top of page

Kilang OEM Shah Alam - Abam Peah Holdings

Updated: Jan 11, 2023

Eh? Abam Peah Holdings ni Kilang OEM Shah Alam ke? Bukan kilang OEM Kelantan?


Jangan la terkejut macam tu. Zaman sekarang ni bukan isu dah anda berada di mana dan ingin berurusan di mana. Nak berjumpa pun sangat-sangat mudah. Transportation medium ada macam-macam.


Tak nak jumpa depan-depan? Banyak cara untuk berjumpa secara maya. Bak kata-kata iklan dulu-dulu,


"Zaman dah berubah, dunia dah maju."


Sama juga kalau anda nak request sample, nak hantar produk yang dah siap dan lain-lain. Ada macam-macam jenis kurier anda boleh pilih. Semuanya sepantas satu hari je.


Misi abam suatu masa nanti, tak kisah la sebut kilang OEM negeri mana sekalipun, kilang Abam Peah akan jadi pilihan pertama dan utama. Ada sebab kenapa abam berani berimpian sedemikian rupa.





Jom abam ceritakan apa kelebihan Abam Peah Holdings yang akan membantu anda yang ingin keluarkan produk jenama sendiri dan terus berjaya dengan produk anda!


Abam Peah Holdings - Kilang OEM Shah Alam #1!


Ada beberapa sebab utama yang buat abam yakin bahawa kilang ini akan menjadi pilihan utama pemilik bisnes di Malaysia yang ingin keluarkan jenama produk sendiri. Antaranya adalah:


1. Banyak Pilihan Produk



Kilang OEM Kelantan


Buat masa ini, di kilang Abam Peah, kami tawarkan produk OEM untuk kategori-kategori berikut:

  • Herba dan suplemen kesihatan

  • Kecantikan

  • Kosmetik

  • Penjagaan kulit (skincare)

  • Penjagaan diri

  • Aromaterapi

  • Spa

  • Makanan tambahan

  • Minuman tambahan

  • Kopi pracampuran


Jenis Abam Peah, abam tak suka untuk beritahu siapa klien-klien abam. Biarlah abam jaga privasi mereka dengan sebaiknya. Cukuplah abam mendapatkan klien dengan cara memberikan tawaran terbaik, berkualiti dan dipercayai.


Salah satu sebabnya abam tak suka expose siapa klien-klien abam adalah abam tak nak anda yang baru bermula dan lihat abam merupakan pembekal produk kepada jenama yang terkenal dan berjaya seterusnya anda ingat anda juga akan terus berjaya dengan mudah.


Kalau gagal, abam pula yang dipersalahkan. Cara abam, abam akan pastikan klien abam tu faham dulu produk yang ingin dikeluarkan, tahu kepada siapa nak dijual dan tahu macam mana nak jual.


Abam dan team akan support dari awal sampai habis. Berjaya atau tidak, semuanya bergantung pada rezeki. Tapi, kita akan pastikan cara yang kita lakukan adalah betul daripada awal lagi.


2. Kilang Diiktiraf



Kilang OEM Kelantan


Buat anda di Shah Alam atau kawasan sekitar yang ingin cari kilang OEM Shah Alam, pilihlah kilang abam walaupun abam di Kelantan. Hahaha.. Hal ini kerana kilang abam diiktiraf oleh agensi dan juga jabatan penting negara yang memantau keselamatan dan keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan di kilang.


Selain itu, dengan menggunakan servis produk jenama sendiri daripada Kilang OEM Kelantan Abam Peah, anda akan dibantu untuk mendapatkan kelulusan berikut:

  • MSC Trustgate application for Quest3+ membership

  • Health Supplement registration with NPRA via Quest3+

  • Pendaftaran klasifikasi dan label pemakanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia


Bila buat dengan kilang abam, semua hal berkaitan pensijilan dan pengiktirafan akan dibantu dengan sebaiknya. Barulah anda dan pengguna yakin dengan produk OEM atau produk jenama sendiri milik anda. Dah makin mudah kerja anda kan?


3. Makmal Penyelidikan



Kilang OEM Kelantan


Kilang OEM Shah Alam ini juga mempunyai makmal penyelidikan dan juga pasukan R&D kami sendiri. Pasukan inilah yang akan membantu anda menghasilkan produk untuk mendapatkan kesan yang anda impikan.


Selain itu, mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk merangka formula dan juga memastikan bahan-bahan yang dipilih mampu untuk memberikan kesan seperti yang anda inginkan.


Ia juga agar produk yang dihasilkan tidak memberikan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.


4. Teknologi dan Mesin





Teknologi yang digunakan perlulah merupakan teknologi terkini terutamanya dalam proses untuk mengekstrak pati daripada bahan-bahan yang ingin digunakan. Hal ini kerana kebanyakan produk di luar sana menggunakan teknologi lama.


Ia sekaligus menyebabkan pati yang diekstrak bukanlah 100%. Jadi, apa yang anda sapu, minum, makan atau guna daripada produk-produk tersebut tidak akan memberikan kesan 100%.


Untuk menggunakan teknologi terkini, mesin yang digunakan juga perlulah dalam kategori mesin terkini. Hanya mesin terkini sahaja mampu untuk menampung teknologi yang terbaru. Selain itu, Abam Peah Holdings juga mempunyai tenaga pakar untuk mengendalikan kesemua mesin-mesin ini.


Jadi, hasil yang anda akan terima adalah 100% berkualiti tinggi.


5. Design, Packaging & Marketing Material





Anda bukan sahaja akan dibantu dari segi penghasilan produk, malah anda juga akan dibantu dari segi design dan packaging produk anda. Kami mempunyai team khas yang akan membantu anda untuk menentukan design dan packaging yang paling sesuai dengan jenama anda.


Apa yang lagi best, team Kilang OEM Kelantan Abam Peah juga menyediakan bahan pemasaran atau marketing material. Kan senang bila kilang provide semua macam ni. Dah siap boleh terus jual.


Kualiti creative team Abam Peah ni bukan biasa-biasa. Banyak projek dalam dan luar negara terutamanya yang melibatkan penghasilan video mereka lakukan. Sebab itulah abam nak gunakan kepakaran mereka untuk bantu anda juga.


Kalau anda nak tahu macam mana Abam Peah dan team boleh bantu anda untuk keluarkan produk jenama sendiri, klik button di bawah untuk informasi lanjut.





Comentarios


bottom of page