Iodin - 10 Manfaat Untuk Anda Part 1
- Abam Peah
- Oct 15, 2022
- 3 min read
Updated: Nov 15, 2022
Selalu dengar mengani iodin, tapi apa sebenarnya iodin ni?
Ia merupakan sejenis mineral yang boleh dijumpai secara semulajadi dalam tanah dan air laut.
Terdapat banyak makanan laut dan berasaskan tumbuhan yang mengandungi iodin, dan mineral ini lebih kerap dijumpai dalam bentuk garam beryodium.
Ia penting untuk anda mendapatkannya yang mencukupi dalam pemakanan anda kerana ia membantu mengimbangi hormon, perkembangan janin, banyak lagi.
Jika tahap nutrien ini terlalu rendah, doktor anda mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil suplemen.
Walaubagaimanapun, anda tidak seharusnya mengambil suplemen tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
Dalam bahagian pertama perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 5 manfaat iodin untuk kesihatan badan anda.
Anda boleh baca lagi 5 manfaat iodin yang berbaki dalam bahagian kedua perkongsian ini.
Manfaat Iodin
Ia dianggap sebagai mineral penting untuk badan anda, terutamanya untuk wanita hamil dan pendedahannya kepada rahim boleh membantu mencegah masalah kesihatan yang tertentu di masa hadapan.
Berikut adalah 5 manfaatnya kepada badan anda.
1. Manfaat Iodin - Menggalakkan kesihatan tiroid
Iodin memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan kesihatan tiroid anda.
Kelenjar tiroid anda yang berada di pangkal leher anda membantu untuk mengawal penghasilan hormon.
Hormon ini mengawal metabolisme, kesihatan jantung anda, dan banyak lagi.
Untuk menghasilkan hormon tiroid, tiroid anda perlu mendapatkan iodin dalam kuantiti yang kecil.
Tanpa iodin, penghasilan hormon tiroid boleh merudum.
Kelenjar tiroid yang lemah atau tidak aktif boleh membawa kepada kondisi yang digelar hipotiroidisme.
Anda boleh mendapatkan iodin yang cukup daripada makanan seperti produk tenusu, makanan yang diperkaya, dan ikan laut masin.
Iodin juga boleh didapati daripada makanan sayuran-sayuran yang tumbuh dalam tanah yang kaya dengan iodin.
Anda juga boleh tambahkan garam beryodium pada makanan anda untuk mendapatkan iodin.
Sementara iodin boleh meningkatkan kesihatan tiroid secara keseluruhan, jumlah iodin yang terlalu tinggi juga boleh memudaratkan kesihatan tiroid.
Jadi anda tidak seharusnya mengambil suplemen iodin tanpa saranan doktor.
Baca Juga : 4 Nutrien Lelaki Selalu Tak Cukup
2. Merendahkan risiko goiter
Goiter merupakan keadaan di mana berlaku pembesaran kepada kelenjar tiroid anda.
Tiroid anda mungkin menjadi besar hasil daripada hipotiroidisme atau hipertiroidisme.
Hipertiroidisme adalah kelenjar tiroid yang terlalu aktif.
Kadangkala goiter boleh berlaku sebagai tindak balas langsung kepada kekurangan iodin dalam badan.
Ini merupakan punca goiter yang paling biasa berlaku di seluruh dunia, terutamanya negara yang tidak mempunyai sumber iodin yang cukup.
3. Mengawal kelenjar tiroid yang terlalu aktif
Doktor anda mungkin akan menyarankan sejenis iodin istimewa yang dipanggil iodin radioaktif untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif.
Ia juga dipanggil radioiodin, ubat ini dikonsumsi melalui mulut dan digunakan untuk memusnahkan sel tiroid untuk membantu mengurangkan kadar hormon tiroid.
Namun ia juga datang dengan risiko sendiri apabila ubat ini memusnahkan terlalu banyak hormon tiroid.
Ini boleh merendahkan kadar penghasilan hormon dan membawa kepada hipotiroidisme.
Disebabkan ini, iodin radioaktif biasanya hanya disarankan selepas dadah anti-tiroid tidak berhasil.
Baca Juga : 7 Nutrien Paling Diperlukan Oleh Wanita
4. Manfaat Iodin - Merawat kanser tiroid
Radioiodin juga mungkin boleh menjadi penyelesaian kepada kanser tiroid, ia berfungsi dalam cara yang hampir sama dengan rawatan untuk hipertiroid.
Apabila anda mengambil radioiodin secara oral, ubat ini akan memusnahkan sel-sel tiroid, termasuk sel kanser.
Ia mungkin digunakan sebagai rawatan selepas pembedahan tiroid untuk memastikan semua sel kanser dimusnahkan secara menyeluruh.
5. Perkembangan saraf ketika kehamilan
Apabila anda hamil, anda memerlukan lebih banyak iodin untuk kepentingan bayi anda.
Ini kerana pengambilan iodin ketika kehamilan dikaitkan dengan perkembangan otak dalam janin.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa ibu mengandung yang kekurangan iodin lebih cenderung untuk melahirkan bayi yang membesar dengan IQ yang lebih rendah.
Pengambilan harian iodin yang disarankan ketika hamil adalah 220 mcg, manakala untuk dewasa tidak hamil pula disarankan untuk mengambil 150 mcg sehari.
Kesimpulan Manfaat Iodin
Demikian adalah beberapa manfaat iodin yang boleh didapati daripada iodin untuk badan anda.
Pastikan anda terus membaca di bahagian kedua kerana anda tidak mahu ketinggalan info menarik yang akan dikongsikan di sana.
Comments