top of page

Suplemen Untuk Wanita Terbaik - Part 2

Updated: Jan 11, 2023

Anda kini berada di bahagian ke-2 untuk perkongsian bertajuk 15 suplemen untuk wanita.


Kalau anda belum baca part 1, apa kata anda baca juga bahagian itu sebab ia tak kurang menariknya dengan perkongsian kali ini.


Lagipun rugilah kalau terlepas info menarik yang ada di sana kan?


Apapun jom kita sambung dengan senarai suplemen untuk wanita yang masih berbaki.

.

1. Vitamin C

.

Vitamin C memudahkan perkembangan normal tisu badan supaya dapat mengekalkan kesihatan badan anda.


Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.


Jika badan anda kekurangan vitamin C, anda dapat melihat rambut anda menjadi kering dan bercabang.


Anda juga akan terdedah dengan risiko gingivitis, radang gusi, kulit kering, dan mudah mendapat penyakit kerana sistem imun yang lemah.


Wanita yang berumur 19 tahun ke atas disarankan untuk mengambil 75 mg vitamin C setiap hari.


Untuk ibu yang hamil pula disyorkan untuk mengambil 85 mg sehari, manakala ibu menyusu 120 mg.

.

.

2. Vitamin D

.

Vitamin D menyokong perkembangan tulang dan sel badan, serta mengekalkan fungsi imun dan neuromuskular.


Tanpa vitamin D yang cukup, tulang anda boleh menjadi rapuh dan ini boleh membawa kepada osteomalacia iaitu tulang menjadi lembut.


Keadaan ini juga boleh mengakibatkan kelemahan pada otot.


Vitamin D boleh didapati daripada makanan seperti ikan tuna dan salmon, minyak hati ikan, dan kuning telur.


Badan anda juga boleh menghasilkan vitamin D secara semulajadi jika terdedah kepada cahaya matahari.


Anda disyorkan untuk mengambil sekitar 15 mcg vitamin D pada setiap hari untuk mendapat nutrien ini dengan cukup.

.

3. Omega-3

.

Omega-3 membantu dalam mengekalkan fungsi otak yang baik seperti daya ingatan dan prestasi, serta mengawal tekanan darah.


Kajian menunjukkan asid lemak dalam omega-3 boleh mengurangkan keradangan, maka ia boleh menurunkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, arthritis, dan masalah sendi lain.


Anda boleh perolehi omega-3 daripada makanan seperti ikan salmon, tuna, sardin, dan tenggiri.


Cuba untuk mengambil 1.1 g omega-3 pada setiap hari untuk dos yang mencukupi.


Untuk wanita mengandung, mereka perlukan 1.4 g sehari, manakala 1.3 g untuk wanita yang menyusukan anak.

.

4. Probiotik

.

Probiotik ini merupakan komponen yang penting dalam proses pencernaan makanan yang baik, mengekalkan kesihatan perut, melawan bakteria jahat, dan mengelakkan cirit-birit akibat jangkitan kuman tertentu.


Kajian klinikal telah mendapati bahawa terapi probiotik boleh merawat masalah seperti yis faraj, jangkitan saluran kencing, sindrom iritasi usus, dan sesetengah jangkitan usus.


Yogurt adalah salah satu sumber probiotik yang bagus, selain tempeh, jeruk, tauhu, dan miso.

.

5. Serat

.

Selain probiotik, serat juga membantu dalam mengekalkan kesihatan perut yang baik.


Serat dapat membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama dan memudahkan anda untuk turun berat badan.


Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan kadar kolesterol LDL.


Pengambilan serat yang mencukupi boleh membantu anda mengawal kadar gula dalam badan dengan melambatkan proses penyerapan gula ke dalam darah.


Ini boleh mencegah risiko diabete tahap 2.


Pakar menasihatkan para wanita supaya mengambil sekitar 30 g serat setiap hari untuk menjaga kesihatan badan.

.

6. Prebiotik

.

Prebiotik boleh mengurangkan risiko alahan dengan menstabilkan tindak balas imun terhadap bakteria perut, dan meningkatkan kadar penyerapan kalsium.


Berbeza dengan probiotik yang menambahkan bakteria baik dalam perut, prebiotik menyuburkan dan memberi tenaga kepada bakteria baik yang sedia ada dalam saluran pencernaan.


Antara sumber semulajadi prebiotik adalah kacang walnut, lentil, daun bawang, dan buah epal.

.

.

7. Melatonin

.

Melatonin membantu untuk mengawal masa dan penghasilan hormon pembiakan wanita, iaitu menentukan bila seorang wanita mula mengalami kitaran haid, kekerapan dan tempoh haid, serta bila wanita berhenti mengalami haid.


Melatonin dianggap salah satu hormon terbaik wanita kerana ia memainkan peranan penting dalam mengawal jadual tidur anda.

Apabila siang bertukar gelap, otak anda akan memberi isyarat kepada kelenjar pineal untuk menghasilkan melatonin dan membuatkan anda mengantuk.


Kekurangan melatonin boleh mengganggu jadual tidur anda.


Nutrien seperti magnesium dan triptofan boleh meningkatkan penghasilan melatonin dalam badan secara semulajadi.

.

8. Zink

.

Zink boleh melindungi badan anda daripada toksin dan bendasing dengan mencegah keradangan dalam badan.


Ia juga membantu menghasilkan sel-T yang termasuk dalam sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus.


Disebabkan zink penting dalam menghasilkan sel-T, ia memainkan peranan yang besar dalam memastikan sistem imun badan anda sentiasa dalam keadaan baik untuk mencegah anda daripada terkena penyakit.


Zink juga penting dalam proses pembekuan darah sekiranya anda terluka atau berdarah.


Pakar menyarankan wanita yang berumur 19 tahun keatas mendapat 8 mg zink setiap hari.


Manakala untuk wanita hamil pula perlu mengambil 11 mg setiap hati, dan 12 mg untuk ibu yang sedang menyusu.

.

Kesimpulan Suplemen Untuk Wanita

.

Anda perlu memastikan bahawa anda mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari untuk mengelakkan masalah kesihatan daripada berlaku.


Mula dengan amalan pemakanan yang sihat, dan jika masih tidak cukup, anda boleh mengambil suplemen untuk wanita yang berbentuk pil atau kapsul.


Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai suplemen untuk wanita. Semoga perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Khas untuk anda yang ingin menghasilkan suplemen jenama sendiri, team Abam Peah ada sediakan konsultansi percuma untuk anda. Untuk info lanjut, klik button di bawah.





Comments


bottom of page