top of page

Produk Jenama Sendiri Murah - Boleh Percaya Ke?

Updated: Jan 11, 2023

Bila sebut berkenaan buat produk jenama sendiri murah, ramai yang akan berasa curiga dan macam yakin tak yakin je untuk berurusan. Tapi yang peliknya, bila letak harga mahal, semua tak nak buat produk pula.


Itulah perkara yang Abam Peah terpaksa hadap daripada mula buat kilang produk jenama sendiri sehinggalah ke hari ini. Cuma yang paling pelik bila abam keluarkan pakej produk jenama sendiri murah, ada yang nak murah lagi.





Abam Peah dan team memang akan tepuk dahi bila jumpa pemilik bisnes macam ni. Formula bila buat produk jenama sendiri ni mudah sangat-sangat. Lebih banyak produk yang anda order daripada kilang, lebih murah kos per unit produk tersebut.


Maksudnya, jumlah keseluruhan memang akan nampak macam mahal dan besar. Tapi, bila dibahagikan mengikut jumlah unit produk yang dihasilkan, ia akan menjadi jauh lebih murah.


Produk Jenama Sendiri Murah Berkualiti Ke?



Produk Jenama Sendiri Murah


Sebelum abam bercerita dengan lebih lanjut, anda perlu faham terdapat kilang produk jenama sendiri yang hebat dan ada juga yang biasa-biasa. Perbezaan ketara adalah dari segi taraf dan tahap penyelidikan, kualiti bahan yang digunakan, jenis teknologi yang digunakan, model mesin dan beberapa perkara lain.


Ada sesetengah kilang memang jual murah sebab mereka ulang-ulang formula yang sama dan bahan yang dalam kategori “baik” sahaja. Tiada penyelidikan tambahan yang dilakukan untuk memantapkan lagi kualiti produk.


Kilang-kilang yang hebat pula akan memberikan formula yang berbeza untuk setiap produk yang dihasilkan dan menggunakan bahan dalam kategori “terbaik” untuk memastikan keberkesanan produk yang dihasilkan.


Setiap formula dan penyelidikan mereka akan melalui proses pengiktirafan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jabatan-jabatan berkaitan dan juga halal daripada JAKIM.


Jadi, tips yang Abam Peah boleh bagi adalah pilih kilang yang mendapat pengiktirafan daripada kementerian dan jabatan yang abam sebutkan tadi.


Pakej Produk Jenama Sendiri Murah





Kilang Abam Peah sendiri kerap kali mengeluarkan pakej dan promosi untuk pemilik bisnes menghasilkan produk jenama sendiri murah. Murah di sini bukan bermaksud tidak berkualiti dan tidak berkesan.


Sebaliknya, abam akan berikan minimum order quantity (MOQ) yang lebih rendah jadi kos permulaan untuk membuat produk akan menjadi lebih rendah atau murah. Murah pada harga, bukan murah pada kualti.


Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada mereka yang ingin mengeluarkan produk brand mereka sendiri tanpa perlu untuk mengeluarkan modal yang terlampau besar. Kesannya, tiada modal untuk mereka melakukan branding dan juga marketing.


Abam Peah ada share dalam artikel sebelum ini mengenai apa yang pemilik bisnes perlu tahu sebelum bermula dengan produk sendiri.



Siapa Sesuai Untuk Buat Brand Sendiri?





Kalau anda tanya Abam Peah, orang yang dah baca dan faham artikel abam sebelum ni paling sesuai. Mereka dah tahu yang mereka perlu kenal apa masalah yang nak diselesaikan, mereka tahu siapa audiens mereka dan tahu dimana serta bagaimana untuk susun marketing campaign.



Bila dah tahu semua ini barulah anda boleh berangan nak hidup mewah macam founder produk. Kalau tidak, ready je la nak menangis tengok stok produk anda penuh bawah katil.


Abam Peah bukan doakan yang tidak baik tapi ini menerusi pengalaman abam sendiri dan pengalaman mereka yang berurusan dengan abam. Sebab tu team abam akan guide daripada pemilihan produk sehinggalah ke bahan pemasaran untuk memastikan anda berjaya.


Macam mana caranya untuk dapatkan pakej produk jenama sendiri murah dan guide daripada team Abam Peah? Klik button di bawah.




Comentários


bottom of page