top of page

Krim Jerawat - Kenapa Ia Popular?

Updated: Jan 11, 2023

Kenapa ramai mencari krim jerawat?


Jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh kebanyakan orang, terutama pada usia remaja. Jerawat boleh menimbulkan kegusaran dan mengurangkan keyakinan diri.


Sebab itulah ramai yang berusaha untuk mencari cara untuk mengatasinya. Salah satu cara yang sering digunakan adalah dengan menggunakan krim jerawat.


Jadi, ada potensi yang sangat besar sebenarnya untuk anda jika anda ingin hasilkan produk jenama anda sendiri berkaitan jerawat ini. Boleh jadi dalam bentuk krim rawatan, serum, krim siang dan malam dan lain-lain.


Dalam artikel ini, team Abam Peah akan memperkenalkan dan berkongsi dengan anda segala bahan-bahan yang sesuai yang perlu ada dalam sebuah krim jerawat. Jom baca!

.

Fungsi Krim Jerawat

.

Apa yang penting, anda perlu pastikan produk anda mempunyai bahan-bahan yang bertindak untuk mengurangkan kerengsaan, membersihkan liang pori dan mencerahkan kesan parut jerawat.


Ia dihasilkan dalam bentuk krim,gel atau lotion dan untuk digunakan pada kulit yang telah dibersihkan selepas mencuci muka.

.

Bahan Perlu Ada dalam Krim Jerawat

.

Penting untuk anda memastikan bahan-bahan yang terkandung dalam krim jerawat memainkan peranan yang sepatutnya dalam mengatasi jerawat dan meningkatkan penampilan kulit.


Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh dijumpai dalam krim jerawat, seperti agen penghapus jerawat, exfolian, dan pelembap.


Agen penghapus jerawat bertindak dengan cara membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru, manakala exfolian membantu mengeluarkan sel kulit mati dan mencerahkan parut jerawat. Pelembap pula akan membantu dalam proses mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih sihat.

.

Contoh Bahan

.

Terdapat beberapa jenis bahan-bahan yang sangat berkesan dalam proses untuk mengatasi dan merawat jerawat, dan setiap bahan dalam krim jerawat ini memiliki kelebihan tersendiri.


Antara bahan-bahan tersebut ialah:

  • Asid salisilik: membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Benzoil peroksida: membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid glikolik: mengeksfoliasi kulit dan membantu mencerahkan parut jerawat

Konsentrasi yang disyorkan untuk kebanyakan bahan-bahan ini adalah bergantung kepada manfaat krim jerawat jenama sendiri yang anda ingin hasilkan.


Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah, bahan-bahan yang lebih tinggi konsentrasinya tidak selalunya lebih berkesan, dan boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif.


.

Kepentingan Pemilihan Krim

.

Memilih krim jerawat yang sesuai adalah penting untuk memperoleh hasil yang optimal. Oleh sebab itulah, penting untuk anda mengetahui senarai bahan dan memastikan bahawa bahan yang anda pilih adalah berkesan dan selamat.


Walaupun bahan-bahan yang disebutkan tadi sangat berkesan dalam mengatasi jerawat, mereka juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif jika digunakan dalam konsentrasi yang terlalu tinggi.


Jadi, jika anda ingin menghasilkan krim jerawat jenama sendiri, penting untuk anda pastikan anda mendapat bantuan daripada pakar. Seperti kami di Kilang OEM Abam Peah, kami mempunyai pakar untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat.


Disini, kami mempunyai makmal penyelidikan dan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar bertauliah. Setiap produk jenama sendiri yang dihasilkan akan dipastikan memenuhi ciri dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Selain itu, kami juga akan membantu anda dari segi pemilihan bahan, menentukan jenis kesan krim jerawat anda, membantu dari segi design, packaging dan turut menawarkan khidmat photoshoot video dan gambar produk.


Sebab itulah produk klien-klien kami sangat mudah untuk laris dalam pasaran. Nak tahu lebih lanjut bagaimana team Abam Peah boleh bantu anda? Klik button di bawah untuk WhatsApp team Abam Peah.

.


ree






Comments


bottom of page