Minyak Pati - Betul Ke Berkesan?
- Abam Peah
- Sep 11, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 12, 2023
Beberapa tahun kebelakangan ini, aromaterapi minyak pati semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah sakit kepala, sukar tidur, dan juga sakit tekak.
Namun sejauh manakah keberkesanan minyak aromaterapi ini sebenarnya?
Minyak pati boleh memberikan kesan positif pada kesihatan anda jika ia digunakan secara selamat.
Jika anda ingin mencuba aromaterapi minyak pati, apa kata anda fahami dulu apakah kesan yang ia boleh berikan kepada anda.
.
Maksud Minyak Pati
.
Secara umumnya, minyak pati merupakan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan dengan mengukus atau menekan pelbagai bahagian tumbuhan untuk mengekstrak sebatian yang menghasilkan wangian.
Untuk menghasilkan sebotol minyak pati, ia mungkin memerlukan beberapa kilogram bahagian tumbuhan untuk diproses.
.
Maksud Aromaterapi
.
Aromaterapi adalah amalan menggunakan minyak pati untuk manfaat terapeutik atau terapi yang telah diamalkan sejak zaman-berzaman.
Apabila dihidu, molekul wangain dalam minyak pati akan masuk ke dalam otak melalui saraf bau dan memberi kesan pada pusat emosi otak iaitu amygdala.
Minyak pati juga boleh diserap melalui kulit apabila disapu dan diurut untuk membantu melegakan otot yang tegang.
.
Kebaikan Minyak Pati
.
Walaupun ramai yang mendakwa bahawa minyak pati ini ia boleh menjadi penawar semulajadi untuk pelbagai jenis penyakit, namun kajian mengenai keberkesanannya terhadap kesihatan manusia masih belum mencukupi.
Namun terdapat kajian makmal yang menunjukkan sesetengah jenis minyak pati boleh membunuh sejenis bakteria Lyme dengan lebih berkesan berbanding antibiotik.
Walaubagaimanapun hasil dalam ujian klinikal manusia masih tidak konsisten.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat manfaat dalam menggunakan minyak pati sementara kajian lain tidak mendapati kesan positif.
Ujian klinikal telah dijalankan untuk melihat samada minyak pati boleh merawat masalah seperti:
Keresahan (Anxiety)
Tekanan
Loya
Insomnia
Kurang selera makan
Mulut kering
.
Bagaimana Untuk Menggunakan Minyak Pati Dengan Selamat?
.
Kualiti minyak pati di pasaran adalah berbeza-beza bergantung kepada ketulenan setiap produk yang dijual.
Ada yang diperbuat daripada minyak pati tulen, dan ada yang dicairkan dengan bahan yang lebih murah.
Disebabkan tiada peraturan yang kukuh, label pada botol minyak mungkin tidak menyenaraikan semua bahan yang ada dalam minyak pati tersebut.
Sebab itulah minyak pati tidak patut ditelan sama sekali.
Anda juga disyorkan untuk elakkan daripada menggunakan penyebar minyak pati yang menghasilkan wap air wangi.
Penyebaran minyak pati di kawasan umum atau rumah yang mempunyai beberapa orang ahli boleh memberi kesan berbeza pada setiap seorang daripada mereka.
Contohnya, minyak pati pudina sering digunakan untuk mengubati sakit kepala, namun jika digunakan sekitar bayi yang berumur kurang 30 bulan, bayi tersebut boleh menjadi gelisah.
Cara paling selamat untuk menggunakan minyak pati termasuk:
Peralatan aromaterapi: Rantai leher, gelang tangan, dan rantai kunci yang diperbuat dengan bahan penyerap yang dikenakan minyak pati untuk anda hidu sepanjang hari.
Minyak badan: Campuran minyak pati dengan minyak pembawa seperti minyak zaitun, jojoba atau minyak kelapa boleh disapu pada kulit.
Batang aroma: Batang plastik yang mempunyai sumbu yang menyerap minyak pati. Ia mempunyai penutup untuk menyimpan bau minyak pati daripada keluar.
.
Minyak Pati Terbaik
.
Terdapat banyak minyak pati yang dijual di pasaran dengan pelbagai bau wangian dan bahan kimia tambahan.
Minyak pati terbaik untuk anda bergantung kepada simptom yang anda ingin legakan atau bau wangian yang anda suka.
Antara minyak pati yang paling popular termasuk:
.
1. Minyak lavender
.
Wangian lavender disukai ramai kerana baunya yang dianggap menenangkan.
Ia biasanya digunakan untuk membantu mengurangkan tekanan dan keresahan, serta memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak.
.
2. Minyak pokok teh
.
Minyak yang turut dipanggil melaleuca ini telah digunakan oleh orang asli Australia untuk menyembuhkan luka.
Hari ini, ia sering digunakan untuk merawat jerawat, jangkitan kulat kaki, dan gigitan serangga.
.
Baca Juga: Minyak Aromaterapi Jenama Sendiri
.
3. Minyak pati pudina
.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan minyak pati pudina boleh membantu meringankan simptom sindrom iritasi usus jika diambil dalam kapsul bersalut enterik.
Ia juga dipercayai boleh melegakan sakit kepala yang disebabkan tekanan apabila disapu pada kulit kepala.
.
4. Minyak pati lemon
.
Ramai yang sukakan wangian sitrus dan menganggapnya sebagai penggalak mood.
Ia juga sering digunakan dalam produk pembersihan DIY kerana sifat antibakteria, antikulat, dan antiseptik.
.
Baca Juga: Minyak Aromaterapi - Betul Ke Berkesan?
.
Kesimpulan Minyak Pati
.
Aromaterapi minyak pati sememangnya boleh meningkatkan mood anda apabila dihidu, lebih-lebih lagi jika anda menggemari bauan tersebut.
Sesetengah individu juga boleh melegakan simptom kondisi kesihatan tertentu menggunakan minyak pati.
Tapi anda jangan telan pula minyak pati tu hanya disebabkan bau wangi, bahaya tau sebab kita tak pasti kandungan yang mungkin ada dalamnya.
Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Khas untuk anda yang berminat menghasilkan produk jenama sendiri, team Abam Peah ada sediakan konsultansi percuma selama 30 minit. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
Comments