OEM Supplement - Jenis, Prosedur dan Tips
- Abam Peah
- Aug 15, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Ramai sebenarnya yang mencari kilang yang mampu membekalkan OEM supplement. Hal ini kerana permintaan terhadap supplement semakin meningkat dalam pasaran. Boleh jadi semakin ramai yang sedar bahawa apa yang mereka ambil setiap hari tidak mencukupi untuk kesihatan badan mereka.
Sedar akan potensi yang ada, maka ramai jugalah yang ingin keluarkan OEM supplement atau supplement jenama mereka sendiri. Jangan risau. Nanti Abam Peah akan share macam mana nak hasilkan supplement jenama sendiri yang sah dan selamat.
Selain itu, OEM supplement juga hadir dalam tiga jenis atau bentuk yang berbeza iaitu:
Serbuk
Cecair
Kapsul
Tanpa mengira dalam bentuk apa sekalipun, setiap supplement ini mempunyai nutrien tertentu untuk tujuan tertentu. Ada yang fokus pada vitamin dan ada juga yang fokus kepada asid amino serta lain-lain.
Takpe. Biar Abam Peah jelaskan setiap satunya untuk anda semua dari segi kegunaan dan kesesuaian dengan apa tujuan anda ingin keluarkan supplement OEM ini. Jom baca!
Jenis OEM Supplement
Seperti yang abam kongsikan tadi, supplement ini ada dalam tiga bentuk berbeza iaitu:
1. Serbuk

Untuk supplement jenis serbuk, biasanya ia sesuai untuk produk yang fokus kepada:
Bina badan dan otot
Kuruskan badan
Melawaskan badan
Ia berfungsi sebagai makanan tambahan yang boleh diambil samada dengan melarutkan di dalam air atau ditambah pada makanan. Bagaimana cara pengambilannya akan memberikan kesan terhadap tempoh masa yang diambil untuk menampakkan hasilnya.
Jika supplement jenis serbuk dilarutkan di dalam air, maka ia akan lebih mudah untuk diserap dan dicerna oleh badan anda. Berbeza dengan supplement serbuk yang ditambah pada makanan. Tempoh masa untuk penyerapan dan pencernaan adalah lebih lama.
2. Cecair

OEM supplement dalam bentuk cecair biasanya fokus kepada kandungan vitamin-vitamin tertentu untuk berbagai jenis tujuan bergantung kepada jenis vitamin yang terkandung di dalamnya.
Supplement jenis ini mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi dan cepat. Hal ini kerana cecair lebih mudah diserap oleh tubuh anda. Ramai sebenarnya yang mula mengeluarkan produk minuman kesihatan sebegini.
Jika dibuat di kilang yang betul, sah dan mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat di luar sana.
Hal ini kerana produk supplement dalam bentuk cecair sebegini sangat mudah untuk diminum. Ia sekaligus dapat membantu mencukupkan keperluan vitamin dan nutrien harian anda.
3. Kapsul OEM Supplement

Bagi supplement dalam bentuk kapsul pula, ia lebih kepada produk-produk berasaskan herba. Pati herba-herba tertentu akan digunakan dan diadun sebaiknya menggunakan formula daripada penyelidik pakar untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pengguna.
Produk dalam bentuk kapsul yang bersalut lembut ini dikategorikan sebagai lapisan pertama pembungkusan dos ubat. Ia sangat popular kerana:
Dapat cair dan terurai dengan lebih pantas di dalam badan
Membebaskan kandungan bahan aktif yang terkandung lebih cepat berbanding tablet atau kaplet.
Sebenarnya, untuk menghasilkan OEM supplement ini tidak susah kerana segala urusan formulasi, kajian dan lain-lain yang berkaitan supplement tersebut akan diuruskan oleh kilang.
Apa yang perlu dilakukan oleh anda adalah seperti apa yang Abam Peah ada kongsikan dalam perkongsian sebelum ini iaitu fasa untuk mengenal pasti masalah dan potensi produk jenama anda sendiri, medium pemasaran dan bahan pemasaran.
Baca Selanjutnya : Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Sekian sahaja perkongsian kali ini daripada Abam Peah berkenaan OEM supplement. Untuk sebarang soalan atau promosi OEM supplement, anda boleh klik link di bawah. Abam Peah dan team akan bantu sebaik mungkin.
Comentarios