Melembabkan Kulit - Bahan Paling Efektik Untuk Produk Anda
- Abam Peah
- Sep 11, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 12, 2023
Buat anda yang rajin menggunakan produk penjagaan kulit, pelembab kulit pastinya sudah tidak asing lagi untuk anda.
Namun untuk sesetengah individu, memilih pelembab kulit yang betul mungkin boleh mendatangkan kerungsingan kerana terlalu banyak pilihan di luar sana untuk dipilih.
Jika anda salah seorang daripada mereka yang rungsing ini, jalan yang paling mudah mungkin dengan membaca label senarai bahan yang digunakan.
Ini boleh membantu anda cari pelembab kulit yang paling sesuai dan efektif untuk anda.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan terangkan beberapa jenis bahan yang paling efektif untuk melembabkan kulit anda, tak kira jenis kulit anda samada kering atau berminyak.
.
Kepentingan Bahan Melembabkan Kulit
.
Bahan melembabkan kulit boleh memberi kebaikan kepada semua jenis kulit, dan tentunya akan memberikan kesan positif kepada kulit anda.
Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, pelembab kulit boleh membantu anda menghilangkan rekahan dan serpihan pada kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak pula, mungkin ramai yang cuba elakkan daripada menggunakan pelembab kulit. Mungkin kerana khuatir ia akan menyebabkan kulit mereka bertambah berminyak.
Namun adakah anda tahu? Ini boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk!
Ini kerana kulit anda mungkin akan cuba mengimbangi kelembapan yang hilang dengan menghasilkan lebih banyak minyak.
Dengan menggunakan pelembab kulit, ia boleh mengembalikan kelembapan yang hilang sepanjang hari dan memastikan kulit anda kekal terhidrat.
Kelenjar yang menghasilkan minyak juga semakin berkurang apabila anda meningkat usia. Jadi penting untuk anda menggunakan pelembab kulit untuk mengelakkan kerosakan akibat kulit kering.
.
Baca Juga : OEM Skincare Malaysia - Jenis Produk Yang Anda
.
Bahan Paling Efektif Untuk Melembabkan Kulit
.
1. Bahan Melembabkan Kulit - Gliserin
.
Gliserin merupakan bahan ketiga paling penting dalam kebanyakan pelembab kulit selepas air dan pewangi.
Bahan ini merupakan sejenis humektan, di mana ia membantu kulit anda kekal terhidrat dengan menarik air daripada udara dan lapisan bawah kulit ke permukaan kulit.
Ini boleh mengelakkan lapisan atas kulit anda daripada menjadi kering.
Ini penting kerana kekeringan boleh merosakkan perlindungan kulit terhadap bakteria dan perengsa luaran.
Walaubagaimanapun, gliserin tidak dapat menarik air kelembapan daripada udara dalam persekitaran yang kering.
Oleh sebab ini, penting untuk gliserin digunakan bersama bahan emolien seperti mentega shea untuk pastikan kulit anda tidak kering.
.
2. Bahan Melembabkan Kulit - Asid hyaluronik
.
Seperti glycerin, asid hyaluronik juga merupakan sejenis bahan humektan yang banyak digunakan dalam produk pelembab kulit.
Tapi, bahan ini juga boleh dihasilkan secara semulajadi dalam kulit anda untuk membantu mengekalkan kelembapan.
Namun seiring dengan peningkatan umur, anda akan mula hilang asid hyaluronik dalam kulit anda dan menyebabkan kulit mudah kering.
Secara ringkasnya, mereka yang lebih berusia mungkin perlu gunakan pelembab kulit yang mengandungi asid hyaluronik sebagai bahan utama.
.
Baca Juga : Kilang OEM - Abam Peah Holdings
.
3. Mentega Shea
.
Mentega shea adalah bahan semulajadi yang diperolehi daripada biji pokok shea.
Ia merupakan bahan emolien dan berfungsi untuk melembutkan kulit dan mengekalkan kelembapan daripada tersejat ke udara.
Dengan mengisi rekahan pada kulit anda, emolien seperti mentega shea boleh memulihkan benteng pertahanan kulit yang rosak dan menyembunyikan cela pada wajah supaya anda tampak lebih muda.
Mentega shea juga boleh membantu melegakan simptom radang seperti kemerahan atau bengkak dengan melambatkan penghasilan sel radang.
Namun jika anda menghadapi masalah jerawat, anda mungkin perlu mengelakkan daripada menggunakan mentega shea kerana ia boleh menyebabkan liang pori terumbat.
.
4. Petrolatum
.
Petrolatum adalah bahan oklusif yang berfungsi dengan menghasilkan lapisan perlindungan pada permukaan kulit anda yang menghalang air daripada tersejat ke udara.
Petrolatum dikatakan merupakan bahan oklusif yang terbaik dalam mengedap kelembapan.
Menggunakan pelembab kulit dengan bahan humektan seperti gliserin dan oklusif seperti petrolatum boleh membantu kulit anda menyerap dan menyimpan air dengan efektif pada lapisan atas dan bawah permukaan kulit anda.
Cara lainnya, anda boleh gunakan bahan oklusif tulen seperti Vaseline sejurus selepas anda selesai mandi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.
.
Kesimpulan Bahan Melembabkan Kulit
.
Untuk memilih produk melembabkan kulit yang terbaik untuk anda, mungkin akan mengambil masa dan usaha yang agak banyak.
Namun anda boleh mula dengan memilih pelembab dengan bahan humektan, emolien dan oklusif yang efektif seperti yang kami senaraikan tadi untuk memudahkan anda.
Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Sebelum tu, khas untuk anda yang bercadang nak menghasilkan produk jenama sendiri. Team Abam Peah ada sediakan konsultansi percuma selama 30 minit. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button dibawah.
Comments