top of page

OEM Malaysia - Semua Yang Anda Wajib Tahu!

Updated: Jan 11, 2023

Selalu sangat dengar mengenai OEM Malaysia, tapi apa sebenarnya OEM ni? Jika mengikut maksud sebenar, ia merupakan singkatan kepada original equipment manufacturer.


Kalau dulu-dulu, OEM ni lebih kepada mereka yang membuat dan membekal komponen atau bahagian barangan elektronik dan automotif. Kilang OEM akan menyediakan semua ini mengikut keperluan klien dan klien akan menjualnya di atas nama mereka (brand) sendiri.





Namun, situasinya berbeza bila kita bercakap berkenaan OEM Malaysia di mana ramai yang faham OEM ini sebagai pembuat dan pembekal untuk produk-produk seperti kosmetik.


Ala. Kalau nak nak bagi lagi mudah faham, orang ingat produk OEM ni produk timbang kilo. Pernah dengar kan mengenai produk timbang kilo? Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis orang sebut mengenainya.



Ye la. Ramai founder produk yang tak terlepas daripada “dibongkar” kesalahan mereka menghasilkan produk yang mengandungi bahan-bahan merbahaya untuk pengguna. Memang tidak dinafikan bahawa produk mereka “menjadi” dan laku keras.



ree


Namun, ia turut membawa kesan yang sangat bahaya kepada para pengguna. Apapun, jika ia dihasilkan oleh kilang OEM kosmetik yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh menggunakan produk yang dihasilkan dengan selamat.


Silapnya founders ni memilih untuk jimat kos berkali-kali ganda dengan mendapatkan produk mereka daripada kilang produk timbang kilo. Apa yang ada pada mata mereka hanyalah duit semata-mata tanpa menghiraukan keselamatan pengguna.


OEM Malaysia Untuk Kosmetik Sahaja?



OEM Malaysia


Eh. Kalau sebut industri OEM Malaysia, ia tidak terhad pada komponen elektronik, automotif dan kosmetik sahaja. Terdapat berbagai jenis produk yang dihasilkan oleh kilang-kilang ini seperti:

  • Kosmetik

  • Kesihatan

  • Suplemen kesihatan

  • Makanan dan minuman tambahan

  • Kebersihan diri

  • Sabun dan pencuci

  • Spa dan aromaterapi

  • Fesyen

  • Makanan ringan atau snek

  • Minuman ringan

  • Minuman tenaga

  • Kopi

  • Makanan seperti pes, rempah, sambal dll

  • Banyak lagi!


Bagi Abam Peah, industri OEM Malaysia sekarang sangat-sangat pesat membangun. Apa yang bestnya mengenai kilang-kilang di Malaysia ini adalah, kebanyakannya mematuhi dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Produk yang dihasilkan juga berkualiti tinggi kerana kilang-kilang yang menjalankan operasi mereka dengan telus ini mempunyai makmal penyelidikan mereka yang tersendiri.


Ia dipantau rapi oleh penyelidik-penyelidik berkualiti dan bahan-bahan yang digunakan juga pada kualiti terbaik serta selamat untuk digunakan oleh pelanggan. Namun, sekalipun banyak kilang-kilang yang diiktiraf, banyak juga kilang-kilang yang tidak diiktiraf.


“Saya nak buat produk jenama sendiri. Macam mana?”



OEM Malaysia


Kalau anda betul-betul serius nak buat produk jenama anda sendiri, anda kena baca dulu perkongsian Abam Peah yang sebelum ini berkenaan tips memilih kilang produk jenama sendiri.



Dalam perkongsian tersebut, Abam Peah ada senaraikan 4 kriteria yang paling minimum untuk anda check terlebih dahulu sebelum anda decide untuk mengambil pakej produk OEM Malaysia yang mereka tawarkan.


Tapi, kalau anda nak terus berhubung dengan Abam Peah dan team, anda boleh je klik button di bawah nanti. In shaa Allah team abam akan bantu dengan sebaiknya sebab kami bukan sahaja mencari sales untuk kilang OEM kami, tapi kami nak ada kerjasama yang berpanjangan di antara kita.


Tak seronok juga Abam Peah kalau anda buat produk dengan abam tapi tak berjaya. Abam nak bila buat dengan abam, peluang untuk berjaya tu tinggi. Sebab itu jugalah team abam akan guide daripada pemilihan produk, branding, packaging dan juga penyediaan bahan marketing.


Kan senang macam tu? Siap terus boleh jual. Nak tahu informasi lanjut, klik je button di bawah. Okay?



ree



Comments


bottom of page