berkesan dalam proses untuk mengatasi dan merawat jerawat, dan setiap bahan dalam ubat jerawat paling berkesan ini memiliki kelebihan tersendiri.


Antara bahan-bahan yang perlu ada dalam ubat jerawat paling berkesan adalah:

  • Asid salisilik: membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Benzoil peroksida: membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid glikolik: mengeksfoliasi kulit dan membantu mencerahkan parut jerawat

  • Asid beta-hidroksi (BHA): exfolian yang membantu membersihkan liang pori dan meningkatkan penampilan parut jerawat

  • Tanah liat: membantu menyerap kelebihan minyak dan meningkatkan penampilan kulit secara keseluruhan

  • Teh hijau: mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan kerengsaan dan merah pada kulit

  • Kepingan willow: sumber semula jadi asid salisilik, yang membantu membersihkan liang pori dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Zink: mineral penting yang membantu mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan kerengsaan

  • Retinoid: diperoleh daripada vitamin A, bahan ini membantu membersihkan liang pori dan menggalakkan pertukaran sel, sehingga menjadikan kulit lebih halus dan bersih

  • Niasinamide: bentuk vitamin B3, bahan ini membantu mengurangkan kerengsaan dan merah pada kulit, serta dapat meningkatkan fungsi penghadang kulit

  • Minyak pati teh hijau: agen antibakteria semula jadi yang membantu membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid alpha-hidroksi (AHA): exfolian yang membantu mengeluarkan sel kulit mati dan meningkatkan penampilan parut jerawat

  • Sulfur: agen penghapus jerawat semula jadi yang membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan kerengsaan

Penting untuk anda berbincang dengan pakar dan pasukan penyelidik Abam Peah. Hal ini adalah untuk memastikan konsentrasi bahan yang digunakan adalah sesuai untuk majoriti jenis kulit. Lebih tinggi konsentrasi tidak bermakna ia lebih baik.


Silap-silap banyak kesan sampingan yang akan berlaku nanti. Sama juga dengan mindset lebih banyak bahan lebih baik. Besar kemungkinan berlakunya isu compatibility di antara setiap bahan.

.

Kepentingan Pemilihan Krim

.

Memilih krim jerawat yang sesuai adalah penting untuk memperoleh hasil yang optimal. Oleh sebab itulah, penting untuk anda mengetahui senarai bahan dan memastikan bahawa bahan yang anda pilih adalah berkesan dan selamat.


Walaupun bahan-bahan yang disebutkan tadi sangat berkesan dalam mengatasi jerawat, ia juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif jika digunakan dalam konsentrasi yang terlalu tinggi.


Jadi, jika anda ingin menghasilkan krim jerawat jenama sendiri, penting untuk anda pastikan anda mendapat bantuan daripada pakar. Seperti kami di Kilang OEM Abam Peah, kami mempunyai pakar untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat.


Disini, kami mempunyai makmal penyelidikan dan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar bertauliah. Setiap produk jenama sendiri yang dihasilkan akan dipastikan memenuhi ciri dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Selain itu, kami juga akan membantu anda dari segi pemilihan bahan, menentukan jenis kesan krim jerawat anda, membantu dari segi design, packaging dan turut menawarkan khidmat photoshoot video dan gambar produk.


Sebab itulah produk klien-klien kami sangat mudah untuk laris dalam pasaran. Nak tahu lebih lanjut bagaimana team Abam Peah boleh bantu anda menghasilkan ubat jerawat paling berkesan? Klik button di bawah untuk WhatsApp team Abam Peah.

.


ree






Comments


bottom of page