top of page

10 Bahan Skin Care Terbaik Berdasarkan Kajian - Part 2

Updated: Jan 12, 2023

Buat anda yang habis baca part 1 perkongsian ini, kami ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kerana dah baca dan faham tentang bahan-bahan yang kami kongsikan sebelum ini.


Dalam artikel kali ini pula, kami akan jelaskan kepada anda tentang lagi 5 bahan terbaik yang wajib ada dalam produk skin care anda.


Perkongsian ini santai sahaja, anda boleh baca sambil relaks dan minum secawan kopi atau snek kegemaran anda.


Kami akan cuba terangkan seringkas mungkin supaya anda mudah faham.

.

10 Bahan Skin Care Semulajadi Terbaik - Sambungan

.

6. Vitamin C

.

Mesti anda pernah dengar tentang vitamin C dan manfaatnya terhadap kesihatan kan?


Tapi jangan keliru, vitamin C ini sebenarnya ada banyak jenis.


Vitamin C yang anda perlu dalam produk skin care anda adalah asid askorbik, ia paling pantas menyerap kelembapan dan paling berpotensi apabila disapu pada kulit.


Apabila diserap ke dalam kulit, ia membantu untuk menstabilkan dan menghasilkan molekul kolagen, membuatkannya bahan anti-penuaan yang terbaik di pasaran.


Disebabkan ia juga adalah antioksidan, vitamin C bentuk asid askorbik ini boleh membantu membaiki kerosakan kulit akibat sinaran UV, dan sangat berkesan dalam mengurangkan hiperpigmentasi.


Untuk mengekalkan keberkesanannya, pastikan anda cari vitamin C yang berada dalam bekas legap kerana kestabilan vitamin C akan terjejas apabila ia bersentuhan dengan udara.

.

7. Vitamin E

.

Seperti vitamin C, vitamin E juga terdiri daripada pelbagai jenis.


Jenis vitamin E yang anda perlukan dalam produk skin care anda ialah tokoferil asetat dan tokoferol.


Melainkan anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, sangat berminyak, atau sangat berjerawat, Vitamin E ini mempunyai pelbagai manfaat seperti menghidratkan dan memulihkan kulit, serta bertindak sebagai agen anti-radang.


Untuk pengetahuan tambahan, jika vitamin C dan vitamin E digunakan bersama, keberkesanan mereka akan bertambah baik berbanding digunakan secara berasingan.

.

8. Vitamin B3

.

Vitamin B3 topikal atau niacinamide boleh memberi manfaat yang banyak kepada kulit seperti meningkatkan keanjalan, menguatkan pertahanan kulit, mencerahkan kulit, dan mengurangkan keradangan.


Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan bahan ini selama 4 minggu dapat mengurangkan pigmentasi dan tompok penuaan dengan berkesan.


Ia juga didapati boleh melawan jerawat disebabkan sifat anti-radangnya, dan juga kerana ia menyasarkan peringkat awal jerawat dan mengelakkan pembentukan jerawat.

.

9. Teh hijau

.

Seperti yang ramai tahu, pengambilan minuman teh sering dikaitkan dengan tahap kesihatan yang semakin baik sejak dulu lagi.


Namun mungkin ramai yang belum tahu bahawa tumbuhan teh ini juga baik jika disapu pada kulit.


Ia mengandungi vitamin C yang memberikannya sifat anti-radang dan antioksidan.


Sejenis bahan yang terdapat dalam tumbuhan iaitu polifenol juga membolehkan teh hijau bertindak sebagai agen anti penuaan.


Kajian awal juga mendapati bahawa teh hijau yang digunakan dalam produk skin care boleh mengurangkan kerosakan akibat matahari, melindungi kulit daripada kanser, dan mengurangkan kerosakan kolagen.

.

10. Ekstrak alga

.

Kalau anda nak tahu, semua jenis alga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan.


Terdapat pelbagai ekstrak alga yang dijadikan bahan dalam produk skin care dijual di pasaran hari ini.


Ekstrak ahnfeltia concinna adalah bahan yang boleh menghasilkan 128 peratus lonjakan kelembapan dalam sekali penggunaan.


Spirulina pula adalah sumber yang baik untuk klorofil yang mempunyai sifat mencuci, dan boleh membantu kulit anda kekal lembab dan lembut.


Astaxanthin adalah ekstrak alga merah dan merupakan antioksidan yang sangat kuat.


Ianya 150 kali lebih kuat daripada vitamin E, dan 6000 kali lebih kuat daripada vitamin C, membuatkannya antioksidan yang paling kuat dalam dunia.


Antara ekstrak alga lain yang baik untuk kesihatan kulit termasuklah Gigartina skottsbergii yang boleh melembabkan kulit dan Undaria pinnatifida yang melindungi simpanan kolagen semulajadi kulit.

.

Kesimpulan Bahan Skin Care Terbaik

.

Antara senarai bahan yang disebut tadi, terdapat juga bahan yang dihasilkan secara sintetik.


Namun ini tidak bermaksud ia tidak bagus untuk kesihatan, malah bahan sintetik ini dikatakan sama sahaja seperti versi “semulajadi” mereka.


Kadangkala bahan sintetik ini lebih baik daripada bahan semulajadi kerana telah diubah untuk menjadi lebih efektif dan stabil untuk kegunaan harian anda.


Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Kalau anda berminat untuk hasilkan produk skin care jenama anda sendiri, anda boleh klik button di bawah untuk dapatkan konsultansi selama 30 minit secara percuma.



ree

Comments


bottom of page