top of page

11 Tips Kulit Cerah & Bersih - Tips Mudah Untuk Anda

Updated: Jan 11, 2023

Adakah anda mempunyai kulit muka bermasalah?


Mungkin kadang-kadang anda terfikir, apa lagi yang anda boleh lakukan untuk atasi masalah kulit yang dihadapi ini.


Bila tengok iklan di TV dan media sosial pula, banyak produk yang menjanjikan khasiat yang bermacam-macam sampai tidak pasti yang mana berkesan, yang mana tidak.


Usah serabut lagi, kami akan kongsikan kepada anda 11 tips mudah yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bersih.


Jangan risau, semua tips ini disokong oleh bukti kajian yang telah dijalankan.

.

Tips Mudah Berdasarkan Kajian

.

1. Cuci muka anda dua kali sehari

.

Jika anda mempunyai kulit muka berminyak dan mudah naik jerawat, jangan lalai dalam mencuci muka anda setiap hari.


Jadikan rutin harian dengan mencuci sekali pada waktu pagi dan petang.


Terdapat kajian yang dijalankan selama 6 minggu menunjukkan mereka yang mencuci muka dua kali sehari didapati mempunyai kurang jerawat berbanding mereka yang hanya mencuci muka sehari sekali.

.

2. Gunakan cleanser yang light

.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa tiada perbezaan ketara antara penggunaan jenis cleanser yang berlainan.


Kajian ini merangkumi semua jenis cleanser termasuk cleanser sabun buku hingga cleanser yang mengandungi asid alfa dan beta hidroksi.


Ini menunjukkan ianya lebih baik jika anda menggunakan cleanser yang tidak mempunyai terlalu banyak bahan dan wangian. Harganya juga lebih murah.

.

.

3. Gunakan ejen anti-jerawat

.

Menurut Akademi Dermatologi Amerika, terapi topikal boleh membantu melawan pertumbuhan jerawat.


Anda perlu kenalpasti jenis jerawat anda untuk memilih terapi yang paling sesuai untuk anda.


Berdasarkan jenis jerawat, saranan terapi topikal adalah seperti berikut.


  • Jerawat komedo (blackhead dan seumpamanya): Gunakan produk yang mengandungi retinoid seperti gel adapalene.

  • Jerawat ringan: Benzoyl peroksida topikal boleh membantu melawan jerawat ringan.

  • Jerawat meradang: Dapson topikal 5 peratus gel adalah disarankan terutamanya untuk wanita dewasa.

  • Jerawat berparut: Asid azelaic boleh membantu mengurangkan jerawat yang boleh menyebabkan parut.


Anda boleh menggunakan gabungan benzoyl peroksida, tretinoin, atau gel adapalene untuk merawat jenis jerawat yang berlainan serentak.


Rawatan ini boleh menyebabkan kulit anda kering, jadi pastikan anda gunakan pelembap kulit.

.

4. Gunakan pelembap

.

Jika kulit anda terlalu kering, kulit anda mungkin akan bertindak balas untuk menghasilkan terlalu banyak minyak.


Ini akan menyebabkan kulit anda semakin berminyak dan memudahkan jerawat naik di muka anda.


Pelembap yang anda gunakan juga tidak semestinya yang mahal, hanya cari yang tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat.


Jika kulit anda berminyak, pelembap yang ringan atau “lightweight” mungkin lebih sesuai untuk mengelakkan daripada rasa kulit berminyak.

.

5. Exfoliate

.

Exfoliate bermaksud pengelupasan di mana sel kulit mati dibuang daripada permukaan kulit anda.


Sel kulit mati yang berlebihan dan tidak dibuang boleh menyebabkan liang pori anda tersumbat dan menyebabkan jerawat.


Anda boleh cari produk skrub yang ada di kedai atau hasilkan skrub sendiri di rumah seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini.

.

.

6. Tidur dengan secukupnya

.

Tidak cukup tidur sebenarnya boleh membawa kepada jerawat tumbuh dengan lebih kerap.


Menurut sebuah kajian pada tahun 2015, lebih 65 peratus peserta yang menyatakan mereka keletihan mempunyai jerawat.


Pengkaji percaya bahawa tidak cukup tidur boleh menyebabkan badan menghasilkan sejenis bahan yang menyebabkan jerawat.

.

7. Pakai solekan yang tidak menutup liang pori

.

Kajian pada tahun 2013 mendapati bahawa mereka yang memakai produk kosmetik lebih cenderung untuk mengalami masalah jerawat.


Untuk memastikan solekan anda mesra kulit:


  • Guna produk yang berlabel “bebas minyak”.

  • Sentiasa mencuci tangan setiap kali sebelum memakai produk kosmetik.

  • Tanggal atau basuh solekan sebelum tidur atau bersenam.

  • Basuh berus dan span solekan setiap minggu.

.

8. Jangan picit jerawat

.

Ini mesti ramai yang buat kan? Sebab susah untuk tahan diri daripada picit jerawat, rasa geram je.


Sebenarnya, memicit jerawat tidak baik untuk kesihatan kulit anda kerana ini akan mendedahkan liang pori kepada lebih banyak jangkitan bakteria termasuk yang ada di tangan anda.


Jadi, bersabarlah dan jangan gatal tangan picit jerawat.

.

9. Bertenang

.

Terdapat beberapa kajian pada tahun 2017 yang menunjukkan kaitan antara tekanan dan jerawat.


Jika anda sedang menghadapi situasi yang menyebabkan tekanan, cuba cari jalan untuk menghilangkan stress dan bertenang seperti:


  • Buat aktiviti pernafasan.

  • Bersenam dengan lasak selama sekurang-kurangnya 30 minit.

  • Menulis.

  • Mendengar muzik kegemaran anda.

.

10. Kurangkan pengambilan gula

.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi mungkin dikaitkan dengan jerawat.


Dalam kajian besar-besaran pada tahun 2009, lebih 2000 peserta diarahkan untuk mengamalkan diet rendah glisemik.


Bukan sahaja mereka hilang berat badan, malah 87 peratus daripada peserta didapati mempunyai kurang jerawat.

.

11. Jangan merokok

.

Banyak kajian yang mengaitkan merokok dengan risiko jerawat yang lebih tinggi.


Satu kajian melibatkan wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun yang berjerawat.


Pengkaji mendapati 73 peratus daripada peserta yang merokok mempunyai jerawat, manakala hanya 29.4 peratus daripada peserta yang tidak merokok mempunyai jerawat.

.

Kesimpulan

.

Penting untuk anda memberikan perhatian lebih kepada kesihatan kulit muka kerana ia lebih sensitif berbanding kulit yang ada pada bahagian tubuh yang lain.


Berhati-hati dengan apa yang anda pakai pada muka seperti cleanser, pelembap, dan produk kosmetik.


Amalkan gaya hidup sihat dan dapatkan rehat yang cukup juga untuk kurangkan risiko kulit berjerawat.


Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai 11 tips mudah untuk kulit lebih cerah dan sihat.


Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda. Oh. Kalau anda ada impian untuk menghasilkan skincare jenama sendiri, team Abam Peah boleh bantu anda.


Klik button dibawah untuk info lanjut.



ree


 
 
 

Comments


bottom of page