Jenama Produk Sendiri - Tips Pilih Nama dan Produk
- Abam Peah
- Aug 21, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Perkongsian kali ini khas buat anda yang nak buat jenama produk sendiri. Memang itulah impian ramai orang. Ditambah pula dengan sekarang ini ramai sangat founder produk jenama sendiri yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Fuh. Boleh tahan ye Abam Peah kali ni guna peribahasa. Hahaha
Okay. Kalau anda teringin nak ada jenama produk sendiri, anda sedang berada di tempat yang betul. Abam Peah sendiri mempunyai kilang OEM atau kilang jenama produk sendiri.
Tapi, sebelum anda proceed dengan buat produk sendiri, abam ada beberapa soalan penting yang abam nak tanya. Kalau anda boleh jawab semua dengan yakin, boleh la tanya abam atau team abam berkenaan prosedur seterusnya. Okay?
Tips Pilih Nama Jenama Produk Sendiri

Untuk permulaan, abam nak tanya, apa nama yang anda rasa sesuai untuk produk anda? Cukup ke untuk dikomersialkan? Kalau tanya Abam Peah, nama apa-apa pun okay asalkan ia catchy dan ada kaitan dengan anda atau produk anda.
Sebagai contoh, anda sendiri memang dah ada personal branding yang sangat kuat di media sosial, anda boleh je keluar dengan produk atau jenama produk sendiri menggunakan nama anda.
Contoh macam Abam Peah ada produk Peah Queen. Pernah viral suatu ketika dahulu dan masih lagi laris. Macam Hafiz Mahamad dia keluarkan produk bersempena nama isterinya maka wujudlah Ainaa Beauty.
Sama juga untuk Aeril Zafril dan Wawa Zainal, keluarkan produk Wawa Cosmetics. Boleh je kalau anda nak guna nama lain seperti Aliff Syukri yang keluarkan jenama Dherbs.
Apapun, pastikan nama yang anda pilih untuk jenama anda sesuai dengan produk yang anda ingin keluarkan. Pastikan juga ia mempunyai nilai komersial. Barulah mudah untuk menarik perhatian orang ramai dan buatkan mereka ingat jenama anda. Jelas kan?
Tips Pilih Produk Jenama Sendiri
Mungkin juga nama anda tu nanti berdasarkan produk apa yang anda nak keluarkan. Satu perkara yang Abam Peah nak ingatkan pada anda, produk anda sendiri nanti tak semestinya berkaitan kosmetik sahaja.
Ada banyak lagi pasaran lain yang anda boleh tembusi seperti makanan dan minuman tambahan, suplemen kesihatan, kebersihan diri, penjagaan kulit, aromaterapi, spa dan macam-macam lagi.
Sebab itulah anda perlu untuk:
a. Kenalpasti Masalah
Sebelum anda decide produk apa, kenalpasti dulu apa masalah yang anda nak selesaikan. Tak semestinya satu masalah sahaja yang anda perlu cari. Cari sebanyak mungkin masalah yang anda boleh selesaikan.
Masalah ini tak semestinya masalah yang terlalu kompleks untuk diselesaikan. Mungkin dah ada produk di luar sana yang fokus untuk selesaikan masalah tersebut. Anda cuma perlu berikan lebih manfaat berbanding produk tersebut sahaja.
b. Kenalpasti Potensi

Ada masalah tapi tiada potensi untuk anda buat duit pun tak guna juga. Anda perlu pastikan jika anda keluarkan jenama produk sendiri, akan ada banyak permintaan dalam pasaran. Barulah anda boleh berbisnes.
c. Cipta USP
USP atau unique selling proposition merupakan ciri unik atau kelebihan produk anda berbanding produk lain di pasaran. Apa guna kalau keluarkan produk yang sama kan? Sebab itulah anda kena cipta keunikan anda yang tersendiri.
Jika anda tidak mampu untuk cipta USP anda sendiri, mungkin anda boleh berikan kelainan dari segi branding, packaging dan juga marketing. Jangan risau. Semua ini anda boleh tanya Abam Peah dan team.
Kami akan sentiasa bantu pemilik bisnes yang ingin keluarkan jenama produk sendiri dengan sebaiknya. Jika kami rasa idea anda sukar untuk menembusi pasaran, kami akan berikan idea kepada anda.
Bukan itu sahaja. Kami juga akan bantu anda dari segi branding, packaging dan juga marketing. Siap bahan marketing kami berikan. Kiranya bila produk siap, anda boleh terus jual. Mudah kan?
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
Comments