top of page

10 Bahan Skin Care Terbaik Berdasarkan Kajian - Part 1

Apa sebenarnya bahan skin care terbaik untuk kulit anda?


Anda tahu tak sebenarnya kulit individu yang normal bukanlah sentiasa sama sepanjang masa.


Kadangkala ia kering, kadangkala ia berminyak, bergantung kepada cuaca dan keadaan sekeliling.


Sebab itulah penting untuk anda pilih produk skin care dengan bahan-bahan tertentu yang sesuai dengan gaya hidup dan jenis kulit anda.


Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan senarai 10 bahan terbaik dalam produk skin care berdasarkan kajian saintifik.


Selalu mesti ramai yang lebih memilih untuk menggunakan produk yang dilabel “bersih” bukan?


Sebenarnya, bahan sintetik tidak semestinya lebih baik atau berbeza dengan bahan sintetik.


Tambahan pula, penggunaan perkataan “semulajadi” tidak dikawal selia dan mana-mana syarikat boleh menggunakannya.


Oleh itu, anda perlu peka dengan bahan-bahan yang ada di label setiap produk ini.


Anda juga perlu tahu bahawa maksud produk semulajadi adalah ianya bebas daripada bahan atau wangian tiruan.


Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok senarai bahan terbaik skin care berdasarkan kajian.

.

.

10 Bahan Skin Care Semulajadi Terbaik

.

1. Asid hyaluronik

.

Asid hyaluronik adalah bahan yang dihasilkan dalam badan anda secara semulajadi dan ia boleh menyimpan air 1000 kali ganda daripada beratnya.


Ini bukan sahaja membolehkan ia mengekalkan kelembapan kulit, malah mengelakkan air daripada tersejat ke udara.


Ia merupakan antara agen pelembap yang terbaik untuk jenis kulit berminyak dan kering.


Anda boleh gunakan serum asid hyaluronik bersama rutin penjagaan kulit yang lain, terutamanya apabila suhu berubah dengan drastik kerana ini boleh menyebabkan kulit anda kering.

.

2. Alpha-Hydroxy Acids (AHA)

.

Asid glikolik dan asid laktik adalah contoh yang termasuk dalam kategori AHA.


Asid glikolik boleh diperolehi daripada tebu, manakala asid laktik pula boleh diperolehi daripada susu.


Asid ini membolehkan sel kulit mati untuk tertanggal daripada lapisan permukaan kulit anda dan membenarkan kulit baru tumbuh.


AHA juga boleh meningkatkan penghasilan kolagen, menebalkan kulit, mengurangkan jerawat, menghilangkan garis kedutan halus, dan mengurangkan hiperpigmentasi.

.

3. Bahan Skin Care - Seramida

.

Anda boleh anggap seramida ini sebagai lapisan gam yang mengekalkan bentuk dan struktur kulit anda dan menghalang bahaya luar.


Masalahnya kadar seramida akan menurun seiring dengan peningkatan usia, jadi penting untuk anda tambah bahan ini supaya kulit anda kekal anjal dan lembut.


Kebanyakan seramida yang ada dalam produk kecantikan adalah sama seperti seramida semulajadi anda.


Kajian juga mendapati kegunaannya sangat berkesan untuk meningkatkan kadar kelembapan pada kulit anda.

.

4. Bahan Skin Care - Retinol

.

Derivatif vitamin A ini adalah salah satu daripada bahan skin care yang paling banyak dijalankan kajian keatasnya dan didapati berkesan untuk semua jenis kulit.


Ia menggalakkan pembaharuan kulit, mengurangkan jerawat, dan meningkatkan penghasilan kolagen kulit anda.


Dalam masa yang sama, ia juga bertindak sebagai antioksidan untuk membantu mengatasi kerosakan radikal bebas.


Retinol membantu untuk menghilangkan garis halus dan kedutan, dan juga memperbaiki kerosakan kulit akibat matahari.

.

5. Minyak argan

.

Minyak ini adalah minyak tumbuhan yang didapati daripada isirong pokok argan dan mempunyai pelbagai manfaat untuk semua jenis kulit.


Ia mengandungi vitamin E, asid ferulik, karotenoid dan nisbah seimbang antara asid oleik dan linoleik di mana ia kurang tumpat berbanding minyak semulajadi yang lain.


Minyak argan merupakan agen antioksidan dan anti-radang yang berkesan dalam penghalang dan merawat kerosakan akibat matahari, menggalakkan pemulihan kulit, dan melembabkan kulit.


Ia juga berkesan dalam mengurangkan garis halus dan kedutan, serta parut dan stretch mark.

.

.

Kesimpulan Bahan Skin Care Terbaik

.

Ini lah beberapa bahan yang patut ada dalam produk skin care anda dan terbukti berkesan berdasarkan kajian saintifik.


Eh, tadi kata ada 10 bahan? Ini baru 5 bahan?


Sabar… kalau anda nak tahu 5 lagi bahan yang belum kami kongsikan, jom baca sambungan perkongsian ini di part 2.



Comments


bottom of page