Kopi Pracampuran Jenama Sendiri
- Abam Peah
- Aug 20, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Selalu sangat kita tengok iklan di billboard lebuh raya, banyak rupanya jenis kopi pracampuran yang ada. Sampai tak sempat nak cuba setiap satu. Tapi, kenapa ada banyak kopi pracampuran jenama sendiri ni sebenarnya?
Semua ini disebabkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang rata-ratanya merupakan penggemar kopi. Sebagai penggemar kopi, anda pasti ada satu flavour yang anda belum dapat nikmati kan? Jadi, kerap kali juga anda terfikir untuk menghasilkan kopi pracampuran jenama sendiri.
Barulah anda boleh dapat rasa yang anda nak! Ditambah pula nama kopi anda menjadi sebutan artis-artis terkenal. Belum lagi para penggemar kopi yang turut memuat naik story mereka menikmati kopi keluaran anda.
Jadi, dalam perkongsian kali ini, Abam Peah nak kongsikan dengan anda apa yang anda perlu tahu sebelum anda keluarkan kopi pracampuran jenama anda sendiri. Jom baca!
Kopi Pracampuran Jenama Sendiri
Sebelum tu, Abam Peah nak sentuh sikit bab kopi pracampuran ni. Kalau anda tak pasti apa itu kopi pracampuran, sebenarnya ia adalah kopi segera yang boleh dibancuh hanya menggunakan air panas sahaja. Alah macam kopi 3 in 1 tu.
Kandungan kopi pracampuran ni terdiri daripada ekstrak kopi halus yang boleh larut dalam air, dicampur dengan bahan lain seperti gula dan serbuk krimer. Bunyi macam susah kan nak ekstrak kopi ni?
Sebenarnya, anda tak perlu risau pun dengan pembuatan produk ni. Semuanya anda boleh serahkan kepada kilang OEM seperti kilang Abam Peah. Siap dengan bahan untuk marketing Abam Peah bagi!
Anda cuma perlu fikir bab marketing je. Macam mana nak tarik minat customer dan sebagainya. Kalau anda tak pasti macam mana nak buat, jangan risau. Abam Peah akan share macam mana anda boleh keluarkan kopi pracampuran jenama sendiri.
Tips Pilih Nama Kopi Pracampuran Jenama Sendiri

Nama jenama atau brand anda merupakan identiti bisnes anda, jadi adalah penting untuk anda memilih satu nama yang menarik dan sesuai dengan produk yang anda jual. Anda juga boleh sertakan nama anda dalam jenama sekiranya anda seorang yang dikenali.
Ataupun anda boleh gunakan nama moden seperti Pop Kopi, Russell’s Coffee, Rush Coffee dan sebagainya. Tak kisah walau apa nama sekalipun yang anda pilih, pastikan ia catchy dan mampu untuk dikomersialkan.
Tips Untuk Trend

Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum keluarkan kopi pracampuran jenama sendiri, pastikan anda kaji dahulu trend semasa dalam industri ini. Lihat siapa trendsetter untuk produk kopi pracampuran ini. Dari sini, anda boleh dapat info berkenaan apa yang pengguna mahukan seperti:
Aroma
Packaging
Rasa
Kebaikan
Selepas anda dah faham kehendak pelanggan, barulah anda boleh teruskan dengan sampel untuk produk kopi pracampuran jenama sendiri di Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bermacam jenis produk makanan termasuklah kopi pracampuran dan sebagainya.
Tips Marketing Kopi Pracampuran Jenama Sendiri

Selain rezeki, antara faktor terbesar yang menentukan kejayaan produk anda adalah rancangan pemasaran atau marketing anda. Kebanyakan bisnes yang tidak berjaya adalah disebabkan kesilapan dalam mengatur dan merancang marketing anda.
Andai kata produk anda sememangnya bagus dari semua segi, tapi anda tiada idea bagaimana untuk meyakinkan orang ramai untuk membeli produk anda, akhirnya produk tu tak laku.
Kalau anda ingin mempromosikan produk di instagram, anda perlu lihat siapa followers anda. Adakah mereka tergolong dalam kategori target audience anda? Abam Peah dah pernah kongsikan dalam artikel sebelum ini berkaitan target audience.
Baca Selanjutnya: Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan kopi pracampuran jenama sendiri kali ini. Semoga bermanfaat!
Comments