top of page

Kilang Makanan OEM - Edisi Makanan Kesihatan

Updated: Jan 11, 2023

Buat anda yang sedang mencari kilang makanan OEM, Abam Peah nak cadangkan anda beberapa jenis produk makanan yang anda patut segera rebut peluang dan potensi pasaran yang ada.


Apa yang dimaksudkan oleh Abam Peah adalah makanan dalam bentuk makanan kesihatan. Berdasarkan pemerhatian abam dan juga klien-klien abam yang berkecimpung dalam industri makanan, trend untuk makanan ringan dan lain-lain sudah hampir ke penghujungnya.



Permintaan dalam pasaran juga tidak serancak dahulu. Hal ini kerana terlalu ramai yang bersaing untuk mengeluarkan produk makanan seperti kerepek, kacang, makanan ringan, coklat dan sebagainya.


Sehinggakan ada yang terpaksa buang harga semata-mata untuk memastikan produk terjual. Rugi kan? Sebab itulah ramai yang bakal beralih ke makanan kesihatan. Sebagai sebuah kilang makanan OEM yang mempunyai kepakaran dalam makanan kesihatan, jom baca perkongsian daripada abam dan team!


Kilang Makanan OEM - Makanan Kesihatan


Potensi untuk makanan kesihatan semakin tinggi kerana semakin ramai yang mulai sedar akan kepentingan untuk menjaga kesihatan mereka. Bermula daripada ancaman wabak Covid-19, ramai yang sedar betapa pentingnya mempunyai tubuh badan yang sihat.


Selain itu, pada musim pandemik tersebut juga ramai yang mengalami berbagai masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan lain-lain kerana aktiviti seharian yang tidak aktif disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Banyak masa dihabiskan di dalam rumah dengan aktiviti yang tidak sihat sekaligus memberikan kesan terhadap tubuh badan. Sedar akan potensi yang ada, semakin ramai usahawan yang mencari kilang makanan OEM yang pakar dalam makanan kesihatan seperti Abam Peah Holdings.


Nak tahu jenis-jenis makanan kesihatan yang ada?


Jenis Makanan Kesihatan


Di kilang abam, kami menawarkan beberapa jenis makanan kesihatan dalam bentuk yang berbeza seperti berikut:

  • Serbuk

  • Cecair

  • Kapsul


Setiap satunya mempunyai perbezaan yang tersendiri. Untuk menentukan jenis apa yang sesuai dengan produk yang bakal anda keluarkan, kilang makanan OEM seharusnya bertanyakan dahulu siapak sasaran pelanggan anda.


Sebagai contoh, anda ingin menjual produk kesihatan untuk kaki gym. Kebiasaannya mereka lebih gemarkan makanan kesihatan atau makanan tambahan ini dalam bentuk serbuk seperti apa yang mereka biasa dapatkan daripada kebanyakan jenama whey protein.


Sama juga untuk minuman bagi menurunkan berat badan. Ramai yang gemar mengambilnya dalam bentuk serbuk yang akan dilarutkan di dalam air sebelum diminum.


Namun, jika makanan kesihatan tersebut adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan sebagainya, adalah lebih baik jika ia dibuat dalam bentuk kapsul. Untuk cecair pula, anda boleh jadikan ia sebagai minuman kesihatan berperisa yang mengandungi vitamin seperti vitamin C.


Macam Mana Nak Buat Pilihan?


Sebab itulah penting untuk anda kenal pasti apakah masalah yang ingin diselesaikan atau manfaat yang ingin diberikan kepada pengguna. Tidak semestinya ia merupakan perkara yang baru.


Mungkin sudah banyak brand di luar sana yang mampu selesaikan masalah tersebut dan memberikan manfaat yang sama. Apa yang anda boleh lakukan adalah keluar dengan produk yang 10 kali ganda lebih berkesan.


Jangan risau. Semua ini boleh dicapai dengan bantuan kilang makanan OEM seperti kilang Abam Peah. Selepas anda kenal pasti masalah atau manfaat, anda perlu kenal pasti pula siapa sasaran pelanggan anda.


Jangan berangan dan cakap produk anda untuk semua. Pasti ada golongan tertentu yang paling memerlukan produk anda. Lepas dah tahu siapa, anda kena kaji pula medium mana yang paling sesuai untuk anda promosikan produk anda.


Nak baca lebih lanjut, Abam Peah ada kongsikan sebelum ni.



Kalau nak lagi cepat, boleh terus contact team abam di WhatsApp. Klik button di bawah.



ree


Comments


bottom of page