Cleanser VS Face Wash - Mana Patut Anda Guna?
- Abam Peah
- Sep 4, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 12, 2023
Cleanser atau face wash. Bukan ke benda yang sama?
Ramai yang keliru sebenarnya tentang perbezaan cleanser dan face wash, mungkin juga ada yang menganggap bahawa kedua-dua produk penjagaan kulit ini adalah sama.
Walaupun nampak sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan yang ketara di antara kedua-dua produk ini.
Memang betul, kedua-duanya membantu untuk bersihkan muka anda daripada debu, minyak, solekan, dan kotoran lain.
Namun, cara mereka membersihkan muka anda adalah agak berbeza.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan jelaskan kepada anda tentang perbezaan kedua-dua produk ini untuk membantu anda mengenalpasti mana satu yang sesuai untuk anda guna.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini sampai ke penghujung.
.
Perbezaan Cleanser dan Face Wash
.
Untuk membantu anda memilih produk yang lebih sesuai untuk kegunaan anda, jom kita tengok perbezaan antara cleanser dan face wash.
.
Bagaimana face wash berfungsi?
.
Face wash adalah produk yang berasaskan air dan biasanya datang dalam bentuk gel, buih, bar, atau formulasi serbuk.
Teksturnya akan menjadi sangat berair atau cair apabila digunakan pada kulit anda.
Ia juga sering mengandungi lebih bahan astringen untuk membantu mengurangkan penghasilan minyak.
Sifat face wash yang mengandungi astringen dan berbuih bermaksud ia betul-betul memasuki liang pori dan menghilangkan minyak.
Ini baik untuk membantu anda yang mempunyai kulit berminyak dan ingin mengurangkan minyak di kulit.
Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai jenis kulit kering, sensitif, atau normal, face wash mungkin terlalu kasar untuk anda gunakan.
Kalau anda hilang terlalu banyak minyak daripada kulit anda, ia mungkin akan menjadi terlalu kering, iritasi, atau tidak selesa.
.
Bagaimana face cleanser berfungsi?
.
Seperti face wash, cleanser juga membersihkan kulit anda tetapi ia juga bantu melegakan dan melembabkan kulit anda dalam masa yang sama.
Ia biasanya mempunyai tekstur yang lebih pekat berbanding face wash seperti gel yang berkrim atau pekat, minyak, atau balm.
Selain itu, kebanyakan cleanser diformulasi dengan bahan yang bertujuan untuk menyuburkan kulit, mengawal keseimbangan kulit muka, dan meningkatkan kadar kelembapan kulit.
Disebabkan cleanser ini boleh membersihkan kulit muka anda dengan lembut, ia dianggap produk yang ideal untuk semua jenis kulit.
Untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga boleh memanfaatkan kesan cleanser dalam rutin penjagaan kulit anda, terutamanya jika anda rasa kulit kering atau tidak selesa selepas menggunakan face wash.
Jika anda mengalami tanda sebegini, cuba gunakan face wash pada waktu malam dan cleanser pada waktu pagi untuk mengekalkan keseimbangan kulit.
.
Berapa Kerap Patut Anda Gunakan Face Wash atau Cleanser?
.
Sebenarnya tiada satu jawapan yang sesuai digunapakai oleh setiap individu kerana ia bergantung kepada keadaan individu itu sendiri.
Anda tidak akan dapat “one size fits all” punya jawapan.
Bagaimanapun, terdapat jawapan yang anda boleh gunakan sebagai panduan untuk menjawab soalan anda.
Menurut Akademi Dermatologi Amerika, sebaiknya anda hadkan mencuci muka sehingga dua kali sahaja setiap hari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
Anda juga boleh menggunakan face wash atau cleanser setiap kali selepas berpeluh.
Apapun ia juga bergantung kepada jenis kulit anda.
Sesetengah individu lebih sesuai mencuci muka dengan face wash atau cleanser pada sebelah petang dan hanya membasuh muka dengan air pada waktu pagi.
Ramai juga yang mengatakan bahawa kulit mereka kelihatan lebih baik jika mereka mencuci muka pada waktu pagi dan petang.
Jika anda kerap berpeluh sepanjang hari, anda juga boleh mencuci muka anda sekali lagi pada waktu tengahari.
Nak dipendekkan cerita, cuba cuci muka sekali atau dua kali sehari dahulu, dan pastikan anda cuci sekali setiap malam.
Jika anda rasa muka anda tidak perlu dicuci dengan terlalu kerap, gunakan air sahaja untuk membasuh muka anda pada waktu pagi.
.
.
Kesimpulan Cleanser VS Face Wash
.
Tidak pelik sebenarnya ramai yang keliru dengan face wash dan cleanser ni kerana kedua-duanya mempunyai fungsi asas yang sama iaitu mencuci kotoran dariapda muka, cuma caranya saja berbeza.
Face wash lebih sesuai digunakan untuk kulit berminyak, manakala cleanser bermanfaat untuk semua jenis kulit.
Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai cleanser VS face wash pada kali ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda.
Khas buat anda yang ingin menghasilkan produk jenama sendiri. Team Abam Peah boleh bantu anda untuk merealisasikannya. Dapatkan slot untuk konsultansi selama 30 minit secara percuma dengan team Abam Peah.
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.




Comments