OEM Produk - Jenis & Tips Jenama Sendiri
- Abam Peah
- Aug 22, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya apa je OEM produk yang ada? Ye la. Anda mungkin tahu bahawa mengeluarkan produk atau jenama sendiri ini menguntungkan. Tapi, anda tak tahu produk apa yang ada dan sesuai untuk anda.
Ditambah pula dengan iklan-iklan daripada kilang OEM yang banyak sangat di media sosial dan internet, makin pening pula untuk anda buat keputusan sebab anda rasa macam nak buat semua jenis produk.
Banyak risiko yang anda perlu tanggung jika tersalah langkah dalam memilih produk yang sesuai. Anda merisikokan bisnes anda kerana mengeluarkan produk yang anda sendiri tak jelas hala tuju. Anda cuma "rasa" produk ni mungkin ada permintaan. Bukannya anda kaji dengan teliti terlebih dahulu.
Sebab itulah klien-klien Abam Peah, akan disoal dulu oleh team abam. Bukan apa. Team abam akan bantu dari segi penghasilan produk, branding, packaging dan juga bahan untuk marketing. Kalau anda tak kaji dengan teliti, sukar untuk kami bantu anda.
Sebelum Abam Peah kongsikan tips-tips lain sebelum penghasilan produk, jom baca berkenaan jenis OEM produk yang ada.
Jenis OEM Produk

Apa sebenarnya maksud OEM ni? Kalau anda nak tahu, OEM merupakan akronim bagi original equipment manufacturer. Ramai yang beranggapan bahawa barang OEM ini adalah barang ciplak atau copy ori. Sebenarnya itu tanggapan yang salah.
OEM di sini bermaksud pengeluar produk tanpa jenama yang menghasilkan barangan dalam kuantiti yang banyak. Barangan ini kemudian diambil oleh pengusaha lain yang ada jenama sendiri tetapi tiada kilang.
Sebagai contoh dalam dunia gajet dan elektronik contohnya jenama Apple, bukan kesemua komponen yang ada di dalam gajet mereka daripada kilang mereka sendiri. Mereka mendapatkan daripada kilang-kilang OEM.
Hal ini adalah penting bagi mengurangkan kos untuk membangunkan kilang, teknologi, mesin dan juga kepakaran. Konsep sama juga digunakan di dalam produk OEM Malaysia. Agak mustahil bagi kesemua usahawan yang baru bermula ini untuk mempunyai kilang pengeluaran sendiri.
Sebeb itulah kilang OEM menjadi pilihan. Kilang-kilang OEM ini pula mestilah yang berdaftar dan mempunyai pengesahan daripada KKM dan sebagainya. Barulah segala produk yang dihasilkan berkualiti dan selamat.
Sama seperti kilang Abam Peah dimana kami menghasilkan pelbagai jenis produk mengikut kehendak dan permintaan klien. Kemudian mereka akan meletakkan branding atau jenama mereka sendiri pada produk tersebut untuk dijual.
Setiap produk yang dihasilkan adalah unik, berkualiti, berkesan dan mempunyai kelulusan daripada KKM dan juga kementerian serta agensi penting lain. Di kilang kami, anda boleh dapatkan servis untuk hasilkan pelbagai jenis produk seperti:
Herba & Suplemen Kesihatan
Kecantikan & Kosmetik
Penjagaan Kulit (Skin Care)
Penjagaan Diri (Toiletries)
Aromaterapi & Spa
Makanan
Produk Apa Yang Sesuai?

Untungnya apabila anda berurusan di Abam Peah Holdings, anda akan dibantu daripada awal sehingga selesai semuanya. Sebagai contoh, anda ada idea tertentu, kemukakan sahaja kepada team abam.
Team R&D akan membantu untuk menghasilkan formulasi menggunakan bahan-bahan berkualiti yang sesuai sehingga anda mendapat hasil yang anda inginkan. Kemudian, anda akan diberikan sampel untuk anda cuba terlebih dahulu.
Selesai semuanya, barulah team abam akan mulakan proses pengeluaran produk. Kemudian anda akan dibantu dari semua segi bermula daripada brainstorm idea produk, branding, packaging dan juga marketing.
Untungnya buat anda yang mendapatkan servis di kilang abam, kami juga memberikan anda bahan pemasaran dalam bentuk poster dan juga video yang anda boleh gunakan untuk iklan dan pemasaran produk anda. Semua ini percuma!
Oh. Kualiti poster dan video bukan kualiti biasa-biasa ye. Team abam ni mempunyai banyak projek dengan klien-klien besar di dalam dan juga luar negara dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini.
Abam nak mudahkan semua klien abam. Jadi, bila produk dah siap anda boleh terus jual. Mudah kan? Jika anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut cara untuk memilih produk apa yang sesuai, anda boleh baca dalam perkongsian sebelum-sebelum ini.
Baca Juga : Cara Buat Produk Sendiri - PART 1
Kesimpulan OEM Produk

Sebenarnya proses untuk menghasilkan OEM produk ini tidak susah kerana segala proses yang berkaitan formulasi, penyelidikan, penghasilan dan sebagainya akan diuruskan oleh pihak kilang.
Apa yang anda perlu tahu adalah jenis produk yang paling sesuai untuk anda keluarkan dan juga bagaimana untuk anda pasarkan produk anda. Sebab itulah Abam Peah suka sebut bahawa ramai yang boleh menjadi founder namun tak ramai yang boleh jadi usahawan berjaya.
Apa yang membezakan kejayaan atau kegagalan sesebuah produk adalah ilmu perniagaan. Jadi, jangan sesekali menganggap jika anda mempunyai modal yang besar, anda confirm berjaya.
Sekian sahaja perkongsian daripada abam untuk OEM produk. Kalau nak shortcut untuk keluarkan produk anda sendiri, terus hubungi Abam Peah dan team. Kami akan bantu anda daripada awal sehingga selesai. Klik button di bawah.
Comentarios