top of page

Elakkan 4 Bahan Ini Dalam Cleanser Anda!

Updated: Jan 11, 2023

Apabila bercakap tentang penjagaan kulit muka, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda mestilah cleanser atau pencuci muka betul tak?


Mungkin bagi sesetengah individu di luar sana, mereka tidak terlalu mementingkan penjagaan muka kerana tidak mempunyai kulit muka yang bermasalah.


Namun buat individu lain yang mempunyai masalah kulit muka, cleanser ini umpama penyelamat utama untuk mengawal kondisi kulit muka mereka daripada menjadi lebih teruk.


Tapi nak guna cleanser ini bukan boleh main bedal je tau.


Pernah tak anda perasan selepas menggunakan cleanser, masalah kulit muka anda bukan beransur pulih, malah menjadi makin teruk?


Bila dah jadi macam ni, mula lah nak gelabah tak tentu arah.


Sebenarnya bila anda menggunakan cleanser yang salah, ia boleh membawa kepada kulit kering, iritasi, dan juga penuaan.


Bahaya betul ni. Yelah, guna cleanser untuk bersihkan kulit, bukan untuk rosakkan kulit kan?


Buat anda yang sedang gundah gulana tu, kami ingin beritahu anda bahawa anda boleh membuat sedikit perubahan dalam rutin penjagaan kulit muka untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi.


Dalam masa yang sama, cleanser yang betul juga boleh meningkatkan keberkesanan dan penyerapan bahan yang anda gunakan selepas cleanser.


Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 4 bahan yang anda perlu elakkan dalam cleanser anda untuk mengelakkan masalah kulit daripada menjadi semakin teruk.

.

.

Bahan Yang Perlu Dielakkan Dalam Cleanser

.

Pastikan cleanser anda bebas daripada 4 bahan ini terutamanya jika anda mengalami masalah kulit.

.

1. Sulfat

.

Kalau anda nak tahu, bahan ini lah yang menyebabkan cleanser anda berbuih dan memberikan sensasi “bersih berkilat” pada kulit.


Memang anda akan rasa kulit anda bersih, namun sulfat sebenarnya menghilangkan minyak semulajadi daripada kulit anda dan boleh menyebabkan iritasi.


Apabila kulit hilang minyak semulajadinya, ini boleh menyebabkan ia bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak minyak.


Eh guna cleanser untuk hilangkan minyak muka, tapi makin berminyak pula jadinya!


Anda boleh kenalpasti sulfat ini pada label produk dengan istilah Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, dan Ammonium Laureth Sulfate.

.

2. Wangian

.

Jangan terkejut bila kami bagitahu jika terdapat wangian dalam senarai bahan cleanser anda, ini boleh menyebabkan kulit anda menyerap lebih 300 jenis bahan kimia yang telah digunakan untuk menghasilkan bau wangian tersebut.


Wangian sintetik ini dihasilkan daripada sejenis sebatian yang dikenali sebagai phthalates yang dikaitkan dengan masalah kesuburan dan kecacatan kelahiran.


Wangian ini juga boleh menyebabkan iritasi dan kulit kering.

.

3. Paraben

.

Paraben ini biasa digunakan untuk mengawet produk penjagaan kulit dan sering didapati dalam cleanser kerana kandungan air yang tinggi dan perlu dipelihara.


Bahan paraben ini juga dikenali sebagai xenoestrogen di mana ia boleh meniru atau mimic estrogen dalam badan.


Ia dikaitkan dengan ketidakstabilan hormon dan masalah reproduktif serta telah dikenalpasti dalam sampel biopsi daripada tumor payudara.


Paraben biasa dilabelkan pada senarai bahan produk sebagai Methyl-Paraben, Ethyl-Paraben, dan Butyl Paraben.

.

.

4. Alkohol

.

Alkohol biasa digunakan dalam produk cleanser untuk membenarkan bahan lain mudah menembusi lapisan kulit.


Namun dalam masa yang sama, alkohol boleh mengganggu keseimbangan kelembapan semulajadi kulit dan menyebabkan iritasi dan kulit kering.


Ia juga boleh mengubah kadar pH kulit yang boleh membawa kepada dehidrasi, garis-garis halus, dan menyebabkan sel kulit mati.

.

Bahan Apa Boleh Guna?

.

Jika anda ingin menggunakan cleanser yang berkesan dan semulajadi, anda boleh cari produk yang mempunyai ejen pembersih semulajadi seperti minyak kelapa, minyak sitrus, dan soapwort.


Cari juga ekstrak buah-buahan yang merupakan sumber semulajadi bagi AHAs yang boleh membersihkan kulit dengan lembut dan membuatkan kulit lebih segar, cerah dan halus.

.

Kesimpulan Bahan Perlu Elak Dalam Cleanser

.

Jika anda ingin menjaga kesihatan kulit muka dengan baik, berhati-hatilah dalam memilih cleanser yang anda guna.


Elakkan daripada menggunakan cleanser yang mengandungi 4 bahan yang disebutkan tadi terutamanya jika anda mempunyai kulit berminyak yang sensitif.


Setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini tentang 4 bahan yang perlu dielakkan dalam cleanser anda. Semoga info ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Khas untuk anda yang berminat untuk menghasilkan cleanser jenama sendiri, team Abam Peah ada sediakan konsultansi percuma selama 30 minit.


Klik button di bawah untuk info lanjut.



ree


Comments


bottom of page