top of page

Kilang Kosmetik Malaysia - Abam Peah Holdings

Updated: Jan 11, 2023

Usahawan kosmetik di Malaysia kebanyakannya mesti kenal sangat dengan kilang kosmetik OEM.


Manakan tidak, kilang kosmetik OEM bertanggungjawab untuk menghasilkan produk kosmetik untuk mereka letakkan jenama sendiri.


Mungkin anda juga berminat untuk mengeluarkan produk kosmetik jenama anda sendiri setelah melihat ramai usahawan yang berjaya membuat nama di pasaran.



ree


Sebenarnya anda juga boleh menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri dengan adanya kilang kosmetik di Malaysia ini.


Seperti kilang Abam Peah, kami boleh uruskan semua proses penghasilan produk bermula daripada formulasi bahan, sampai siap ke packaging.


Anda tidak perlu pening kepala memikirkan bagaimana nak hasilkan produk, hanya perlu jual sahaja.


Mudah kan?


Selain itu, semua produk yang kami hasilkan juga adalah lulus KKM jadi anda tidak perlu risau tentang risiko kesan sampingan produk anda.


Nak tahu produk kosmetik apa yang anda boleh hasilkan di kilang Abam Peah? Jom teruskan membaca.


Produk Kilang Kosmetik



ree


Berdasarkan pemerhatian kami kepada pasaran semasa, produk yang berikut merupakan antara “barang panas” yang sangat popular dalam pasaran hari ini.


Sebab itulah team abam juga fokuskan penghasilan untuk produk-produk ini.


  • Lipstick

  • Pengilap bibir

  • Lipmatte

  • Celak mata

  • Bedak asas


Biasanya untuk mereka yang baru ingin memulakan bisnes kosmetik mungkin akan keliru untuk pilih produk mana satu yang ingin dikeluarkan.


Biasalah tu sebab anda baru belajar untuk mula keluarkan produk.


Sebaiknya ambil sedikit masa untuk anda betul-betul pilih satu produk untuk anda fokus terlebih dahulu.


Elakkan daripada terus keluarkan semua produk yang ada walaupun anda mempunyai modal yang mencukupi.


Bukan apa, khuatir nanti anda tak menang tangan nak uruskan semua produk, anda juga yang akan susah kelak.


Jika anda keliru nak pilih produk mana, jom abam terangkan sedikit tentang setiap satu produk ini untuk memudahkan anda membuat pilihan.


1. Lipstick



ree


Siapa tak kenal lipstick kan?


Alat makeup ini sememangnya wajib dimiliki setiap wanita yang ingin menjaga penampilan mereka.


Simple yet effective, ianya mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan mampu memberi kesan kepada penampilan wajah anda.


Fungsi lipstick adalah untuk menyerlahkan kecantikan bibir dan membuatkannya lebih menarik.


Menarik bagaimana sentuhan warna yang mudah pada bibir boleh membuatkan wajah anda berkali ganda lebih anggun.



2. Lip Gloss



ree


Dari segi fungsi asas, pengilap bibir ini mungkin boleh dikatakan sama seperti lipstick iaitu ia membuatkan bibir tampak lebih menarik.


Namun pengilap bibir ini bukan lipstick biasa, ia mempunyai tekstur licin yang memberikan efek berkilat pada bibir dan membuatkan bibir tampak lebih penuh.


Ia juga biasanya boleh melembapkan bibir kerana teksturnya yang berminyak.


3. Lipmatte



ree


Berbeza dengan pengilap bibir yang membuatkan bibir berkilat, lipmatte boleh memberikan efek matte pada bibir anda.


Salah satu kelebihan lipmatte adalah ia tidak mudah melekat pada permukaan lain, jadi ia boleh tahan lebih lama berbanding lipstick dan pengilap bibir tanpa perlu reapply.


Efek matte pada bibir juga boleh menambahkan sentuhan elegan pada penampilan keseluruhan anda.


4. Eyeliner



ree


Celak mata atau eyeliner merupakan antara produk yang popular dalam kalangan penggemar makeup.


Dengan teknik yang betul, celak mata boleh mengubah persepsi bentuk mata anda dan membuatkannya kelihatan lebih besar atau menarik.


Ia berfungsi dengan menekankan garisan mata anda dan menyerlahkan bentuknya.


5. Bedak asas



ree


Sesuai dengan namanya, bedak asas atau turut dikenali sebagai foundation ini merupakan asas bagi semua makeup.


Ia digunakan untuk menutup semua cela wajah seperti jerawat, jeragat, parut, dan sebagainya.


Ia juga boleh meningkatkan tona wajah supaya lebih cerah dan sempurna.



Kesimpulan Kilang Kosmetik Malaysia


Mengeluarkan produk yang mendapat sambutan dalam pasaran sememangnya merupakan satu langkah yang penting untuk berjaya dalam bisnes anda.


Namun ini bukanlah penentu kepada kejayaan bisnes anda kerana anda juga memerlukan rancangan pemasaran yang betul.


Walaupun anda mempunyai produk yang sempurna, namun ia tidak bermakna pengguna akan terus membeli produk anda.


Tanpa rancangan dan teknik pemasaran yang baik, bagaimana anda ingin meyakinkan pengguna untuk membeli produk anda?


Itulah keistimewaan mereka yang buat produk di Kilang Abam Peah. Bukan setakat dapat R&D percuma, ada banyak lagi benda percuma.


Design packaging percuma, photoshoot produk percuma, gambar percuma, video percuma dan banyak lagi.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh klik button di bawah untuk terus hubungi team Abam Peah dan kami akan guide anda daripada awal sampai habis mengenai penghasilan produk kosmetik jenama anda sendiri.



ree



 
 
 

Comments


bottom of page